Kena sabar dalam cuba mencari diri
Tak semua yang MEMAHAMI kehendak hati
Sedih bersendirian itu sudah pasti dan terbiasa
Mengimbau mimpi dan impian
Aku kena tabah untuk menjadi DIRI INI
Hanya yang benar-benar memahami akan mengerti rasa tersirat di hati
Tak mengapa ada orang benci, ada yang menyukai
Lambat atau cepat DIA akan datang ke hidupmu
Sepi sudah sebati dari dahulu lagi
Tak mengapa DIA akan datang ke hidupmu
Terus cekal menjadi DIRIMU
Terus berusaha dan berjaya
Ada yang layak
Ada yang setia menunggu mungkin
Tak mengapa terus bergerak sayang
Jangan menoleh terlalu kerap, fikir asal usulmu dan fikir APA KAU MAHU
Sabar kejayaan tidak datang TANPA PENGORBANAN ...mungkin
Sepimu itu adalah pengorbanan kejayaan mu
Tak mengapa DIA AKAN DATANG
Terus bergerak dan cuba kuatkan semangat dan terus bergerak
Tak mengapa DIA AKAN DATANG
Yang sebenar-benarnya SETIA dan layak untuk kau PILIH......
SIAPA itu janji dan rahsia ALLAHku ....sabar wahai sayang
Usahalah mencari diri,ilmu,dan agama inshaallah ada kebahagiaan di sebalik kedukaan.
lagu inilah yang menjadi minatku dari kecil lagi...rahsia kepada siapa yang mengetahuinya