CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Tuesday, August 14, 2012

kamu serius mahu update lagi???

Wah sungguh berharap ini tidak keterlaluan. Diri ini rasa mahu update lagi bermacam-macam cerita hari ini. Sebenarnya banyak kenangan yang boleh dikongsi sewaktu berada di UPM ni. Walaupun berada di UPM, tetapi Shah Alam, KL, Melaka memang lah saya selalu berulang. Macam 'kera kena belacan' ! Itulah istilah orang yang tidak tahu duduk diam. Selalu jer nak meronggeng ke sana ke mari dengan perniagaan dengan pembelajaran. Sungguh seronok tetapi masa yang dilaburkan sungguh tidak disangka cepat sangat berlalu. Hooray !! Itulah yang saya mahukan mengisi masa saya dengan pelbagai aktiviti justeru saya tidak lah merasa bosan terperuk semata . 

Hari ini atau tadi saya dan rakan sekalian pergi ke The Mines Serdang untuk berbelanja. Seronok memang seronok tetapi cik akak, kamu tu student ingat segalanya terhad yer. Kamu baru sahaja nak bertatih mencari duit jangan kamu melakukan pembaziran. Ya Allah muhasabah diri sebentar saya ni kalau berbelanja mashaallah sungguh lah lama dan nafsu tu macam nak makan stik 3 kali. Faham-faham sahajalah kawan kalau dah nak membazir amalan syaitan jadi nak selalu amalkan pembaziran ker? TIDAKKKKKK....nak kahwin kena ada duit tau, nak belajar lagi kamu tu budak medik jangan main-main boros sangar. Kata nak ada aset sendiri sebelum kahwin, oleh itu wahai cik akak silalah berjimat. Baiklah otak dalam hati kata TAK NAK AKU NAK IKUT NAFSU NI (getus perasaan yang geram dengan macam-macam benda dekat pasaraya). Kemuadian, saya dan yang lain menghantar rakan kami ker KTM Serdang kerana dia mahu pulang ke rumah kakaknya, ambil kuih raya , selepas itu...baliklah kami ker UPM...

Rancang-rancang nak pergi berbuka puasa di mana yer? Kak ayuni berkata pergi Pelita lah dekat PJ, SEEEDAAPPP katanya, memang sedap pun sebab aku pernah makan di restoran nasi kandar tersebut. Dah bermacam-macam tempat kami pergi menjamu selera sebut jer kat mana dalam kawasan Serdang ada, Petaling Jaya ada, Bangi, Shah Alam,...seronok sangat praktikal saya gembira alhamdulillah segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam telah memberikan segala nikmat yang ada di muka bumi ALLAH yang luas sangat ni . Bayangkanlah dalam mencari rezeki sungguh banyak bertebaranlah kamu dalam mencari sesuap nasi...Sehingga bersambung di kemudian waktu mungkin esok. 


XOXO

kesihatan

assalamualikum kepada semua hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian...cewahh!!! sudah zaman perdebatan dikau sudah berlalu...zaman sekolah dah lama. STOP IT sometimes effa you can be a bit annoying when speaking because you hardly or slightly or whatever susah sangat nak berhenti bercakap. Maaf diri ini tidak mahu me-rojakkan bahasa ibunda tetapi sekadar untuk meng-eskspresikan diri dengan lebih..?? WHAT? okay merepek sudah.


UPGRADE

Salam satu Malaysia...hehehe

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menaip semula. Kali ini dengan tiada idea, ku teruskan jua untuk mengasah minda untuk meluahkan butir-butir kata . Aku mengaku agak susah untuk terus istiqamah dalam menaip ni Yelah perlu tahu apakah topik perbualan sehari-harian. Impian aku nanti aku nak beli gadget khas untuk membolehkan au online 24 jam dan aku boleh update blog di mana sahaja aku berada. 

Seusai aku berada di makmal bersama pelajar lepasan ijazah yang lain dan juga para professor yang telah menjemputku untuk datang melihat 'product advertisment', secara tiba-tiba aku menilai kemampuan ku untuk sales ni. Memang nampak susah sebab kebelakangan ni aku semakin berat mulut..aku pun tidak tahu mengapa. Dahulu pantang ada acara, aku mesti involved dan ingin menyumbangkan buah bicara dan juga idea-idea. Adakah aku mula merasa rendah diri kerana kisah silamku yang telah membuatku terasa not that interesting anymore???? Hahah PESIMISTIK itulah aku. Salah satu perkara yang susah aku hendak tujahkan daripada minda kusut aku sekarang ini. Mana tidaknya pelbagai masalah melanda sepanjang 3 tahun pengajian dalam ijazah bioperubatan kemuadian ijazah perubatan ( Ya Allah hanya di-KAU yang mampu memberikan daku sumber inspirasi selain daripada mereka-meraka yang ku sayangi) . Sejujurnya aku sangat bersyukur ke-hadrat illahi kerana dapat membuat praktikal di University Putra Malaysia (UPM), dengan profesornya yang baik, pelajarnya yang sangat membantu dan sporting, itulah sebab aku dapat kuatkan semangat untuk terus berjuang di kala aku kesedihan yang teramat dahulu. Yang pastinya aku tidak mahu mengambil hak orang tetapi kerana orang itu TAMAK, aku menjadi mangsa selama bertahun-tahun. Please guys out there do not get interested to another girl if you already have steady girlfriend, please take care of her, be LOYAL to her, love her the way she is even she's not that perfect like what you want. Kasihan pada perempuan itu jikalau anda meninggalkan dia kerana perempuan lain (ni lah kes aku, dia nak aku dia tinggalkan mak we lama) tak patutkan begitu. Sungguh Ya Allah jikalau aku tahu cerita sebenar dari dahulu aku tinggalkan dia dan aku memang tidak mahu ada kaitan langsung dengan jejaka seperti itu dan alhamdulillah Allah telah pun memutuskan perhubungan kami dengan sebaik-baik keadaan. SEMOGA BERBAHAGIA kerana kamu lebih layak untuk bersama dengan dia, AKU, biarlah daku meneruskan kehidupan ini dan jodoh pertemuan di tangan tuhan suatu hari ada CINTA untuk diri ini. Jangan khuatir masa itu akan tiba dan pabila ia tiba aku akan bersedia tetapi lebih waspada. 

Eh apa lah pulak aku merapu yer...inilah akhibat kalau minda tak fokus untuk berbicara tentang satu topik sahaja. Baiklah sebenarnya, post hari ini lebih kepada coretan dari hati tentang kehidupan aku di UPM. SERONOK dan aku rasa gembira sangat. Di awalan, sudah tentu sedih tetapi lama-kelamaan aku berasa gembira yang aku selalu ingati  FAREHAH FIRST STEPS IS THE HARDEST semua permulaan memang susah kerana kita mahu membina keserasian dahulu. Serasi akan membuatkan kita lebih fokus dan mengahargai keadaan kita di waktu itu, tidak mengapa anda lambat sedikit, tetapi akan tiba masa anda akan terbiasa dengan segalanya. 




XOXO