CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Thursday, May 9, 2019

Terima kasih

Entri hari ini tentang rasa bersyukur dan rasa nikmat mengenali seseorang yang tidak disangka. Apa yang kita rancang belum tentu akan sama keputusannya di masa akan datang. Aku rasa, terpanggil nak menulis selepas lama menyepi kerana kesibukkan. Nak dijadikan cerita sepanjang beberapa tahun selepas habis belajar banyak sangat benda yang berubah. Soal diri,soal keluarga, soal kerjaya, soal perhubungan, dan macam macam. Zaman sekarang mana boleh bercerita lebih topik tentang peribadi di sosial media, sekarang zaman membawang. Benda bodoh boleh jadi penting bagi warga marhaen sekarang. Jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang faham kiasan aku tahu lah apa ertinya rasa hati ini.

Dalam sibuk mencari idea,
Nafas laju membungkam di bantal,
Kusangka hati kosong tak berpunya,
Rupanya ada tapi tidak diramal

Kenal tak diundang
Tegur pun tak dirancang
Sapaan mudah macam kurang
Rupanya hati lama terkenang

Ingat bertuan rupanya enggan
Makan hati berbulan bertahun
Bila diumpan hati terus ditawan
Kerana sikap musnah ia berpergian

Cerita mudah mungkin difahami
Buat mereka yang mencari
Kalau sudah tahu kisah kami
Terima kasih daun keladi 

Sayang kasih ditingal tinggalkan
Buat orang bodoh tidak menghargai
Dah tiada baru mendapat penyesalan
Sudah terlambat di sambar lelaki

Komunikasi rahsia pencetus hati
Jangan diremeh hati terluka
Buat kamu yang tidak memahami
Maka biar pergi dari terseksa


Renungan hidup, memang macam dugaan datang cubalah renungi apa kehendak hati. Berhati-hati dalam segala hal, dan jangan mudah mengalah. Mesti tahu diri dan sayangi diri sebab itu kunci menjadi diri kita. In shaa allah . 

Wednesday, February 8, 2017

Rutin

Assalamualaikum. Entri kali ini berkisar tentang rutin seharian aku yang selalu tiba-tiba. 

Aku jenis suka aktiviti yang lasak dan aku memang very competitive girl. Bolehlah dikatakan massive kiasu dan aku suka benda yang lain dari rutin seharian. Jadi, life aku very adventurous dan tidak membosankan. Biasalah, perubatan memang mencabar, terutamanya mental dan juga fizikal. Jadi, terpulang kepada aku untuk mencorakkan aktiviti aku. Ya betul memang perlu fokus kepada setiap nota, kuliah, PHYSICAL EXAMINATIOS, dan segala ilmu yang berkaitan. Untuk memastikan aku boleh 'retain' knowledge dan memori aku sampai aku mati esok. 

Bukan mudah nak bagi rasa seronok belajar dan bekerja ni setiap hari...aku kena rasa bermotivasi dan bersemangat setiap hari. Ha itu yang ada masalah sikit ! Sebab aku buat dua kerja dalam satu masa dan aku sudah belajar dari degree pertama bioperubatan dan perubatan (tamak haloba aku)

Luahannya di sini, memandangkan motivasi naik turun, perlulah kita semua wahai rakan-rakan untuk aktif dalam 'study group' dan self-learning. Jangan pernah rasa belajar seorang itu memadai. Perubatan bukan macam itu dik, kita kerja esok secara teamwork seharusnya perlu bijak bekerjasama. Baru sebentar tadi aku selesai study group. Habis pukul 2 pagi. Tapi puas hati memandangkan esok cuti dan minggu depannya exam sudah . Konsisten study in shaa allah. 

Sekian. 

Tuesday, February 7, 2017

Sudah bulan February 2017. Apa usaha aku?

Wah ...

Lama sungguh aku tidak ber-blog. Diam tidak diam aku sudah berada di tahun akhir perubatan dan tinggal beberapa bulan lagi aku akan mengakhiri waktu getir ini. Kekangan, merupakan impak besar bagi aku. Mana mungkin aku mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti laman sesawang. I shall involve myself more with educational purposes rather than wasting my times with all this cyber things. Sesiapa yang rajin mengikuti kisah aku dari dahulu di blog ni pasti tahu aku sering mempunya masalah percintaan. Alahai itu hal kecil, masa mematangkan kita dan akan mengubati perasaan... aku lebih kuat kini, malah cerita kehidupan aku banyak berubah dengan pelbagai cabaran baru yang aku terokai. Seronok dan aku semakin dewasa...alhamdulillah. 

BERSAMBUNG 

Sunday, April 17, 2016

DIA

effa

Allah mengajar aku untuk terus tabah. Hampir berhabuk blog ini . Lama sungguh aku pergi meninggalkan cereka rama . Hati aku rasa keliru sepanjang 2 tahun ini. Aku sedar sebenarnya aku dah lama single. Aku tahu dia tak setia. Tapi aku masih menanti. Acapkali DIA selalu menanti dan menasihati agar aku berfikir dengan betul. Tetapi aku berdegil aku keliru. DIA ada orang lain sepanjang kami berkenalan semenjak 2011-penghujung. Ya aku masih ingat waktu aku bersedih kerana tok. Sepanjang waktu itu, aku lihat DIA selalu menghadiahkan sesuatu kepada mia, she look happy , keluarga mengenali... bertahun aku intip untuk tidak menjadi seorang perampas. Aku move on cuba untuk kenal ijoy. Rupanya dalam 3 tahun itu dia sama seperti tok. Kembali kepada yang lama tetapi aku tidak membalas. Aku relakan aku okay. Ijoy kejam sangat kejam. Masih ku ingat tahun 2015 waktu dia datang untuk bertanya kata putus. "I bagi you sampai bulan 9" after that I akan pergi...

Ya allah aku buntu. Hati aku sudah terluka untuk melupakan ijoy. Bagaimana? Aku tahu aku sayang dia. Tetapi aku buntu bagaimana harus aku terus bahagia jika dia ada bersama mia. I dont want to be blame as a person yang mengambil hak orang? Aku sanggup tolak , aku deny everything that sebenarnya tiap hari aku ingat kat dia. Aku kata aku benci dia tetapi setiap malam aku ingat selalu waktu dia dengar rintihan sedih hati aku. Dia selalu kata "Don't narrowed down your option syg, i will be here to listen to you". Hati aku menangis, aku keliru dia ada mia siapakah aku untuk terus mencintai lelaki ini.

Aku tahu dia gembira sekarang. Aku tahu . Aku ikhlas menyayangi dia atas siapa dia. Dari 2011 sampai sekarang dialah yang paling aku hormati dan sayang. Tetapi maafkan diri ini atas kedegilan selama ini. Aku tahu DIA masih ada mia walaupun on off tapi aku tak nak mengganggu hubungan orang. Biarlah semua menjadi kenangan. I know you had love me before. You hurt so much. Terlalu lambat aku membuat keputusan kerana aku keliru dengan status DIA. Rupanya ijoy sudah lama hilang dari ingatan. Rupanya sakit itu lebih kurasa bersama DIA . I will always love you. Even now you are not here as the same person anymore...you are different now. Be happy for me, as i will stay single until my heart can forget you fully. I am so sorry for everything, i am confused, ignorant . I let you away with her. For every ups and downs she had sacrificed.

Friday, February 21, 2014

Hikmah dalam kesusahan

Aku selalu digelar seorang yang rajin berkias, selalu jiwa jiwa, dan juga seorang yang enthusiastic oleh rakan rakan. Tetapi secara batiniahnya jiwa aku sangat keras dan degil. Sungguh aku semakin membesar dengan segala kesulitan yang telah Allah swt berikan. Setiap kesusahan yang telah datang aku titipkan hikmahnya dalam setiap satu memori dan kenangan. Sememangnya pahit kerana bertahan. Bukan mudah untuk berterusan mencapai impian diwaktu zaman aku seharusnya berumah tangga dan bekerja. Tetapi aku sangat bersyukur kerana aku berpeluang melihat dunia hati bahawa aku belum cukup bahagia untuk membawa diri ke alam mempunyai keluarga baru. Aku belum bersedia berpisah daripada ibu dan ayah yang ku lihat bersusah membesarkan kami adik beradik, abangku yang cacat bersih dari segala dosa terbaring. Malah aku sangat bersyukur kerana seorang ahli syurga bersama kami dan sudah pun ada bidadari yang menantinya.

Bodoh lah aku, menangisi cinta manusia yang sentiasa dalam perubahan dan kebohongan, sedangkan cinta Allah itu pasti, janjinya itu pasti, segala kesusahan yang diberikannya itu adalah janji nya untuk membentuk umatnya kuat dan tabah. Ya Allah aku sangat bahagia kini dengan nikmat menuntut ilmu, pandangan luas pemandangan alam mu, dan keluarga. Aku sering terbayang, jikalau ibu dan ayah tiada, aku termenung di rumahku merindui mereka, merindui abangku , ketika itulah mereka ada ketika itulah aku sibuk menangisi cinta yang bersifat sementara. Di manakah aku? Adakah aku akan bersama dengan orang yang salah? Ya Allah kalau ditakdirkan aku pergi, akulah insan paling bahagia kerana aku lebih rela menanti ibu bapaku lewat dariku, biar aku menanti mereka di sana walaupun lambat. Aku yakin jihad dunia ini adalah yang terbaik untuk aku . Usaha tangga kejayaan, moga menjadi wanita yang terbaik dan istiqamah


Saturday, January 18, 2014

random weh random

Assalamualaikum,

Lama sudah tidakku tulis segala coretan di blog ini. Masa sungguh mencemburui dan aku kian malas. Hahaha persis satu pembohongan sebab aku selalu juga ada masa untuk menulis tapi aku kian tiada idea. Sedar tak sedar masa berlalu kian pantas dahulunya aku yang berteman kini aku single. Terasa waktuku berlalu sungguh laju dek kerana aku selalu sibuk dengan mehnah pelajaran dan kerja. Sudah tiba masanya aku fokus dengan lebih gigih atas kehendak asalku. 

Aku berada di kampung sekarang yerlah kerana cuti Thaipusam. Entah mengapa aku rasa pelik, sedikit keliru, buntu dan semacam sangat stress mungkin kerana kerja yang banyak dan aku juga memikirkan hal bizness. Kemudian, aku merasa seakan aku akan pergi jauh dari keluarga barangkali aku akan merantau lebih jauh. Yerlah aku bercita-cita untuk buat "Houseman" di tempat orang-jauh pemandangan luas pandangan. Memandangkan aku single jadi aku boleh decide apa aku nak tak perlu nak fikir kahwin atau apa pun sekarang ni. Minda aku betul-betul bebas sekarang, tanpa ikatan aku lebih tenang dan tidak macam dahulu selalu menangis cuma kadang kala aku akan terkenang dan ada juga sedih. Memori itu kekal dalam ingatan walaupun aku sudah tiada bersamanya. Kini, tinggal kenangan dan juga parut luka. Cewahhh.....

Banyak benda harus aku fikir, hidup ini bukan mahu bercerita soal cinta sahaja, mak aih bosan teramat lah kalau macam tu macam dah tak ada bahan lain nak cerita. Bila aku fikirkan sewaktu aku "kononnya" hangat bercinta, dunia seakan indah, segala nampak cantik, seolah-olah dunia ini tiap hari menanti mesej dia, tunggu call dia, ulang alik jumpa dia, sedangkan belum tentu dia itu jodoh total akan dikahwini...jadi sudah buang masa di situ ya rakan. Fuh buang duit, padahal dia bermadah helah dengan entah apa-apa punya perempuan memang tak bersyukur...tidak mengapa sebab diri ini kerdil hanya Allah mampu nilai setiap kesalahan kita ye tak ek...haha mak nenek !!!

Sekarang aku duk fikir, apa harus ku lakukan sebab aku akan pindah rumah, sibuk study nak professional exam dan akan clinical dengan banyak basic kena ingat (Terbayang Anatomy dan Physiology) berhantu otak beb !!! Jadi ada lagi banyak benda penting dalam hidup selain daripada bercinta dengan orang yang salah. (Eh wat aku bercerita kemain tiba-tiba dia jadi laki /suami aku betul-betul) masak kau....kutuk bakal jodoh sendiri wallahualam manalah tahu. Tapi aku redha sebab walau ke mana pergi sekalipun kalau ditakdirkan untuk kita ada adalah kalau bukan kau jagalah sebaik mungkin memang ke paritlah jawabnya. Maaf terkasar di sini haha. Tapi aku rasa itu satu perkara yang mustahil sebab aku leh rasa kot ... Dia akan memilih yang lain. Teruskanlah kehidupan kamu FAREHAH. Dan setakat ini aku tak terbuka hati lagi untuk bercinta dan aku fokus pada kerjaya dan pelajaran. Mungkin aku belum lagi bertemu jodoh aku....belum sekarang atau bukan sekarang kerana tanggungjawab aku terhadap keluarga belum selesai. Semoga berbahagiala yer untuk kalian sebab aku dah berusaha dengan kamu wahai lelaki tetapi kamu tidak menghargai jadi aku angkat kaki....aku dah usaha, penat dah . 



JADI DOKTOR, BUAT BIZ SIKIT-SIKIT, JADI SPECIALIST KALAU TELARAT, KAHWIN DENGAN LELAKI PILIHAN-belum jumpa, JADI BERJAYA, ADA ANAK, UNTUK AGAMA, KELUARGA, DAN SEGALANYA...tatata

Wednesday, December 18, 2013

terima kasih

berertii segalanya sudah menjadi satu kepastian bagiku.
segala yang kurasakan semuanya benar
kerana tak tahan didesak kononnya membuatkan dirinya rimas
tetapi rimas lagi diriku yang melihat setiap kecurangannya...tetapi aku bertahan
semakin terluka setelah dia pernah mengetahui lukaku tidak pernah sembuh
tergamak dirinya melampias nafsu bersama teman baru,
membiarkan aku bersusah, menunggu panggilan rindu,
tetapi aku ditipu...katanya "brother b call syg..."
selama sebulan ku lihat rupanya ini balasan nya

aku mengambil jalan berundur diri, penat sudah segala pengorbanan
aku halalkan dan maaf diri ini telah pergi
berbahagialah dengan pilihan hatimu
tak perlu kembali lagi andai nafsu,tidak memahami diriku akan diulangi
kau tidak akan melihatku lagi...ya aku wanita biasa
ramai wanita yang ingin mendampingimu..ya dia yang kau pilih
aku lepaskan mu ..maaf aku terpaksa pergi ..
FAHIZUL SELAMAT TINGGAL

hatiku hanya untuk yang benar-benar serius menyintai, walau dalam keburukanku,walau dirinya didesak, walau dirinya dicemburui dia tetap di sini ....andai kerana itu tidak mampu..maaf too bad you are not ment for me....

sekali lagi



SELAMAT TINGGAL ...



http://razzirahman.com/blog/bagaimanakah-cara-melupakan-bekas-kekasih/

Monday, October 28, 2013

because it was you...yes it was you

I TRY TO STAY AS LONG AS IT TAKES

I know my heart is breaking to pieces but I am trying to keep those pieces again and again because I still keep the memories together. It so hurts me, why are love so cruel when I AM IN NEED???


Saturday, October 26, 2013

Terima kasih

Lama sudah aku tidak update blog. Aku memberi waktu untuk diri berehat dari segala celaru. Fokus kepada study sememangnya hati ini resah melihat dan merasai sesuatu yang tidak terlihat. Hanya Allah mengetahui rahsia di hatiku ini hanya yang benar-benar layak akan memahami hati ini aku tunggu siapakah dia ?

Tiba-tiba terjengah lagu ini di benak minda...

Walaupun tasik kekeringan
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia
Mengapa dia yang ku cinta
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata
Setahun bersama bak seribu tahun tersiksa
Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu
Biarkanlah ku begini
Dan tak mungkin ku kembali
Bersamamu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadir dirinya di antara kita
Membuai resah penekanan jiwa
Dikau berubah setelah ia tiba
Menghanyutkan cinta suci kita
Walaupun kini dikau tiada
Daku melangkah mengharunginya
Melepaskan dikau kekasih di jiwa
Semoga kau tetap berbahagia
Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini
Kasih dan sayang tetap bersemi
Ku meratapi sehingga kini
Cintai dirinya walau apa terjadi
Jangan kau hancuri cinta suci
Dengarlah sayang coretan hati
Gubahan rindu puisi shahdu
Senyuman tawamu masih ku rindu
Walau dikau telah lama pergi

p/s hanya Allah mengetahui isi hati ini. Sememangnya hati ini sudah semakin dilukai ....

Tuesday, August 27, 2013

Semoga hati ini bahagia

Mungkin kamu dan kamu tidak tahu betapa sepi tatkala hati itu menjadi kosong. Dalam gurau, manja, dan tawa seorang insan terluka dia masih mampu memberi kasih dan terima. Dalam hatinya mempunyai satu perasaan yang takut dan kering. Bagaimana mahu memberitahu kepada dunia bahawa dia sudah berhenti berharap dan hakikatnya dia masih lagi berdiri di sisi. Dia diam melihat dari jauh malah dekat segala galanya. Hatinya berdarah dalam senyum dia masih menerima. Apakah dugaan yang diberikan olehmu ya tuhanku setiap satu aku titipkan segala hikmahnya. Lelah kerana diri sendiri kian terabai dan pasti dia masih mencari diri dan cita-cita. Ya dia sudah pun mulai berhenti berharap dan sudah pun mula berhenti menangis... 

Tidak dapat digambarkan betapa hancurnya kepercayaan dan juga cinta serta kasih kepada yang dicintai. Di dalam hati berfikir adakah telah tersalah langkah? Adakah benar dia orangya dan adakah benar aku? Ya tuhan tunjukkanlah kepada diri ini segala kebenaran, segala galanya sehingga aku yakin. Aku tidak sempurna, maka kau tolonglah aku dengan memberi petunjuk. 





Tuesday, August 20, 2013

getting prepared

Zaman semakin berubah dan segala perancangan perlu dibuat dan berlandaskan kehendak Allah. Aku keliru adakah kerjaya ini akan diteruskan seumur hidup, seakan aku perlu mencari sedikir back up seawal yang mungkin. Tidak mengapa carilah ilmu sebanyak mana yang mungkin di dalam bidang ini, score sebaik mungkin dan alhamdulillah give rest to Allah. ILMU, AMAL, dan TAWAKKAL.


SATU HIGHLIGHT yang aku rasa sangat interesting daripada blog ini (tidak perlu percaya seratus peratus, tetapi berdasarkan apa yang aku lihat daripada ibu dan semua doktor lain) 
...

IN MALAYSIA NON-CLINICAL MEANS A D M I N WORK !!!, so thus, this statement memang mind blowing....so rather slogging ourself/yourself in clinical (for those yang tak berminat) they have better option to be doctor that work as admin officers like pengarah hospital . Make an example like, DR.NORAINI pengarah hospital jasin dahulu. Sekarang sudah ditukarkan ke PUTRAJAYA kerana mendapat kenaikan pangkat ker yusa or jusa salary ....hurm think our pathway and serve the best to the nation ....yes (terfikir tiba-tiba rezeki allah lebih jika kita berusaha banyak dalam perniagaan 90%) but yes it all depends on our struggle and fate of course...


TILL THEN...


the blog that make me wonder:

Tuesday, August 6, 2013

Azam

Raya bakal menjelma dan tahun 2013 semakin di penghujung waktu. Seakan aku telah makin mengenali kehendak diri ini. Apa yang aku mahukan dan apa yang aku mahu jadi. Aku nampak hikmah besar yang Allah berikan kepadaku sewaktu aku sendirian keranan dia memberikan aku waktu berfikir dengan lebih baik. Inshaallah memang aku akan teruskan perancangan tersebut dan perlahan-lahan akan kesampaian...Terima kasih Allah kau mudahkanlah. Hikmah sungguh besar bila kita Allah berikan yang lebih baik :))

cinta agung

Ya Allah Engkau Tuhanku

Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkau cinta-agungku

Nabi Muhammad pesuruh-mu


Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkau sumber keselamatan

Ya Allah Engkau sumber keamanan

Engkau adalah segalanya


Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezekiku

Di waktu sakit Kau sembuhkan

Di waktu lapar Kau beri makan


Ya Allah Engkau cinta agungku

Cintaku harap dibalas

Ya Allah Engkau cinta agungku

Jangan cintaku tidak dibalas


Jangan biarkanku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan benar

Kepada Engkaulah harapanku

Jangan hampakan perasaanku


Aku titipkan rasa kesunyian dan kosong di hati kepadamu. Aku tahu engkau sedang mencaturkan yang terbaik dan terindah dalam hidupku dan yang terlayak. Terima kasih Allah kerana memberiku kejayaan, kesenangan, dan hati yang setia...sungguh aku bersyukur inshaallah. Aku tunggu...

Monday, August 5, 2013

Rakan dan Mungkin kenalan

Setiap kali aku memandang rakanku itu, hati aku pasti akan bersemangat. Aku melihat dia sebagai salah seorang inspirasi dalam kehidupanku. Malah dia mengambil bidang yang sama seperti aku. Dia baru sahaja selesai graduasi di Rusia dan aku lihat dia seorang yang serba boleh dalam banyak hal. Memasak, berbusiness, belajar-malah pandai, dan dia seorang yang sangat comel di mata aku. Aku sering kali suka untuk mencontohi adab dan perilakunya. Alhamdulillah ku rasa ada perbezaan hidupku dahulu dan sekarang. Perit mengubah diri itu sering terasa sakitnya pabila sendirian. Benar hanya diri sendiri yang mampu berubah dan tiada sesiapa yang akan bersama kita di kala susah malah di kala senang ramai pula ....


Friday, August 2, 2013

membisu

Air yang tenang usah disangka tiada buaya

Hari yang indah usah disangka kekal selamanya 

Hati yang luka tidak terhingga 

Bakal merana sejuta kata... 

Dia tidak bodoh berketawa melihat pilu selingkur kata 



Dia mendiam menahan rasa dalam hati engkau kan terpedaya

Dia melihat dan memikir 

Adakah pilu sedang mungkir 

Dia membisu mencari hadir

Hadirnya kasih tidak terpinggir 


Kadang kadang hati wanita itu boleh merasai six sense...
Berlaku jujur itu lebih manis dan penuh berkat terhadap hidup.
Ingat, ALLAH maha melihat dan dia maha pemberi segala-galanya...ingat...

Sunday, July 21, 2013

pulang

Aku dilema dalam semua hal sekarang ni. Aku buntu dan aku sudah mula penat. Benar tiada sesiapa yang faham hati ini . TIADA SESIAPA. 

Ya aku sudah pun mula mendiamkan diri dan membawa diri. Aku penat memikir dan berfikir. Hati aku sudah berserah kali ini aku berdiam dan tidak akan lagi seperti dahulu. Biarlah aku perlahan-lahan membawa diri aku akan pergi di tempat yang orang ketahui tetapi tidak dapat dijumpai. Mungkin itu lebih baik kerana walaupun adanya aku tidak membawa erti dan jikalau tiada belum tentu DICARI. 

Thursday, July 18, 2013

hakikat dan terima

I wonder why just when I learned to wait, it was when you just never came. I wonder why when I just learned to laugh, it was when you made me cry. And I wonder why just when I have learned to love you, it was when you said good bye

sedih bila kita mmenanti, disaat itu dia tidak datang memberi dan pabila kita sudah tabah
untuk meneruskan kehidupan tanpanya, dia datang kembali dan mahu mengulang perasaan
dan memilukan hati. Tatkala kita sudah mula mencintainya  sepenuh hati, dia pergi
meninggalkan diri dan memutuskan perhubungan yang telah kita berikan harapan padanya
(dunia ini kejam)

blog walking

Hari ini aku banyak juga buat blog walking. Aku membaca, mencari ilmu, dan seolah olah aku merantau ke dunia luar hanya menggunakan wadah laman sesawang. Sesungguhnya hidayah dan nikmat daripada Allah swt itu tidak terbatas malah aku dapat merasakan yang nikmat aku menulis kian terasa ketenangannya. Aku bersyukur minat aku dalam mengarang kembali berbuah malah kali ini lebih agresif dan yang pasti aku mula bertatih. Aku perlukan kematangan, kegirangan, kebijaksanaan, dan kerohanian di dalam sehari-harian hidupku. Aku perlu meluaskan pandangan sekeliling ku dengan niat mencari keredhaan tuhan. Sungguh aku dapat merasakan itu adalah satu nikmat dan hidayah setempat yang tuhan telah berikan. Aku terus terang merasa sangat tenang dalam menulis . Aku mahu berbicara dalam semua soal dan bicara, malah mahu muntahkan segala dilema dan semua yang aku terdetik di benak minda.

Menjadi cantik itu subjektif bagi aku biarlah cantik luar dan dalam (dalam pula ada terbahagi 2 cantik rohani dan cantik biologi). Seseorang individu itu dilihat atas nilai hidupnya yang sering di perkatakan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan (psst apahal aku berpidato semacam!) . Kenapa tiba-tiba aku soalkan perihal menjadi cantik? Aku akui beribu duit telah aku habiskan hanya untuk menjadi S I H A T dan cantik (highlight sihat kena lah besar). Aset seseorang manusia secara batinnya menjadi sihat itu satu keuntungan besar dan satu bonus kalau dia sihat akan membuatkan harinya sungguh kuat inshaallah dengan izinnya. Aku nak kata aku bersyukur hari ni sebenarnya sebab aku rasa seronok menulis sekadar suka-suka dalam masa lapangku dan aku selit selitkan kisah-kisah aku yang tak seberapa ni. Mostly entri blog walking ni aku ceritakan pasal nak menjadi cantik (walhal aku bukan cantik pun tapi bersyukur terhadap apa adanya aku) tapi kena yakin dengan diri supaya menjadi wanita kuat (psst aku suka baca blog sekarang ni dan info item yang berguna) macam dah jadi hobi baru pula.

Menjadi seseorang memang tak susah tapi nak menjadi ORANG itu memang susah sebab kita selalu dipandang dan dinilai. Sikit-sikit aduihai kenapa tudung minah ni selalu terkeluar rambut (opps mak terasa hehe kena cuba ubah yer cik jah), sikit-sikit aduhai baju dia warna macam pelangi atas bawah warna lelain, sikit-sikit aduhai minah ni apa pasal selekeh sangat. Ha betol tak bab cantik itu subjektif terlalu banyak nak di senaraikan dan hanya orang yang faham dan memahami akan menilai cantik itu dalam konteks yang matang ! Bagi aku cantik kepada seorang lelaki itu terserlah mengikut gentlemannya dia (lelaki lembut ker ? Owh tidak). Maksud aku di sini dari segi dia menguruskan kehidupan dia, cantik dalam urusan diri, cantik perangai atau buruk ker, cantik dalam agamanya (solat on time atau last-last minit), dan sebagainya. Banyak tetapi seronok kalau nak hujah banyak pasal cantik ni .

Sepanjang zaman remaja aku, aku sudah sering digalakkan mengamalkan good supplement kerana aku tahu badan aku cepat letih kerana penat dengan berfikir untuk belajar dan hobi aku suka sangat menari (ini extra yang aku bagitahu ) jadi aku cepat letih. Aku sangat sukakan aktiviti lasak macam berbasikal, ataupun jungle trekking tapi keadaan sekarang buat aku semput sikit sebab selalu menghadap buku jadi aku hanya meluangkan masa untuk berbasikal secara bersantai, menulis macam yang aku buat sekarang ini, belajar masak lah, kira more to indoor (takut panas ker cik jah) hehe. Justeru, aku tahu badan aku dah banyak radikal yang terperuk dan perlu dibuang atau nyah kau toksin durjana, di sebabkan itulah aku tahu produk apa yang perlu aku cari untuk dapat gebus macam dulu (kononnya). Rahsianya aku terbayang vitamin C acerola cherry amway yang boom boom pow hebatnya (mahal tetapi berbaloi beli) aku nak beli lagi nanti. Secara jujurnya vitamin C sememangnya kita tidak boleh hasilkan dalam badan, jadi kita perlu ambil dari pemakanan luar, taman good vitamin C kolagen dalam badan tidak cukup itu yang buat kulit kusam macam sekarang ni. Aku sedaya upaya nak tampil sihat dan gebus macam zaman remaja dahulu. Sekarang selalu skip makan, stress hal-hal peribadi, kerja, dan belajar buatkan aku macam tidak terurus. Vitamin-vitamin dan juga HERBALIFE jugaklah yang banyak bagi moral support untuk badan aku ni (dengan izin Allah swt). Aku sangat bersyukur dengan kak AYUNI, SARAH FADZIL, dan Farhana kerana kenalkan aku dengan pelbagai produk penting dalam hidup aku sekarang ni. Dan aku akan terus bergerak cuba berbusiness dengan produk sekalian. Terima kasih yer kalian.


Nak tahu patent vitamin C yang baru amway ! Best sebab aku pun jadi ahli dia, tapi expired bulan 5 haritu aku kena renew balik tapi still boleh beli jugak YEY...suka vitamin vitamin NUTRILITE. Kak Ayuni terima kasih sangat-sangat.


HERBALIFE nanti restok aku akan update yer.

Aku boleh konklusikan di sini yang cantik bagi perempuan memang susah sebab kena maintain banyak. Susah hati sikit kurus, ada yang makan banyak sampai gemok, muka nik jerawat lah sebab stress, dan sebagainya. Tetapi ada duit balik boleh jer maintain (berdasarkan pengalaman) hehe. Okay nanti aku sambung lagi entri aku ni memang sasau di buatnya saper yang baca, aku selalu campur aduk topic aku sebab terlalu eksaited nak kongsi. Tata.

sesengal aku

Sayang dengarkanlah
Syair kau tulis ku lagukan
Moga jadi siulan
Suatu masa
Dan moga engkau kan tersenyum
Dengan irama indah
Hanya itu
Yang mampu ku beri

Di dalam mimpiku
Syair indah
Yang masih ku baca
Hangus terbakar
Dengan tak ku sangka
Yang ku mimpi
Rupanya terjadi
Punah semuanya

Kesepian kini
Menyusuri hari
Syair nan di rindu
Kau bawa bersama
Tinggallah irama
Terus ku lagukan
Kekal ia bersama
Serpihan harapan kita yang punah

Kita tak menduga
Dari kenalan lahir sayang
Hingga ku terlupa
Kau siapa
Setulus kasih ku kalungkan
Dan selautan sayang
Kau singkirkan
Di persada hampa

-untuk pengetahuan di atas itu adalah lirik lagu kekal daripada ?? Siapa yang tahu angkat ketiak hehe. Bagi aku lirik dia makan dalam jugak lah okay okay aku tahu aku jiwang sikit depend lah ikut keadaan. 
-suka sangat sastera, seni, dan melancong. Memang minat aku untuk dijadikan suka-suka sebagai hobi sampingan. 
-to kekasih hati nun jauh, saya ingat awak selalu, saya tunggu awak datang dalam hidup saya dan semoga AWAK lah orangnya ke akhir hayat. Ameen (terbayangkan love love atas kepala macam orang ting tong) Hek leh fefeeling pulak S E R A M >>>Ayat siapalah ni kan , dush hehehe (p/s warna biru tu aku highlight, memang faveret sekian..hehe buat buat tak kenal saper okay)




pelik kau nyah !!

hoi ha hoory !!! Entri aku yang ni memang gila gila and entah apa apa tapi aku rasa sangat seronok meng-ekspresi diri di sini walaupun biasa sahaja.

Aku jadi macam orang yang tidak stabil emosi. Sekejap gembira sekejap sedih. Ya itulah aku si gadis Gemini yang pelik tapi benar ! Aku sebenarnya sukakan agenda yang pelbagai dalam hidup aku sehari harian . Suka sangat bercerita dan berkongsi apa apa yang bermanfaat atau perbualan kosong sekalipun . Cuma tidak semua orang memahami perangai dan jiwa girang aku ni (oops girang lah sangat kan kadang-kadang). Tadi ada satu entri aku terbaca pasal "terima aku seadanya" sebenarnya statement itu salah. Mengapa ? Sebab bermaksud kita menerima individu itu seadanya, which means satu benda adanya pada diri dia. Kita patut meluahkan "terima aku apa adanya" bermaksud kita menerima segala apa ada nya pada diri individu itu. Perlu diselitkan di sini kita jangan menjadi terlalu lurus kerana kalau apa adanya dia seorang panas baran kita meng-iyakan semata. Perlu diingat kita perlu menasihatkan ataupun cuba pupuk supaya dia berubah sikap tersebut. Tetapi secara basic kita terima cuma perlu diubah. 

Sikap kadang kadang macam hormon pun ada sebab boleh juga bertukar-tukar. Macam aku, sikap aku sangat umum diketahui oleh orang terapat mungkin apa apa sahaja yang diorang tahu. Banyak benda yang perlu di muhasabahkan dalam setiap hari sebab makin lama pengalaman akan mematangkan usia dan sudah semestinya "biological clock is ticking". Nak jadi terbaik mestilah jadi baik dahulu. Jadilah dirimu apa adanya (berbalik pada statement aku tadi). Daripada apa adanya diri kita, kita cuba perbaiki walaupun dicemuh orang kata berlakon jer tu atau dicemuh orang kata alah hangat-hangat tahi ayam jer tu ! Lupakan apa kata orang yang mencerca kerana kita tahu apa niat kita. Nasihat yang baik dan berguna kita terima tetapi yang tidak membantu malah mencerca kita tepis. 

sebut "biological clock is ticking" aku pun wonder hehe cartoon di bawah hehe....

Ini bukan lucah tetapi kenyataan yer cuma a puppy you should change into maybe a CAT haha



siapa yang faham cartoon yang di atas ni? hehe
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

dan yang ini aha (gelak sendiri), motif letak sebab aku rasa ada kaitan sedikit dengan bab umur 


-Share my thoughts to people as I am trying to clean my pace with good inspirations. 
-I doodle with everything that can make me feels enlighten and  happy
-I love to communicate but I hate people that a "back stabber"
-Obviously I feel I need to change my self from now (try to be a better women perhaps) Ameen.