CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Tuesday, January 1, 2013

Aku cerdik ker aku bodoh?

Sebelum dan selepas tahun baru ni aku mengkaji balik diri yang semakin hilang dan tenggelam dalam keriuhan manusia ni. Aku selidik diri aku balik macam macam teka teki aku dapat. Aku ni kadang kadang rasa macam bodoh kadang kadang aku rasa aku ni pandai....jadi tak nak lah aku puji diri aku pandai nanti orang ingat angkat kain sendiri eh angkat bakul sendiri. Kalau cakap diri bodoh komferm ramai suka kan aku bilang begitu bah ! 

Seusai berfikir yang tak pernah nak habis ni, aku duduk diam diam bermeditasi di dalam satu tempat yang gelap lagi sejuk ni. Aku berfikir, 10 tahun lagi aku jadi apa? Lepas tak hajat aku semua tu, bosan gak fikir selalu orang kata just go with the flow....ah tengkorak dia nak flow sangat kalau tak fikir ikot flow jer memang masak lah. Kalau flow hari ini kata aku nak membazir tak lah kan aku nak ikot flow tu kena juga fikir untuk jimat. Bagi aku perkataan go with the flow tu pakai dalam beberapa situasi sahaja. Terutamanya sewaktu aku bersedih, just go with the flow allah nak tunjuk apa tapi perlu juga berfikir untuk mencari jodoh . Kadang kadang bagi orang yang bernasib baik, tak tahu lah aku ni kan, mereka mereka tak perlu mencari, putera katak mereka (maaf putera idaman) mereka datang dengan mudah, tiada masalah bagai ni. Ada sesetengah orang macam aku dan seangkatan dengannya susah lah hai nak dapat. Kena guling guling 10 atau 100 kali di jalan jalan baru nak dapat. Maksud aku guling guling tu, bersusah macam orang gila baru dapat berjumpa, dah sakit 1000 macam torehan hati baru nak ada orang nampak agaknya.....mak jemah bercerita ni berdasarkan pengalaman yang so-apa-kata-sakit tu. Macam macam benda dah lalui sampai nak give up dah ni. Kita tengok hari esoknya apa yang jadi .....moga allah mudahkan amin.

Masih

Sebak bila mengingatkan rencana tahun lepas ada yang tidak menjadi. Kenang-kenangkan rasa macam aku ni badut di perkotak katikkan macam ayan serama. Payah nak tebus memori usang yang semak dalam otak ni. Nak buang satu masalah nak buat yang baru memori memang nampak indah tapi takut ikut jalan yang salah. Hurm ya allah tunjukkan lah kepadaku .

Jangan berhenti berlari

Hari ini aku seakan mahu berhenti berlari, tiba-tiba terasa satu keasingan yang menerjah masuk ke benak fikiran. Seakan aku mengulangi kesilapan yang sama tetapi aku usirkan segalanya. Kaki ku penat, hati kata mahu tetapi otak berkata cukup. Terkadang segalanya seakan terjawab dan termengerti tetapi mengapa mesti aku teruskan pelarian sedangkan aku sudah penat. Perlu bukan untukku berehat, regangkan kaki, mental yang penat memikirkan laluan pelarian yang semakin berduri dan berliku sungguh aku makin berpuitis di sini. Keadaan kian memaksa aku berhenti tetapi aku pelik seakan ada suatu semangat yang tinggi membuatkan aku terus kuat untuk berlari walaupun semangat itu kian tenggelam, kian lelah. Aku cuba mencari laluan, mencari arah yang benar memberi laluan tepat dalam hidupku. Laluan tersebut senantiasa ku cari, ku jerkah saban waktu untuk membawaku ke destinasi impian. Tetapi kadang kala seakan aku bermimipi bahawa aku telah bertemu laluan yang ku dambakan. Hampa itulah dia kehidupan, tidak semua jalan yang dipilih benar-benar member seribu tujuan yang dimahukan. 

Apakah pengertiannya hari ini, adakah aku di laluan yang benar ? Adakah aku berada di garisan penamat yang terakhir atau ada lagi laluan baru yang menanti untukku cari? Ku rasa laluan yang ada mungkin jauh untuk ku harungi, mungkin sudah ada di depan mata, barangkali mungkin sudah ku lepasi dan ku lupakan. Apakan daya sudah terlajak perahu masakan boleh ditarik kembali...teruskan usaha anda wahai gadis, usaha,doa , tawakkal, allah maha melihat dia akan memberi jalan terbaik buat kamu dan semuanya. Niat di hati itu penting, biarpun kita dilihat jahat tetapi hati allah tahu betapa benarnya niat kamu untuk terus di laluan sejahtera selalu dan ikhlas...Moga allah memberikan jalan buatku yang kian penat, lelah, dan mungkin berhenti berlari kembali....Diwaktu itu akan ku rehat di pon yang rendang, menunggu waktu untuk kembali berlari, dengan penuh semangat yang mungkin semangat itu semangat TERAKHIRKU.