CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Monday, August 23, 2010

hari ini

          Alhamdulillah. lega rasanya apabila waktu menyelesaikan majlis berbuka puasa itu semakin dekat. cuma yang paling merisaukan aku adalah dengan banyak kene fikir tentang berapa ramai orang yang akan datang dan kos yang perlu ditanggung itu adakah cukup dan berkesempatan. harap-harap dato' tidak datanglah sebab banyak kerja nanti protokol termasuklah aku ....wallahua'alam kita tengok sahajalah nanti. seusai aku memikirkan dan sibuk mengira-ngira segala pengiraan tentang bajet majlis aku menjadi keletihan dan tertidur. tiba-tiba pensyarahku cik Halijah telah menelefon dan memberitahu tentang pertambahan ahli yang akan terlibat dalam majlis. alangkah leganya aku kerana dapat selesaikan masalah ini.insyaallah akan ader rezeki dimana-mana sahaja dengan keizinan Allah swt.


         Setelah itu, aku mendapat panggilan telefon daripada kekasih hatiku. dengan gembiraya aku berkata dan aku sudah pun selesai membeli nasi kerabu kegemaranku. yelah aku telah selesai membelinya sewaktu aku pulang dari university bersama rakan-rakanku. seronoknya hari itu kerana kami banyak bergelak ketawa dan sebagainya. tak berhenti bercakap. hehehe semalam aku selalu sedih dan sebagainya. aku selalu murung dan aku terasa segala beban yang ditanggung seakan sudah tidak tertanggung lagi. tapi begitulah hakikat hidup sebab ada yang sedih dan ada yag gembira. haih, penat memikirkan tentang diriku yang selalu emosi. kadang kala orang tersayang di sekeliling sudah habis akal untuk memikirkan sikap aku yang sangat tidak terjangka. maklumlah perempuan ada pasang surutnya dalam tiap-tiap bulan. sudah menjadi satu kelaziman. aku mesti berubah menjadi seorang yang gembira. itu adalah erti bagi namaku sendiuri. cahaya kegembiraan yang sebenar insyaallah ada reezeki bagi diri kami dan diriku suatu hari nanti asalkan ada sahaja keazaman yang akan senantiasa di tunjukkan untuk kejayaan yang hakiki.


          Rindunya dekat maka ayah dan along. kasihan mengenangkan ibu yang selalu berbuaka keseorangan di rumah. ayah pula selalu sibuk tetapi aku berharap suatu hari nanti waktu cuti aku bertekad untuk membantu inu di rumah dan selalu menemani keluarga yang tercinta. aku harus menganggap bahwa hari hari ku adalah yang terakhir kerana saat-saat yang dilalui akan menjadi sebuah sejarah dan bukan lagi suatu kisah ayang akan terjadi selalu atau acapkali. seronoknya kalau dapat balik rumah awal ! memang rasa mahu pulang awal harap-harap dapat beraya dengan gembira tahun ini dan dapat sabut ddengan meriah dengan keluaar pun cukup lah kan. insyaallah nak beli baju raya dengan yang tersayang insyaallah kalau diizinkan illahi dapatlah kami membeli barang keperluan dan persiapan di hari lebaran dan meluangkan masa bersama-sama.saya rinukan ayah dan ibu. merekalah segalanya bagi hidupku. adik sentiasa di sini dan aku selalu juga bertemu dengannya. alhamdulillah keluarga daku sudah besar-besar semuanya dan ya Allah bimbinglah daku dengan cahaya nurmu dengan ahli keluarga yang mengasihi dan suami yang beriman yang sedia membimbimg daku dunia dan akhirat kelak.