CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Saturday, January 18, 2014

random weh random

Assalamualaikum,

Lama sudah tidakku tulis segala coretan di blog ini. Masa sungguh mencemburui dan aku kian malas. Hahaha persis satu pembohongan sebab aku selalu juga ada masa untuk menulis tapi aku kian tiada idea. Sedar tak sedar masa berlalu kian pantas dahulunya aku yang berteman kini aku single. Terasa waktuku berlalu sungguh laju dek kerana aku selalu sibuk dengan mehnah pelajaran dan kerja. Sudah tiba masanya aku fokus dengan lebih gigih atas kehendak asalku. 

Aku berada di kampung sekarang yerlah kerana cuti Thaipusam. Entah mengapa aku rasa pelik, sedikit keliru, buntu dan semacam sangat stress mungkin kerana kerja yang banyak dan aku juga memikirkan hal bizness. Kemudian, aku merasa seakan aku akan pergi jauh dari keluarga barangkali aku akan merantau lebih jauh. Yerlah aku bercita-cita untuk buat "Houseman" di tempat orang-jauh pemandangan luas pandangan. Memandangkan aku single jadi aku boleh decide apa aku nak tak perlu nak fikir kahwin atau apa pun sekarang ni. Minda aku betul-betul bebas sekarang, tanpa ikatan aku lebih tenang dan tidak macam dahulu selalu menangis cuma kadang kala aku akan terkenang dan ada juga sedih. Memori itu kekal dalam ingatan walaupun aku sudah tiada bersamanya. Kini, tinggal kenangan dan juga parut luka. Cewahhh.....

Banyak benda harus aku fikir, hidup ini bukan mahu bercerita soal cinta sahaja, mak aih bosan teramat lah kalau macam tu macam dah tak ada bahan lain nak cerita. Bila aku fikirkan sewaktu aku "kononnya" hangat bercinta, dunia seakan indah, segala nampak cantik, seolah-olah dunia ini tiap hari menanti mesej dia, tunggu call dia, ulang alik jumpa dia, sedangkan belum tentu dia itu jodoh total akan dikahwini...jadi sudah buang masa di situ ya rakan. Fuh buang duit, padahal dia bermadah helah dengan entah apa-apa punya perempuan memang tak bersyukur...tidak mengapa sebab diri ini kerdil hanya Allah mampu nilai setiap kesalahan kita ye tak ek...haha mak nenek !!!

Sekarang aku duk fikir, apa harus ku lakukan sebab aku akan pindah rumah, sibuk study nak professional exam dan akan clinical dengan banyak basic kena ingat (Terbayang Anatomy dan Physiology) berhantu otak beb !!! Jadi ada lagi banyak benda penting dalam hidup selain daripada bercinta dengan orang yang salah. (Eh wat aku bercerita kemain tiba-tiba dia jadi laki /suami aku betul-betul) masak kau....kutuk bakal jodoh sendiri wallahualam manalah tahu. Tapi aku redha sebab walau ke mana pergi sekalipun kalau ditakdirkan untuk kita ada adalah kalau bukan kau jagalah sebaik mungkin memang ke paritlah jawabnya. Maaf terkasar di sini haha. Tapi aku rasa itu satu perkara yang mustahil sebab aku leh rasa kot ... Dia akan memilih yang lain. Teruskanlah kehidupan kamu FAREHAH. Dan setakat ini aku tak terbuka hati lagi untuk bercinta dan aku fokus pada kerjaya dan pelajaran. Mungkin aku belum lagi bertemu jodoh aku....belum sekarang atau bukan sekarang kerana tanggungjawab aku terhadap keluarga belum selesai. Semoga berbahagiala yer untuk kalian sebab aku dah berusaha dengan kamu wahai lelaki tetapi kamu tidak menghargai jadi aku angkat kaki....aku dah usaha, penat dah . 



JADI DOKTOR, BUAT BIZ SIKIT-SIKIT, JADI SPECIALIST KALAU TELARAT, KAHWIN DENGAN LELAKI PILIHAN-belum jumpa, JADI BERJAYA, ADA ANAK, UNTUK AGAMA, KELUARGA, DAN SEGALANYA...tatata