CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Wednesday, May 29, 2013

terlepas atau melepaskan ?

Iwan khusyuk memandang cermin di biliknya. Getus hati dan minda ligat berfikir " Mengapa dia harus aku korbankan dan ku tahu dia pernah terluka, zalimnya aku !"

Dia mundar mandir di dalam bilik seperti orang gila. Dia menyesal kerana melepaskan seorang wanita tabah hanya kerana mahu mencari wanita hebat yang lain.

Menangis----"Nasi sudah menjadi bubur, dia teruskan kehidupannya, hatinya keras tidak mampu aku miliki lagi malah dia menghilangkan diri " Iwan semakin menyesal. Dahulunya wanita itu menanti dirinya, dia bersabar atas segala egois dan flirting dia dengan wanita lain. " Dahulu Fiha sabar dengan aku, walaupun susah dari jauh dia datang semata-mata untuk menatap wajahku, dia sedih bersendirian, dia mengadu, tetapi aku berdegil dengan wanita palsu" kata hatinya makin merobek di hati.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Fiha memandang jam di tangan " Ya Allah sudah pukul 7.30, aku terlambat bangun lagi sia-sia tidur selepas subuh, memang pasti parking lot penuh " getus hatinya. Dalam kekalutan anak gadis ini bersiap dan memandu kereta dengan agak laju dan akhirnya pukul 8.15 sampai ke kuliah. " Fuh nasib baik Dr.Priya tak sampai lagi kalau tak masak aku!" kata Fiha dalam hati.

Seusai kuliah, Fiha dan rakan baiknya Kina, mereka berborak perihal masa hadapan. Tidak pernah sekalipun terbuka mulut Kina untuk bercerita tentang masa hadapan sebab Kina seorang yang sangat menyimpan rahsia. Mereka membuka bicara,

"Fiha umur kau sudah berapa,lagi setahun kita sudah nak housemanship aku tengok kau calon pun tak ada?"

" Ah kau Kina tak usah lah berfikir pasal benda tu, aku tak nak kahwin, nak jaga ibu dan ayah aku sampai mereka tak ada ."

" Kau gila, aku tak nak kawan baik aku meratap sepi tengok kawan-kawan yang lain dah ada keluarga kau asyik belajar, lupa semua nanti orang chop kau anak dara tua baru tahu !"

" Biarlah Kina, aku tahu apa aku buat, biarlah, eh kau ni sibuk nak tanya hal aku, kau tu dah ada ker? Tak silap aku kau lagi nerd!"

"Aku mestilah dah ada baru kenal tahun lepas, alah senior kita masa kita tahun tiga simple jer orangnya tetapi  sangat memahami aku. Dah tiba masanya aku bercinta umur kita dah berapa "

"Baguslah Kina aku tumpang bahagia buat kau, aku pun gembira juga nanti kawan aku nak makan nasi minyak !"

Habis sahaja perbualan tersebut mereka meneruskan lagi kuliah kali ini Fiha mengelamun, dia terkesima dengan perbualan Kina sebentar tadi. Dia teringat kisah silamnya, hatinya kembali berdarah dan kali ini ingatan itu segar semula

" Abang, selamat malam sayang, I miss you lamanya tak dengar suara abang !"

Tiada balas kiriman sms tersebut. Hatinya kian sepi tetapi sabar menanti kekasih hatinya itu. Tangannya gatal untuk menelefon jejaka tersebut dan mengalah kerana rasa rindunya. Di dail nombor dan

"Call waiting" "Sayang sorry mama call , nanti abang call sayang"

" Okay abang, tak apa, Fiha tunggu"

Kasihan, dia menanti selama hampir satu jam tetapi tidak berbalas. Akhirnya dia tertidur. Sudah hampir sebulan buah hatinya itu berubah tetapi dia endahkan.

Fiha tersedar dari lamunannya tatkala Kina, menepuk bahunya untuk mengajak pulang. Kuliah sudah selesai. Dengan berat hati dia melepaskan lamunannya itu dan kemudian sampai di rumah.


                                                                                                                                        bersambung

No comments:

Post a Comment