Segala yang telah dihimpunkan oleh-nya sangat sangat tidak ternilai. Aku bersyukur setelah sekian lama berhempas pulas berdamping dengan hipokrasi manusia yang durjana akhirnya aku merelakan kerana aku tahu bukan DIA yang kumahu. Aku gembira sangat gembira kerana telah mengetahui segala kebenaran. Dia bukan yang terbaik dan selayaknya dia dengan orang yang sekufu dengan dirinya itu. Sungguh aku telah menarik nafas yang lega dan seusai itu segala beban telah hilang lesap seperti angin yang lalu. ALHAMDULILLAH...
Perjalanan hidupku sangat panjang, luas dan jauh. Setiap langkah ku memberi seribu satu pengertian dan langkah itu selalu diperhatikan. perjalanan untuk menjadi seorang individu yang dapat berdikari sepenuhnya, yang dapat menjadi seorang muslimah sejati, seorang yang mampu untuk menjadi 'leader' atau pemimpin yang berkaliber bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada ahli keluarga tercinta suatu hari nanti. Penat menahan segala konspirasi dan konflik diri yang asyik menghalang untuk terus berjihad (malas untuk membuat pengorbanan), kadang-kadang menjadi seorang pelajar ini 'procrastination' selalu membelengu. Lihat sahajalah orang-orang yang berjaya, Prof. Dr. Muhaya salah seorang wanita yang aku sanjungi dalam menggapai cita-cita beliau berusaha untuk menjadi individu yang celik agama juga. DOKTOR satu cita-cita yang besar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dahulu, aku tidak menyangka aku akan menjadi seorang pelajar perubatan. Aku kini bakal mempunyai dua ijazah dalam bioperubatan dan perubatan...bayangkanlah betapa jauh perjalananku dan kerana 'passionate' terhadap medikal aku teruskan jua. Aku tinggalkan cinta, aku tinggalkan rasa sedih itu selamanya keran DIA tidak berbaloi untuk ditangisi lagi. Bukan dia yang kumahu, bukan dia ayah untuk anakku, bukan dia yang akan membimbingku.
Kini aku tidak lagi menghiraukan apa yang dikira oleh orang lain (mendengki). Siapa mereka untuk menilai diri ini? Kita tahu siapa diri kita. Kita tahu di mana kebolehan diri kita. Setiap perbuatan kita untuk siapa? untuk orang lain...lillahita'la untuk Allah. Tidak perlu gusar, tidak perlu takut dengan manusia yang mencerca menasihati sesama kita itu lebih baik. Menilai itu penting tetapi melebih-lebih itu sudah lebih...haha. Biarkan segalanya berlalu aku bersyukur kerana bukan DIA untukku . Sekali lagi ALHAMDULLAH...