Dalam menujah impian, kiranya melayarkan bahtera perlu siap siaga dengan layar dan sauh yang kuat. Fahaman antara suami isteri perlulah kuat walau berlainan kondisi. Dia adalah tentera, isterinya seorang wanita awam yang bekerja. Sama-sama berusaha membina dan membantu kewangan dan mendidik keluarga agar berjaya. Jangan menikahi seorang tentera kerana pangkatnya, nikahilah dia kerana DIRINYA, kerana senyuman dan agamanya. Nikahilah dia kerana budi pekerti, manusia mana yang sering berdosa jikalau allah mengizinkan dia untuk berubah suatu hari nanti. Cubalah kita membina kebahagiaan di sebalik segala kekurangan, cuba sama-sama tidak bersikap MENGAMBIL KESEMPATAN sesama sendiri.
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku, rasa kasih dan sayang kepada dia yang berbeza daripada aku kerana dirinya dan keranamu. Aku tahu, aku insan yang berdosa tetapi ingin berubah. Titipkanlah rasa SETIA di hatiku dan di hati kami dan janganlah kau sesatkan rasa curang atau selingkur dalam kehidupan akan datang. Berikanlah daku anak-anak yang mencontohi kebaikan kedua ibu-bapa mereka dan bersyukur. Seandainya ada di antara kami yang pergi dahulu menghadap illahi, kau berilah kesempatan kepada kami untuk memberikan KASIH SAYANG yang terbaik sepanjang kami bersama.
Sayang, andai kata abang pergi dahulu dari sisimu, tunggulah abang di sana, moga gugur dan perginya abang SYAHID di sisi ALLAH JUA. Jagalah anak-anak kita moga sayang menjadi isteri terbaik buatku.
SUAMIMU SEORANG PERWIRA
(Khas buat isteriku yang tidak pernah memahami)
Ketika bening zuhur tunduk
istana yang dibina dengan cinta
sumpah semati dan hidup - musnah
retaknya tak pernah dipinta
kehancuran tak pernah didoakan
hawaku yang tak pernah ingin untuk memahami
kehendak perkhidmatan yang memerlukan
tenaga, taat setia suami seorang perwira
masa, tenaganya dan tugasnya
adalah isteri pertama :
Lafaz nikahku
sebenarnya satu perikatan dengan amanah bangsa
jika kesabaran tidak bertapa di hati
syaitan berleluasa dengan busar iri
Ketahuilah isteri ku
tugas suami perwira tidak seperti seorang guru
pulangnya sudah tentu waktu
langkah pulang ke rumah suami perwira
tidak siapa tahu waktunya
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
ada kala senja tidak beremang
jika kau tidak sabar keseorangan
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang..
Fahamilah suasana suami perwira
masanya bukanlah untuk mu sentiasa
mungkin dirimu hanya tempat persinggahan sementara
dan mungkin juga sebagai memenuhi tuntutan agama
jika kau tidak sanggup ditinggalkan bila malam
mungkin lama mungkin lama
justeru janganlah belayar sekapal dengan suami perwira ;
kerana perjalananmu hanyalah satu perjudian
yang akan menewaskan kesabaran
dan kitalah mangsanya.
Nukilan:
Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid
MK Taktikal 15 RAMD
Airstrip, Terendak
30 Nov 03
Wednesday, May 29, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment