Kusedar jalan yang kulalui benar-benar jauh dan berliku. Sungguh bukan kepalang sakit yang ditanggung kerana kesilapan yang sebelum ini yang pernah kulakukan. kulihat ramai rakan-rakanku yang jauh lebih berjaya daripadaku dan mereka semua mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat daripadaku. Akan tetapi aku tetap cuba dan bangun kembali dari segala kepayahan ayang aku tanggung. waktu ini aku menghabiskan degree dalam bidang Biomedic. Terasa sangat sedikit ilmu yang aku pelajari jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang rakan dan taulan lain ada. Waktu melakukan research sahaja aku merasakan aku banyak ketinggalan dan aku banyak melakukan kesilapan Buat benda itu tak jadi buat benda ini tak jadi. Tetapi Allah sajhaja yang mengetahui beban yag aku tanggung. Istiqamah atau tidak aku terhadap solat dan doaku. DIA ingin mengujiku. sungguh penat untuk aku menaakul segala ilmu yang kian sukar pabila kita berada di tahap yang makin tinggi dan mencabar.
Semalam hanya tinggal kenangan. Aku tidak mahu hidup dalam angan-angan sahaja. Aku ingin membuktikan yang bahawa aku berani dan boleh berjaya dengan segala kebahagiaan yang Allah akan berikan suatu hari nanti bersama keluargaku.
Thursday, January 19, 2012
belajar memahami apa yang sudah tersirat dan ketentuan
Subscribe to:
Posts (Atom)