Aku jenis suka aktiviti yang lasak dan aku memang very competitive girl. Bolehlah dikatakan massive kiasu dan aku suka benda yang lain dari rutin seharian. Jadi, life aku very adventurous dan tidak membosankan. Biasalah, perubatan memang mencabar, terutamanya mental dan juga fizikal. Jadi, terpulang kepada aku untuk mencorakkan aktiviti aku. Ya betul memang perlu fokus kepada setiap nota, kuliah, PHYSICAL EXAMINATIOS, dan segala ilmu yang berkaitan. Untuk memastikan aku boleh 'retain' knowledge dan memori aku sampai aku mati esok.
Bukan mudah nak bagi rasa seronok belajar dan bekerja ni setiap hari...aku kena rasa bermotivasi dan bersemangat setiap hari. Ha itu yang ada masalah sikit ! Sebab aku buat dua kerja dalam satu masa dan aku sudah belajar dari degree pertama bioperubatan dan perubatan (tamak haloba aku)
Luahannya di sini, memandangkan motivasi naik turun, perlulah kita semua wahai rakan-rakan untuk aktif dalam 'study group' dan self-learning. Jangan pernah rasa belajar seorang itu memadai. Perubatan bukan macam itu dik, kita kerja esok secara teamwork seharusnya perlu bijak bekerjasama. Baru sebentar tadi aku selesai study group. Habis pukul 2 pagi. Tapi puas hati memandangkan esok cuti dan minggu depannya exam sudah . Konsisten study in shaa allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment