CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Thursday, May 30, 2013

Layakkah aku menjadi isteri seorang perwira

aku seorang yang manja, kuat menangis, dan yang pastinya selalu risau.
dia selalu kata, " eh eh kenapa manja sangat ni? Tak boleh manja sangat gediknya!"

aku jadi malu tetapi itulah diri aku, seorang yang manja walaupun ibu bapaku tidak pernah manjakan aku sewaktu kecil. Mungkin kerana aku anak perempuan tunggal dalam keluarga.

B selalu cakap, " Sayang kena kuat, tabahkan hati b selalu sibuk, ada kerja bertimbum. Kalau b kena hantar sabah macam mana ni ? "

Aku terdiam, tambahan pula aku masih belajar dan menyambungkan pelajaran aku lagi dalam perubatan sudah semestinya aku pun akan sibuk. Aku perlu memahami kerjayanya dalam susah dan senang perlu aku faham. Kenapalah susah sangat untuk aku berfikir positif terhadap semua ini. Aku tahu pilihanku berisiko tetapi sememangnya cinta aku terhadapnya sungguh banyak. Walaupun aku tahu banyak wanita yang ingin didamping tetapi aku masih tetap di sini. Mungkin kerana aku terbiasa membuatkan aku makin kering hati.

B sibuk, dia selalu pergi kursus dan operasi, ada majlis dan sebagainya. Aku macam biasa menanti hari bila boleh ketemu dengan dia. Aku cuma ingin tahu adakah aku layak untuk menjadi isteri seorang perwira? Adakah aku benar-benar bersedia untuk ditinggalkan berbulan-bulan, hidup makan hati sendirian, dengan segala macam aktiviti pelik askar yang perlu di buat. Adakah aku sudah bersedia? Sebenarnya aku perlu mendapat semangat daripada pasangan aku sendiri, kerja aku yang sangat sibuk nanti akan menuntut kesabaran daripada kedua belah pihak. Malah aku kini kian berfikiran pesimis terhadap wanita yang dekat dengan dia.

Aku tahu semuanya ada pengorbanan dan risiko. Aku suka suamiku tegas dan berdisplin yang mampu mendidik aku yang selalu suam suam kuku dalam berdisplin ni. Aku takut aku berangan dan mungkin juga aku memberikan stress yang banyak kepadanya. Mungkin dari segi cemburu aku yang melampau atau mungkin dia tidak cemburu langsung terhadap aku. Ya, susah nak lihat seorang perwira bersikap cemburu mereka bijak menyimpan perasaan tersebut. Aku sekali pun susah nak lihat b cemburu. Aku tahu ramai lelaki yang menganggu tetapi aku menjaga hatinya supaya dia setiasa rasa secure. Tapi aku, selalu sahaja insecure dengan wanita yang awal datang dalam hidupnya, dengan wanita yang datang selepas itu? Susah untuk kawal rasa sedih tetapi ini pilihan aku.

Adakah aku layak untuk menjadi isteri seorang perwira? Aku inshaallah bakal menjadi seorang doktor, dan dia perwira negara yang selalu memberi keutamaan dalam menjaga kedaulatan negara. Adakah aku bersedia untuk jarang berjumpa, selalu sibuk, dan aku juga yang akan sering berdamping dengan anak-anak, menghantar mereka ke sekolah, mendidik, dan membeli barang keperluan ? Moga doa dan berkat kekuatan bersama dengan jodoh dan izin Allah, akan ada. Aku perlu memikirkan semua ini kerana segala keputusan adalah kehendak sendiri malah ada jodoh tidak ke mana.

Aku perlu kuat, aku perlu tabah, cuba berfikir tidak semua tentera yang banyak wanita, tidak semua tentera yang jahat. Aku perlu rehatkan mentaliti pesimis dan mentaliti buruk aku ini. Sesungguhnya aku tidak mampu menyayangi orang lain. Mungkin ada yang beranggapan aku seorang yang bodoh tetapi aku perlu memberinya peluang untuk berubah, memberi peluang untuk hatiku terawat dan mengubah diri aku sendiri juga.

Ya susah untuk terus tabah, susah untuk terus kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Dalam hidup aku bukan asyik nak bercerita soal hal hati sahaja tetapi banyak lagi soal hidup yang lain. Bagi aku, cerita dan berkongsi soal hati ini banyak benda yang buat aku lebih matang, membaca idea dan mendengar pengalaman dan ketabahan mereka-mereka yang lain. Tidak mengapa inshaallah jodoh sudah tersirat, its the matter of time bila si dia akan sampai. itu sudah pasti .



Yes semoga Allah memudahkan segala-galanya. Amin

No comments:

Post a Comment