Salam satu Malaysia !!!
Assalamuaikum ,
Kesederhanaan paling payah dan sukar untuk dilakukan kerana sifat kesederhanaan itu perlu dipupuk dan dididik di dalam diri. Terkadang terfikir juga sejauh mana konsep kesederhanaan itu difahami dan diguna pakai oleh setiap individu. Tak bererti orang yang bersikap sederhana itu miskin atau tidak kaya barangkali mereka berasa rendah diri dan tidak mahu menonjolkan diri. Kehidupan yang aku mahu biarpun berwang, tetapi kesederhanaan hati perlu ada kerana melalui sikap seperti menjadikan kita lebih dihormati dan kita akan berasa lebih selamat. Apa maksud selamat, bererti tidak lah orang selalu mendengki bila kita terlalu meninggi diri dan sebagainya seperti ciri-ciri individu yang bongkak lagi taksub !!!
Hari ini, semestinya hati aku sedikit gembira, terasa seronok kerana terdapat sedikit perubahan dalam tiap hatri yang berlalu. Semalam, ku lihat dan baca blog terfaktab. Perihal ciri-ciri perkahwinan yang sederhana lagi berkat. Hurm sungguh aku tidak mahu menyatakan apa-apa kerana aku pun tidak tahu konsep sebenar sederhana dalam perkahwinan itu sejujurnya tetapi secara generalisasi aku memahami yang mereka mahu satu perkahwinan yang simple, tidak membazir itu penting. Bagi aku, kesederhanaan itu penting, kalau majlis terlalu sarat, banyak sangat sesi bergambar akan merimaskan dan kasihan rakan-rakan dan sanak saudara dari jauh tidak boleh beramah tamah dengan pasangan raja sehari. Itu benar, terkadang aku suka membincangkan perihal mulakahat ni sebab perkara ini adalah mehnah biasa yang selalu wanita impikan.
she's one of my idol. Simple sahaja suka sangat pelamin dia .
XOXO..nanti sambung lagi nak pergi kelas