Setiap kali aku memandang rakanku itu, hati aku pasti akan bersemangat. Aku melihat dia sebagai salah seorang inspirasi dalam kehidupanku. Malah dia mengambil bidang yang sama seperti aku. Dia baru sahaja selesai graduasi di Rusia dan aku lihat dia seorang yang serba boleh dalam banyak hal. Memasak, berbusiness, belajar-malah pandai, dan dia seorang yang sangat comel di mata aku. Aku sering kali suka untuk mencontohi adab dan perilakunya. Alhamdulillah ku rasa ada perbezaan hidupku dahulu dan sekarang. Perit mengubah diri itu sering terasa sakitnya pabila sendirian. Benar hanya diri sendiri yang mampu berubah dan tiada sesiapa yang akan bersama kita di kala susah malah di kala senang ramai pula ....
Monday, August 5, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)