Hari ini saya berjumpa dengan abang saudara yang sudah 4 tahun tidak berjumpa. Lain benar rupa dia dan dia pun sudah mendirikan rumah tangga . Seronok juga mengetahui perkhabaran tentang keluarga kita lagi-lagi pula terhadap saudara mara yang pergi ke luar negara dan bertahun tidak pulang. Sememangnya mereka berubah 360 mostly lah. Malam tadi saya bershopping. Banyak jugalah ayah sponsor belikan itu dan ini kemudian teringat bilalah aku nak habis belajar (panjangkan angan-angan ketika di pasaraya) tiba-tiba ibu ketuk cakap ha berangan dah dah beli jer cepat nak balik. Sampai di rumah, di peti surat ada surat adik. Dengan tidak tau malunya aku membuka surat tersebut dan rupanya...jeng jeng jeng (tak boleh bagitau rahsia). Habis mengamok dia tu lah sebelum ni suka kacau orang hehe saja nak bergurau dengan dia alah dia pon ok. hahahaha
Tengok tv bincang pasal hal semasa. Entah lah macam-macam benda aku tertinggal. Semenjak belajar sepenuh masa, tinggal di asrama dekat UPM tu aku dah lama tondan tak tengok telivisyen. Asek main download jer daripada internet, kalau nak baca surat khabar pun saya baca melalui internet (laman sesawang-ceh bajet moden ) tetapi itulah hakikatnya. Tengok satu cerita ni terinspirasi lah pula nak berkeluarga. Ah tak payah lah nak fikir masa tu terlalu jauh nak difikirkan masih muda lagi. Adalah pasang niat nak beli itu dan ini di waktu muda hurm entah lah. Mak cik ajak pergi rumah banglo barunya suka lah tu ada rumah baru seronok betul dia suami kontraktor berkelas gitu memang lah. Dah nak habis puasa, apakah agaknya persiapan saya sesudah itu? Raya memanglah raya tetapi rasa bila sudah dewasa perasaan nak beraya seperti kanak-kanak riang sudah makin memudar. Mungkin kerana sudah ada pelbagai komitmen membuatkan diri ini terasa terkekang dan lebih matang. Perasaan mahu bagi duit raya dekat budak-budak makin menebal (amboi berangan lagi ) . Tidak mengapa masa itu akan tiba betahun-tahun sahaja lagi aduhai sabar yer sayang, waktu itu akan tiba jua nanti jangan pula kamu menggigil nak bagi pula sebab kedekut? Nauzubillah jangan jadi kedekut kalau nak rezeki murah.
Hari ini keadaan dan suasana di rumah semakin hebat. Adik macam biasa dengan lagu dia memang lah bingit tetapi suka pula tengok sebab yang peliknya sambil sambil dia buka lagu kuat, duduk atas meja dia belajar ! Ya Allah pelik bin ajaib kalau aku lah memang bengap rasa otak. Budak lelaki memang macam tu lah agaknya kot. Katanya ada kerja mahu disiapkan yerlah suka hati kaulah adik memang kau macam tu main-main tetapi tak janji tetap skor okay. Alhamdulillah segalanya sudah berubah mana ader macam dahulu. Wah, tiba-tiba terasa lapar !! Nak makan lagi dan lagi dan lagi, okay bersambung lagilah nak pergi masak spageti sekejap dengan buat cek mek !!! tatata....
XOXO