Menjadi cantik itu subjektif bagi aku biarlah cantik luar dan dalam (dalam pula ada terbahagi 2 cantik rohani dan cantik biologi). Seseorang individu itu dilihat atas nilai hidupnya yang sering di perkatakan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan (psst apahal aku berpidato semacam!) . Kenapa tiba-tiba aku soalkan perihal menjadi cantik? Aku akui beribu duit telah aku habiskan hanya untuk menjadi S I H A T dan cantik (highlight sihat kena lah besar). Aset seseorang manusia secara batinnya menjadi sihat itu satu keuntungan besar dan satu bonus kalau dia sihat akan membuatkan harinya sungguh kuat inshaallah dengan izinnya. Aku nak kata aku bersyukur hari ni sebenarnya sebab aku rasa seronok menulis sekadar suka-suka dalam masa lapangku dan aku selit selitkan kisah-kisah aku yang tak seberapa ni. Mostly entri blog walking ni aku ceritakan pasal nak menjadi cantik (walhal aku bukan cantik pun tapi bersyukur terhadap apa adanya aku) tapi kena yakin dengan diri supaya menjadi wanita kuat (psst aku suka baca blog sekarang ni dan info item yang berguna) macam dah jadi hobi baru pula.
Menjadi seseorang memang tak susah tapi nak menjadi ORANG itu memang susah sebab kita selalu dipandang dan dinilai. Sikit-sikit aduihai kenapa tudung minah ni selalu terkeluar rambut (opps mak terasa hehe kena cuba ubah yer cik jah), sikit-sikit aduhai baju dia warna macam pelangi atas bawah warna lelain, sikit-sikit aduhai minah ni apa pasal selekeh sangat. Ha betol tak bab cantik itu subjektif terlalu banyak nak di senaraikan dan hanya orang yang faham dan memahami akan menilai cantik itu dalam konteks yang matang ! Bagi aku cantik kepada seorang lelaki itu terserlah mengikut gentlemannya dia (lelaki lembut ker ? Owh tidak). Maksud aku di sini dari segi dia menguruskan kehidupan dia, cantik dalam urusan diri, cantik perangai atau buruk ker, cantik dalam agamanya (solat on time atau last-last minit), dan sebagainya. Banyak tetapi seronok kalau nak hujah banyak pasal cantik ni .
Sepanjang zaman remaja aku, aku sudah sering digalakkan mengamalkan good supplement kerana aku tahu badan aku cepat letih kerana penat dengan berfikir untuk belajar dan hobi aku suka sangat menari (ini extra yang aku bagitahu ) jadi aku cepat letih. Aku sangat sukakan aktiviti lasak macam berbasikal, ataupun jungle trekking tapi keadaan sekarang buat aku semput sikit sebab selalu menghadap buku jadi aku hanya meluangkan masa untuk berbasikal secara bersantai, menulis macam yang aku buat sekarang ini, belajar masak lah, kira more to indoor (takut panas ker cik jah) hehe. Justeru, aku tahu badan aku dah banyak radikal yang terperuk dan perlu dibuang atau nyah kau toksin durjana, di sebabkan itulah aku tahu produk apa yang perlu aku cari untuk dapat gebus macam dulu (kononnya). Rahsianya aku terbayang vitamin C acerola cherry amway yang boom boom pow hebatnya (mahal tetapi berbaloi beli) aku nak beli lagi nanti. Secara jujurnya vitamin C sememangnya kita tidak boleh hasilkan dalam badan, jadi kita perlu ambil dari pemakanan luar, taman good vitamin C kolagen dalam badan tidak cukup itu yang buat kulit kusam macam sekarang ni. Aku sedaya upaya nak tampil sihat dan gebus macam zaman remaja dahulu. Sekarang selalu skip makan, stress hal-hal peribadi, kerja, dan belajar buatkan aku macam tidak terurus. Vitamin-vitamin dan juga HERBALIFE jugaklah yang banyak bagi moral support untuk badan aku ni (dengan izin Allah swt). Aku sangat bersyukur dengan kak AYUNI, SARAH FADZIL, dan Farhana kerana kenalkan aku dengan pelbagai produk penting dalam hidup aku sekarang ni. Dan aku akan terus bergerak cuba berbusiness dengan produk sekalian. Terima kasih yer kalian.
Nak tahu patent vitamin C yang baru amway ! Best sebab aku pun jadi ahli dia, tapi expired bulan 5 haritu aku kena renew balik tapi still boleh beli jugak YEY...suka vitamin vitamin NUTRILITE. Kak Ayuni terima kasih sangat-sangat.
HERBALIFE nanti restok aku akan update yer.
Aku boleh konklusikan di sini yang cantik bagi perempuan memang susah sebab kena maintain banyak. Susah hati sikit kurus, ada yang makan banyak sampai gemok, muka nik jerawat lah sebab stress, dan sebagainya. Tetapi ada duit balik boleh jer maintain (berdasarkan pengalaman) hehe. Okay nanti aku sambung lagi entri aku ni memang sasau di buatnya saper yang baca, aku selalu campur aduk topic aku sebab terlalu eksaited nak kongsi. Tata.
No comments:
Post a Comment