CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Saturday, March 16, 2013

Update

Lepas ni malas sudah nak update merapu bab cintan memanjang. Aku akan selalu update pasal aktiviti aku setiap hari di sini. Mungkin lepas ada gadget selepas ni akan lebih memudahkan aku untuk update segalanya. Business in progress biasalah ambil medic nak kerja dua dua mana lepas kene slow kan satu benda nanti masalah lah pulak...tapi still need to do better than nothing kan. Wish me luck...all the best to my life !!! Hip hip hoorey !!!

Nilai nya sebuah memori

Hari ini aku tidur lambat. Pulang dengan sebuah memori baru. Aku pelajari suatu benda, hidup ini tidak akan pernah mudah. Walaupun umur ini sudah hampir menjangkau 24 tahun, seakan jiwaku sudah seperti umur 29 tahun. Diibaratkan betapa banyak pengalaman yang telah aku lalui. Susah senang dalam sendirian mahupun berteman sudah semakin lali, hingga tangisan semakin sukar keluar dengan ikhlas. Tidak mampu tangiskan lagi malah makin hipokrit menyimpan sedih dibalik kegembiraan. Begitulah mungkin disebalik namaku nurul farehah (cahaya kegembiraan). Aku mampu gembira dan terus gembira dalam kesedihan yang semakin bersarang di lubuk hati dan benak fikiran. Runsing terkenangkan hidup 10 tahun lalu. Indah dengan sekolah menengah, masih di samping ibu dan ayah, masih merengek dan mahu bermanja. Tidak pernah terdetik untuk mencintai malah hati tidak pernah dilukai walau sedikit. Kini, setelah 10 tahun itu berlalu, baru kusedar, mengapa tuhan mengharamkan percintaan sebelum perkahwinan. Kehancuran hati akan memusnahkan jiwa yang akan merosakkan perasaan seseorang itu dari waras ke tidak. 

Teringat segala kenangan dahulu kala. Diri yang masih manis, bermaya, ceria, dan sentiasa bersemangat menanti hari hari mendatang. Ada sahaja perasaan ingin tahu dan perasaan baru yang Allah lahirkan di hati. Setiap hari ada sahaja perkara indah yang ingin aku lakukan. Kini, perasaan saban hari aku kian hambar, sambutan hari raya kian menyepi, rasa gebu cinta di hati tidak semerbak kali pertama. Alhamdulillah aku mampu coretkan secara terus di sini. Aku masih lagi mencari di mana sebenarnya manis itu? Ke mana menghilangnya rasa itu? Aku terfikir, kini, perasaan lebih kepada nilai sebuah pengorbanan. Di mana letaknya nilai wang ringgit itu , mencari hakikat diri sudah berubah jauh lebih dewasa, jauh dari kedua ibu dan bapa. Makin aku jauh. Tangis sendirian menyepi teringat zaman remaja yang aku sia-siakan. Aku memandang di sekeliling. Hiba melihat banyak memori ku kian hilang. Aku hanya mampu melihat kecurangan manusia, melihat manusia yang berpusu-pusu mahu mengejar impian lebih dari kebahagiaan. Aku tahu kebahagiaan aku mungkin lahir dari kejayaan tetapi adakah itu suatu kepastian? Mana perginya semangat baru dalam diri ini, semangat seperti datang ke tempat baru, yang ingin explore, yang ingin mencuba...sudah hilang. jiwaku kian kosong tetapi hakikatnya dipenuhi impian . Mungkin impian itu masih tidak ku lihat. Hati sudah hitam barangkali. Tuhan masih merahsiakan impian itu di sebalik waktu. 

Sayu pabila berfikir, ibu dan ayah umur mereka kian pendek. Di manakah aku ketika mereka tiada suatu hari nanti? Pada riba siapakah tempat aku bermanja, aku meletakkan harapan dan syurga hidup matiku setelah ketiadaan mereka berdua ? Adakah aku membuat pilihan yang terbaik atau adakah aku yang terbaik untuk ribaan hatiku. Apakah semua penulisan ini? Aku berdusta atau aku hanya bermadah kosong...sungguh hatiku kosong aku buntu, aku sepi disebalik rasa cinta yang berbunga tetapi aku masih menunggu rasa itu, ya rasa kali pertama sewaktu mahu bercinta..KALI PERTAMA...rasa sayang, rasa diri ini diperlukan, tanpaku dia kesepian, tanpaku dirinya rindu. Aku mahukan kepastian dalam perbuatan bukan kata kata..siapakah dia? Penat...

Nilai memori, sungguh hanya berbekalkan sebuah memori membuatkan aku bahagia, membuatkan aku gembira, aku masih terusakan hidup yang bersisa tangisan saban hari. Berbekalkan memori yang pahit untuk dijadikan semangat buat hidup. Teringat memori muda bersama ibu dan ayah, aku hiba hiba hiba !!!! Aku menanti seorang suami yang membimbing yang mendidik, yang mencintai dan memberikan daku cahaya mata yang sihat dan berjaya. Di mana dia ? Mana ? Mana? (menangis) dalam kesepian aku sendirian di sini, sentiasa di sini menanti tidak pernah jemu. Apakah nilainya memoriku ? Hatiku kosong masih menanti, menanti dan terus menanti sehingga tiba waktunya.