CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Wednesday, July 17, 2013

manisnya sabar

 Cara bersifat sabar dan memahami
(baik punya aku highlight sabar warna hijau, ehem B ayang rindu)

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.


6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu
 



sememangnya banyak menuntut kesabaran sehari harian. Walaupun perit aku perlu bertahan. Ramai berpendapat aku bodoh tetapi aku memberi peluang juga untuk orang lain dan diri aku. Semain hari semakin terkenang tetapi aku selalu mahu berjauh hati kerana sedih. Asyik asyik lah sedih bosan kan tetapi entahlah itu sebab kalau aku bercinta aku akan senang risau. Wallahualam. 


Doa mohon kesabaran kepada diri





p/s aku cuba untuk rajin membaca doa-doa sebab cara ini yang buat aku tenang. Perlu berubah sedikit untuk kebaikan . Tak mengapa walaupun bertatih dan lambat. Kita perlu seimbang dengan kemodenan yang telah terbiasa. 

B ...,          

macam ni pun hado

Terjumpa ayat ni. Dush setepek kena dekat tangkai hati. Aku teringat semua balik. People that near me know that i am the type of girl which happy, and gila gila. Tetapi bila bab perhubungan aku selalu kantoi sedih. Aku selalu pelik dan aku pun berfikir ada benarnya statement di atas. Memang susah nak cari orang betul betul setia dengan kita . Kalau si jejaka benar serius, walaupun belum cukup duit nak berkahwin, dia akan usaha sedaya upaya tambat hati kekasih dan walau sesibuk mana dia akan telefon. Tak pun mesej dalam satu hari tu cakap "take care sayang". Tak mengapa jalan orang lain maksudnya di sini lain orang lain cara nak sayang buah hati masing masing tetapi jangan sudah terlewat baru nak sayang . Kenalah sabar dan cuba faham situasi . Inshaallah ada hikmah dan jodoh tidak ke mana


ujian

Hari ini aku rasa sangat teruji. Minda aku ligat berfikir tentang banyak benda dan aku telah senaraikan banyak benda untuk dilakukan sepanjang tempoh waktu belajar aku ni. Aku mahu belajar dan lakukan business secara part time slow slow. Aku cuba untuk menjadi wanita yang aku bayangkan. Aku tahu aku boleh lagi berjaya suatu hari dan aku mahu berada di sisi ahli keluarga dan suami yang tercinta suatu hari (dengan izin Allah aku berkahwin). Semoga orang yang ku sayang dapat bersamaku ketika susah dan senang sepanjang hidupku nanti. Kerana bagi aku inilah yang terakhir kalinya aku akan bercinta lagi.

Aku kerap memikirkan soal business dan juga study sehingga aku sering terasa kesunyian. Memang benar tiada sesiapa yang memahami hati. Alhamdulillah aku bersyukur kerana mempunyai keluarga lagi tetapi entah mengapa seakan hidupku kosong tiada purpose. Aku berdoa semoga orang ku sayang berubah menjadi yang terbaik dalam hidup ku ini suatu hari nanti dan aku juga berusaha berubah untuk menjadi yang terbaik untuk masa hadapan. Yes I do accept him in my heart and jujur mencintainya tetapi ADAKAH DIA SAMA ? Inshaallah.


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]


random


sabar, sabar, dan terus bersabar


mengapa tetapi itulah hakikatnya pilihan di hati 

 

Segalanya adalah milik Allah, belajarlah melepaskan sesuatu yang belum lagi menjadi H A K ...andai milikmu tidak ke mana jua



 sungguh hanya Allah mengerti

sabar, sabar, dan teruskan bersabar





ringkas

kadang kadang aku tertanya pada diri sendiri apa yang aku suka sehari harian. Apa benda atau rutin yang paling aku minati. Sejujurnya apabila meningkat dewasa aku seperti lain. Aku lebih mudah menjadi seorang yang sangat berkomitment dengan kehendak dan juga tanggungjawabku. Mental acapkali teruji dengan pelbagai mehnah hidup yang kian mencabar kesabaran di hati. Aku baru bertapak dalam dunia realiti kedewasaan. Dan aku masih lagi menuntut ilmu. Terkadang aku seperti hilang dalam identiti aku yang tidak pasti mungkin kerana aku keliru dengan pelbagai masalah tetapi biasalah hidup bujang jauh daripada keluarga selalu dalam dilema hidup.





Yang pasti hidup banyak diuji. Jangan terlalu mengharap dan usahalah menjadi yang terbaik dalam setiap harimu. Inshaallah akan ada keberkatan di setiap langkah suatu hari nanti