CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Wednesday, May 29, 2013

doktor

entri kali ini aku nak bicara soal bidang yang aku ceburi. perubatan sememangnya bidang yang mencabar emosi, fizikal dan malah spiritual. aku kadang-kadang ada juga rasa takut nak berdepan pelbagai mehnah di hospital terutama dengan karenah pegawai perubatan yang lebih senior. seharusnya bagi aku minat untuk mendalami perubatan patut aku tekankan dengan lebih mendalam lagi bermula dari sekarang sebelum aku jadi "down-graded" bila rasa kena marah. berdasarkan pengalaman yang aku lihat di hospital tatkala membawa ahli keluarga buat "check-up", aku lihat seorang doktor yang perform adalah doktor yang kurang egonya, rajin bertanya malah suka belajar benda yang baru. susah nak tanamkan sikap tidak sombong bodoh dalam kehidupan lagi pula belajar dalam bidang ini alamat nak sombong bodoh memang ke gaung lah jawabnya.

aku lihat, ramai juga rakan rakan yang bijak pandai dalam pelajaran tetapi pabila di persoalkan dalam bahagian praktikal mereka kecundang, aku cuba islahkan diri aku juga. orang pernah juga menyebut, kadang kadang pelajar yang sederhana keputusan peperiksaannya barangkali akan lebih menyerlah praktikal nya di kemudian hari. apakah penyebab utama yang mendorong ke arah tersebut? aku makin takut sebenarnya kerana menjadi seorang doktor bukan senang, orang selalu berkata sekadar indah daripada rupa. menjadi doktor pakar pengalaman sewaktu di hospital akan mengajar kita dengan lebih banyak kes-kes dan pelbagai kisah suka dan duka di sebalik setiap kes tersebut sehingga barulah boleh dikatakan kita doktor pakar yang berjaya. sejujurnya aku semakin takut kerana bakal menjejakkan kaki dalam bahagian posting di hospital dan sejujurnya lagi aku berfikir adakah aku mampu untuk memikul tanggungjawab sebesar ini. andai kata di tambah pula jika kita berkeluarga suatu hari nanti, bagaimana penerimaan si suami dan mehnah anak-anak dan sebagainya? bagaimanakah para doktor yang lebih senior daripadaku boleh membahagikan masa mereka untuk berjaya bersama keluarga, mendidik keluarga mereka, dan di samping itu mampu untuk meneruskan pengajian dalam bidang kepakaran yang lain..subhanallah aku mampukah? semoga allah memberikan aku petunjuk dan jalan yang terbaik untuk meneruskan impian dan cita-cita ku ini.

No comments:

Post a Comment