CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Thursday, May 9, 2019

Terima kasih

Entri hari ini tentang rasa bersyukur dan rasa nikmat mengenali seseorang yang tidak disangka. Apa yang kita rancang belum tentu akan sama keputusannya di masa akan datang. Aku rasa, terpanggil nak menulis selepas lama menyepi kerana kesibukkan. Nak dijadikan cerita sepanjang beberapa tahun selepas habis belajar banyak sangat benda yang berubah. Soal diri,soal keluarga, soal kerjaya, soal perhubungan, dan macam macam. Zaman sekarang mana boleh bercerita lebih topik tentang peribadi di sosial media, sekarang zaman membawang. Benda bodoh boleh jadi penting bagi warga marhaen sekarang. Jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang faham kiasan aku tahu lah apa ertinya rasa hati ini.

Dalam sibuk mencari idea,
Nafas laju membungkam di bantal,
Kusangka hati kosong tak berpunya,
Rupanya ada tapi tidak diramal

Kenal tak diundang
Tegur pun tak dirancang
Sapaan mudah macam kurang
Rupanya hati lama terkenang

Ingat bertuan rupanya enggan
Makan hati berbulan bertahun
Bila diumpan hati terus ditawan
Kerana sikap musnah ia berpergian

Cerita mudah mungkin difahami
Buat mereka yang mencari
Kalau sudah tahu kisah kami
Terima kasih daun keladi 

Sayang kasih ditingal tinggalkan
Buat orang bodoh tidak menghargai
Dah tiada baru mendapat penyesalan
Sudah terlambat di sambar lelaki

Komunikasi rahsia pencetus hati
Jangan diremeh hati terluka
Buat kamu yang tidak memahami
Maka biar pergi dari terseksa


Renungan hidup, memang macam dugaan datang cubalah renungi apa kehendak hati. Berhati-hati dalam segala hal, dan jangan mudah mengalah. Mesti tahu diri dan sayangi diri sebab itu kunci menjadi diri kita. In shaa allah .