Mungkin kamu dan kamu tidak tahu betapa sepi tatkala hati itu menjadi kosong. Dalam gurau, manja, dan tawa seorang insan terluka dia masih mampu memberi kasih dan terima. Dalam hatinya mempunyai satu perasaan yang takut dan kering. Bagaimana mahu memberitahu kepada dunia bahawa dia sudah berhenti berharap dan hakikatnya dia masih lagi berdiri di sisi. Dia diam melihat dari jauh malah dekat segala galanya. Hatinya berdarah dalam senyum dia masih menerima. Apakah dugaan yang diberikan olehmu ya tuhanku setiap satu aku titipkan segala hikmahnya. Lelah kerana diri sendiri kian terabai dan pasti dia masih mencari diri dan cita-cita. Ya dia sudah pun mulai berhenti berharap dan sudah pun mula berhenti menangis...
Tidak dapat digambarkan betapa hancurnya kepercayaan dan juga cinta serta kasih kepada yang dicintai. Di dalam hati berfikir adakah telah tersalah langkah? Adakah benar dia orangya dan adakah benar aku? Ya tuhan tunjukkanlah kepada diri ini segala kebenaran, segala galanya sehingga aku yakin. Aku tidak sempurna, maka kau tolonglah aku dengan memberi petunjuk.