I wonder why just when I learned to wait, it was when you just never came. I wonder why when I just learned to laugh, it was when you made me cry. And I wonder why just when I have learned to love you, it was when you said good bye
sedih bila kita mmenanti, disaat itu dia tidak datang memberi dan pabila kita sudah tabah
untuk meneruskan kehidupan tanpanya, dia datang kembali dan mahu mengulang perasaan
dan memilukan hati. Tatkala kita sudah mula mencintainya sepenuh hati, dia pergi
meninggalkan diri dan memutuskan perhubungan yang telah kita berikan harapan padanya
(dunia ini kejam)
Jikalau ditakdirkan orang yang kita sayang dan cintai itu bukan J O D O H kita yang sebenarnya apakah respond yang kita akan lakukan untuk hari itu dan masa akan datang?
Perkara ini sememangnya mental apabila kita sering fikirkan. Ya takut bukan bila kita sudah berkorban apa daya dalam hari-hari yang telah dilalui bersama. Rupanya setiap dugaan yang Allah berikan itu dalam dua kemungkinan terbesar samada:
1) Bersama-sama diuji kerana untuk menguatkan perhubungan yang dibina yang masih belum cukup kuat cinta sesama kita. Mereka berjodoh tetapi Allah panjangkan sedikit dugaan sebagai satu kekuatan dan hikmah.
2)Ataupun mereka diuji yang sememangnya Allah mahu menyelamatkan perasaan masing-masing yang tidak berjodoh dan Allah tidak mahu yang SETIA terlalu terluka dihujung hari. Jadi, tuhan berikan kecewa sekarang bukan dah lama bercinta atau ber-couple baru nak putus. Masa tu memang sakit.
Keredhaan hati yang cekal membawa untung kepada mereka yang selalu atau telah patah hati sebelum ini Dugaan tuhan beri dalam banyak bentuk dan "hint". Pasangan yang selingkur atau "curang" sebenarnya tuhan ada beritahu mengikut gerak hati kepada seseorang yang alert dengan perangai pasangannya itu. Bagi individu yang redha, dia akan menyatakan bahawa ;
"Ingatlah wahai kamu yang telah berlaku tidak adil terhadap aku, tuhan itu MAHA ADIL dengan setiap perbuatanmu, tidak mengapa daku disakiti sekarang olehmu, kerana dikau rupanya tidak layak bagi diri ini. Tuhan, pasti akan memberikan sesuatu pengajaran yang terbaik buatmu suatu hari nanti sebagai tanda untuk menyedarkan dikau kerana tuhan itu ada dan setiap perbuatan baik atau buruk pasti ada BALASANNYA"
Sebenarnya hati seseorang yang pernah terluka tuhan memberikan sedikit kelebihan untuk merasa kecurangan kekasih sedari awal malah senang cerita mereka susah untuk percaya kepada pasangan mereka lagi sepenuhnya. Tetapi bagi mereka yang berubah pasti akan menjadi baik dan sedar daripada kecurangan yang telah dilakukan. Terkadang bagi kekasih yang mengetahui selingkur kasihnya mereka akan mudah bertindak mendiamkan diri dan mereka sudahpun mengetahui perbuatan curang tersebut. Dengan berdiam, mereka sebenarnya memberi ruang dan ketenangan di hati untuk membuat keputusan samada untuk P E R G I ataupun T E R U S K A N hubungan yang dibina. Jikalau berpisah atau bergaduh seteruk mana sekalipun, percayalah jikalau berjodoh walaupun ditolah, dibenci, ditepis, atau diendahkan sekalipun pasti akan kembali bersama semula. Bagi aku, aku percaya ini seratus peratus kerana bermacam ragam aku lihat tetapi akhirnya pasangan yang dikenali berkahwin juga malah lelaki tersebut adalah seseorang yang pernah melukakan hati sendiri suatu ketika dahulu. Alhamdulillah aku gembira dan sangat bersyukur kerana telah lepas daripada segala bebanan hati dan juga resah. Inshaallah ada lelaki yang layak dan berhak terhadap diri aku suatu hari nanti.
Bila kita sudah mengetahui lelaki tersebut atau perempuan tersebut tidak lagi berjodoh dengan kita, dengan perit kita perlu hadapi kenyataan, ulangi di dalam hati dan berkata, D I A B U K A N Y A N G T E R B A I K U N T U K K U. Moga jikalau dikau untukku Allah swt akan mengizinkan kita bersama suatu hari nanti. Perempuan hanya lafaz AKU NIKAH AKAN DIKAU yang akan mengubat segala duka tetapi perlu diingat belum tentu jodoh kamu di dunia adalah jodoh kamu yang kekal di akhirat kelak. Serta, berdoalah jodoh di dunia itu berpanjangan walaupun sudah bernikah tetapi berpisah bertahun akan datang kerana mempunyai jodoh yang singkat/pendek. Bercakap tentang jodoh, untuk bersama dengan suami atau isteri yang di nikahi di dunia hingga ke akhirat memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Pasangan itu perlu sama-sama diredhai oleh Allah swt barulah dapat dipertemukan. Bermacam perhitungan yang akan Allah tentukan dan jika isteri kematian suami berkahwin baru maka terdapat satu benteng yang akan memisahkan dia untuk bersama suami pertama ketika di syurga nanti. Wallahualam, aku menceritakan berdasarkan kelas usrah moga-moga ada kebaikkan dalam mendidik diri yang jahil ini.
Seronok yang teramat pabila berjauhan dengan kekasih yang mengharap dari kejauhan untuk berjumpa, menunggu setiap panggilan telefon atau sms sehari-harian.
sepi itu satu penyeksaan dan setia itulah yang membuat kekasih bertahan
La Tahzan dan Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil
Rupanya kekasih yang ditunggu selalu sedang dan lama seronok untuk memasang cinta atau "scandal" lain. Ya Allah bagi aku biarlah orang memperlakukan sebegitu jangan aku kerana aku tahu perit dilukai bagaimana dan perit terkena balik perbuatan sendiri (hukum karma)-apa kita buat kita dapat sekarang Allah swt bagi cash ajer. Kena selalu beringat jikalau mahu anak yang terbaik, didiklah diri menjadi baik dahulu walaupun dahulu diri teruk, nakal,buaya,sosial mana tetapi hidayah Allah itu perlu dicari. Tidak mengapa ada jodoh tidak ke mana ubah diri dan berdoa inshaallah.
Salam sayang, kasih dan cinta kepada jodohku di luar sana, dia yang ditentukan Allah swt, hanya Allah tahu siapakah dia dan bila dia akan datang dalam hidup ini untuk memperisterikan diriku dan mendidik diri ini menjadi isteri, ibu, dan menantu yang terbaik serta solehah. Moga diri ini sempat bertemu denganmu kehidupanku di dunia dan di akhirat. Ku tahu dikau sedang mencari dan mempersiapkan dirimu untuk menjadi suami yang layak dan terbaik jua. Siapakah dirimu dan bilakah waktu itu? Wallahualam hanya Allah yang tahu siapakah jodoh kita yang sebenar. Inshaallah redhaku dan doa selalu ada dalam setiap perjalanan dirimu dan diriku. Ya Allah tunjukkan lah siapa dia?
No comments:
Post a Comment