Sebut sahaja pasal berpindah, diri ini sudah banyak membayangkan perkara yang bakal terjadi. Sungguh sadis jiwa ini terkadang berfikir itu-ini seolah-olah memang akan terjadi. Ya Farehah jangan kamu bersangka buruk dengan ALLAH swt. Ingat itu wahai muslimah. Bukan apa rasa sayang sangat nak meninggalkan kenangan yang sudah bertaut bertahun lamanya di sana. Di situlah segalanya bermula daripada perkenalan,perpisahan, jatuh, dan bangunnya seorang insan yang bergelar pelajar. HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL !!! Ingatilah Allah adalah sebaik-baik pelindung. Di mana sahaja kamu berada walaupun terpaksa berpindah randah seperti kalangan nomad itu, ingatilah kembali hanya Allah sebaik-baik pelindung dan janganlah kita khuatir kerana setiap perubahan itu adalah yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa diri ini melampiaskan coretan tak 'seumpama ilmu' penuh ni. Sebenarnya hati terkadang merasa tidak puas berada di tempat yang sudah kita biasa duduki, kita lewati saban hari melihat tempat yang sudah kita BIASA. Ialah keluar daripada zon keselesaan sendiri. Itulah yang mendatangkan kelecehan kepada diri ini sendiri. Mengira hari dan tahun itu sebenarnya tidak elok kerana buat apa kita sibuk memikirkan perkara yang masih nyata di alam ghaib sedangakan lebih baik kita hidup dan hargai hari ini dan berdoa semoga hari ini lebih baik dari semalam dan moga-moga esok lebih baik dari hari ini kan.
Saban hari daku makin berusia (tidak lah tua sangat semakin kewanitaan ). Mahu menjadi muslimah yang berkerjaya, berilmu agama yang banyak, dan menjadi isteri yang SOLEHAH. Ya Allah mudahkan lah perjalanan hidupku ini. Abang pun akan pergi latihan di lumut dan daku akan sibuk praktikan di UPM dan akan melanjutkan pelajaran lagi. Hati ini mahu nikah kerana sering kali tak terbendung kerinduan terhadap pasangan hati itu. Sungguh rindu dan menyayangi yang teramat sangat (apa ni kamu farehah teramat sudah melambangkan lebih tambah lagi sangat lebih lagi ke mana Bahasa Melayu kamu? ) . Fuh sungguh tidak keruan rasa rindu tambahan mahu pindah dari zon keselesaan sendiri. Sedih tidak berketepian lah jawabnyer kan. Mudahnya kita meluahkan tetapi sesukar mana sekalipun hidup mesti diteruskan bukan sekadar HIDUP PERLU ENJOY !!! Baca banyak-banyak asma' wa sifat lepas ni bagi menambahkan keberkatan dalam kehidupan ini moga-moga Allah tetapkan hati dan iman yang semakin lemah ini AMIN. Bagi yang belum mengetahui apakah itu? Di sini daku sertakan tauhid asma' wa sifat link.
Selain itu disertakan juga hafalan ayatul Qursi dalam 10 cara bacaan yang berbeza. Moga-moga membuka ruh keimanan di dalam hati yang liat dan lemah ini.
Sekian dari saya hamba Allah yang sering mendaki untuk mendapat keredhaan dari-NYA inshaallah mudah mudahan kita-kita yang lain juga.