CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Monday, January 28, 2013

+_+


Apa ada dengan duit?

Duit bukan seegalanya tetapi segalanya memerlukan duit/wang...

Tengok di atas, kerana itulah kita berusaha untuk mendapatkan kesenangan, hakikatnya segalanya tidak datang bergolek-golek macam nangka busuk jatuh. Kita perlu usaha, macam aku ni dah lah masih belajar, tidak mengapa usaha tangga kejayaan suatu hari nanti ada kemanisan disebalik kesusahan yang terlampau. Jangan kita materialistik semata kerana wang, tetapi kita perlu menjadi orang islam yang kaya raya untuk membuktikan yang bahawa kami islam boleh berjaya ( fuh aku belum sampai di tahap itu untuk mendabik dada berduit bagai) tetapi aku pohonkan angan-angan dan usaha untuk berjaya. Rezeki di tangan Allah mana lah tahu dalam kesusahan itu dia bagi berganda-ganda rezeki yang tidak kita sedari. Berdoa agar dipermudahkan urusan dunia dan di akhirat. Tetapi selalu ibu dan ayah berpesan, ingat nak, jangan jadi yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran...itu pasal aku berdikit-dikit buat bisnes tidak mahu terlalu hardcore kerana ada bahagian lain yang perlu aku jaga juga (medic payah kak pah, kena hati-hati dan rajin study). 

lagi satu....dah kahwin esok perlukan wang, nak kahwin pun perlukan wang...


XOXO

Yes i get what i need


N-R-G tea = boleh boost concentration (sangat berkesan )
Teamix = sebagai fat burner dan detoxify product
F3= protein shake (non-lactose 100% plant product)
F1 = master product in herbalife ada 5 perisa semuanya (nutritional shake)

Shaker cup


yang ni supplier Vitamin C saya yang kaw kaw...acerola cherry the best vitamin C nowadays and vit B complex. 

Sebelum study produk ni lah yang saya ambil untuk boost rasa kurang mengantuk. Kadang-kadang saya ambil vitamin B complex untuk energy tetapi itu pun tidak mencukupi sebab saya perlu stay up lama. Memang terbukti tidak mengantuk, saya semakin mencapai berat badan yang ideal, cuma saya perlu re-shape badan saya jadi saya amalkan mengambil protein (f3) sekali. Herbalife produk dia tidak terlalu panas untuk di-consume dan sememangnya perlu minum air yang sangat banyak untuk buang segala toksin. Selain itu, vitamin C juga penting untuk boost collagen production...nanti saya akan share apakah produk vitamin C yang saya selalu ambil...Herbalife is the best option for me and Nutrilite....to be honest, herbalife sebenarnya sudah mencukupi untuk semua nutrisi dari vitamin C, B dan semuanya sebab even orang mengandung pun boleh consume..tetapi saya sudah mengamalkan product Nutrilite ini 5 tahun dahulu lagi jadi saya selalu ambil dan nampak kesannya juga. Mengapa perlu tolak ketepi produk yang bagus untuk diri kita? But for sure 2 jenama ni sahaja yang saya guna untuk my skin, my health, and my business (herbalife and nutrilite) is the best. 

:)







 Apa yang aku faham adalah, aku suka melihat kegigihan dalam basah teruskan berlatih dengan berat dan sakitnya badan dan barang yang diangkut...teruskan usaha anda perwira negra moga Allah memberikan kalian pahala jikalau melakukan tugas dengan ikhlas dan teruskan tawakal moga bertemu jalan yang terbaik...amin

Sunday, January 27, 2013

Banyak sungguh

Hari ini aku rasa aku rajin nak mentelaah. Aku mula bersemangat sedikit kerana aku sudah mula berasa okay setelah sebelum ini aku kepenatan dengan bermacam hal yang membingungkan. Bila tengok kembali nota yang terlampau banyak sungguh aku teruja memikirkan mengapa aku memilih kedoktoran padahal aku sudah mempunyai satu ijazah sebelum ini? Adakah aku membuang masa? Inshaallah pada Allah aku berserah terdapat hikmah besar suatu hari nanti . 3 blok perlu aku cover....BMS,BMD, dan GIM aduhai sememangnya cara pembelajaran di Mahsa sungguh berbeza berbanding di MSU. Tetapi aku anggap ini semua cabaran yang akan mematangkan cara hidup aku dan cara aku belajar. Kadang-kadang rasa lemaulah sangat nak menghadap nota bertimbun sebab dah mula suka procrastinate tetapi apa boleh buat jalan sudah dilalui dan perlu diteruskan jua...walau sekuat mana badai menanti...stay persistence sayang you can !!!


giler kentang tak tengok nota tu baru satu sem macam tu...satu sem pun tak sampai 6 bulan...ajer giler..tetapi aku minat semuanya boleh amin !!! bagi lulus yer ya allah semua paper.


dan yang ni lagi satu...tapi eh kenapa tag yang tu interprem pulak !!! alamak !!! hehehe . 1st klu dah. amin

Saturday, January 26, 2013

Terus

Dalam soal kehidupan perlbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Kali ini cabaran berkaitan pelajaran sangat kuat. Istiqamah dalam meniti ambang kemalasan itu sangat lah membebankan. Saban hari akal menidakkan perasaan wishful thinking ini. Sungguh aku sangatlah malas di belakangan ini kerana karenah kelas yang senantiasa penuh. Justeru aku perlu untuk pandai mengagihkan masa dengan sebaik-baiknya. Barangkali peluang itu hanya datang sekali sahaja. Usaha tangga kejayaan !!!! Anda yakin boleh !


Masa itu emas ! 

Sibuk memikirkan perihal pelajaran yang sangat memenatkan tetapi itulah dia jihad

Aku bergelar pelajar yang sentiasa mempunyai kelemahan moga sentiasa tabah dan kuat mengahrungi liku-liku kehidupan yang penuh tipu daya, dan juga kebaikkan. Moga Allah mudahkan amin

Friday, January 4, 2013

demam

sakit nya lahhaikepala dan semuanya.mc pula dapat satu hari.slah siapa? kelas skip lagi aduhai tetapi serius memang sakit. tuhan shaja yang tahu seksa badan yang panassangat rasanya. aku risu kelas ni dah lah esok nak rehersal dan graduasi. kadang kadang aku terfikir adakah aku mengambil kos yang betul? semua kerana kelas yang berterusan membuatkan faktor pembelajaran yang agak membosnkan . aku tahu aku tahu tetapi perlu diteruskan juga kerana ini adalah pilihan bukan nya aku bodoh tidak tahu tetapi aku perlu teruskan juga. peluang hanya datang sekali shaja seumur hidup dan kamu perlu teruskan walaudngan penat jerih mana sekalipun. lagi stu aku risukan something tetapi aku tidak mahu berbicara di sini. biarlah rahsia.hehe.esok rehersal pukul 8 pagi. tetapi aku perlu berada di msu pukul 7.30 pagi. moga hari esok lebih baik daripada semalam. amin

Wednesday, January 2, 2013

matang

Aku rasa penulisan aku sudah mulai matang kerana aku sudah merajinkan diri untuk menulis . Dahulu bagi aku menulis blog itu membosankan , terlalu asing , syok sendiri , dan nampak nerd ! Oh tidak rupanya kerana penulisan itu melatih minda untuk lebih berinspirasi, penuh idea dan logik, dan pemahaman dalam mengarang menjadi lebih tajam. Walaupun sungguh blog aku ini sekadar picisan sahaja, tetapi aku akan berusaha untuk menambah ilmu dan topik yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama-sama. 

Setiap entri yang aku tulis barangkali nampak remeh, kebudak-budakan. Secara ilmiahnya mungkin berkurangan atau tiada langsung, tetapi aku cuba mengasah bakat untuk berbicara dari kaca laman sesawang. Pabila mula membaca penulisan aku yang terdahulu bermula seawal 2009, dapat kulihat penulisanku penuh dengan celoteh remeh, bahasa yang tidak begitu matang barangkali aku menulis untuk sekadar mengikut gaya moden kini bahawasanya semua orang perlu mempunyai blog. Perlu diingat penulisan ini boleh menjadi satu ikutan jika sekiranya kita mahu belajar untuk lebih banyak membaca blog dan buku. Penulisan yang ilmiah,kelakar,sadis,cintaan, dan minat perlu hadir sejajar dengan peredaran itu lebih baik tetapi aku cuba untuk menzahirkan buah fikiran walaupun blog ini lebih menjurus kearah cintaan . Hahaha typical wanita dan perempuan semestinya banyak berbicara soal hati dan perasaan . Begitulah hendaknya kerana kepuasan wanita selain daripada berbelanja berbicara soal hati sudah menjadi sebahagian daripada minat mereka. Mungkin aku, kau dan mungkin dalam kalangan segelintir manusia yang lain. Barangkali ada yang tidak mahu berbicara soal cintaan secara terbuka kerana malu. 


Agaknya betul kan


Haih dia ni tak sudah sudah, apa kejadahnya nak menupdate status jiwang pasal hati ni. Hey hey saya suka so what !!!! Memang bosan sangat bila bicara bab hati ni. Kalau lah hati kita ni macam hati kambing, lembu dan seangkatan dengannya kalau dah rosak boleh beli baru yang fresh punya, kira macam di body kita ni ada plug in yang boleh masuk dan resetkan keadaan hati macam ada alarm katanya. Hok aloh ! Bila ada alarming sahaja kita dah boleh insert hati baru...untuk mengelakkan gangguan sistem saraf dan sistem darah yang semakin teruk. Heh hidup allah tak bagi semudah itu. Macam poket doraemon boleh mintak kejadah semua kalau macam tu semua orang akan O K....

Entri hari ni aku tambahkan lagi. Aku nak kata bila hati dah sakit, kita tak boleh expect orang tu hati dia akan sama macam zaman dahulu kala. Innocent and sweet dengan kita. Dia akan lebih berwaspada, memang trust still ada tetapi dia akan selalu risau. Eh macam nilah kan kalau dah awek engkau ada lelaki lain dalam masa yang sama beren-dek dengan si lelaki (kekasih stabilnya) dan si lelaki yang kekasih stabilnya ni dapat tahu...apakah perasaan sekalian. Mestilah terobek terjelepok sudah jatuh ditimpa tangga lah pula. Amacam itu baru si gadis yang buat kalau si lelaki yang buat sama sahaja ending dia merosakkan hati orang lain. Ada seorang rakan aku mengadu hal ini 3 bulan terdahulu dia sedih menangis memikirkan hal dia, getus hatiku,...aku tidak bolehlah nak nasihat ko bagai mel, nak dikira aku ni pon entahlah risau sokmo (klate pulop). Awwww siannyer tu sahaja yang aku boleh bicarakan kepada si gadis yang memang comel dan lelaki tak appreciate dia...Apa lah mereka tak bersyukur sangat nanti dah ada yang lain nak baru mencari, time tu bye bye lah sayang (good bye romeo or julitte)

Maaflah kalau ada yang terasa...aku tak nak cakap sesiapa tetapi aku meluahkan buah fikiran aku ni, lepaskan keboringan dan segala atok ke- aku .  





Atas tu, kalau besi yang sudah sedia bengkok dan di bengkokkan lagi, apa rupa..jahanam kan jadinya. Begitulah hati...kita tidak boleh nampak tetapi kalau hati ni boleh menjerit dah seladang dengar mungkin. Jangan rosakkan hati sangat sakit lebih baik berterus terang sebelum terlambat segalanya.


Cuba tengok gambar dia atas? Apa yang korang faham? Aku salah seorangnya.  Dah kena baru tahu kan penat lelah hilang macam air. Dia diam dia diam lam kelamaan dia meletop dan menghilangkan diri kerana dah tidak tahan seksa batin . Carilah balik sekalipun biasanya kalau lama pendam ni memang susahlah nak ketemu balik sebab si-dia dah GIVE UP. Tak perlulah nak pukul canang cakap owh sayang daku berdosa kaulah permata yang kugenggam yang ku tidak nampak. BULLSHIT !!! Memang 1 dalam 30 ada nak terima the rest end of story see you later bye bye...Mereka move on lah mencari yang lain atau pun mencari diri dan menghilangkan diri buat sementara waktu untuk mengubati jiwa yang terlara kerana telah di-larakan oleh si pendurjana..hampeh hidup kan. Bodoh getus hati yang terkena..apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur terima lah hakikat yang bahawasanya ....telah DIKHIANATI....teringat entri sepupu aku, dia memang ayat kaw kaw bagi kat orang atau blog dia...ramai gila lah yang suka baca...FUCK ASS shit kau buat aku macam ni...dalam lagi kau kena nanti padam muka kau sialllllllllllllllllll......aper daa ko mardhiah..jahat gler lazer mulut.

Aku tak nak mengharap kena balik dengan orang tetapi allah maha mengetahui aku doakan yang terbaik tetapi pengajaran yang allah akan bagi setimpal dengan apa yang kita sudah buat. Tunggu dan lihat. Tetapi aku mendoakan kebahagiaan mereka mereka amin..Doakan saya juga yer...Hidup dengan teman teman dan keluarga sangat indah dan manis tetapi jikalau di tambah hidup dengan pasangan yang dicintai dan mencintai kita itu lebih bermakna kerana susah payah masih bersama ....till jannah amin.

Tuesday, January 1, 2013

Aku cerdik ker aku bodoh?

Sebelum dan selepas tahun baru ni aku mengkaji balik diri yang semakin hilang dan tenggelam dalam keriuhan manusia ni. Aku selidik diri aku balik macam macam teka teki aku dapat. Aku ni kadang kadang rasa macam bodoh kadang kadang aku rasa aku ni pandai....jadi tak nak lah aku puji diri aku pandai nanti orang ingat angkat kain sendiri eh angkat bakul sendiri. Kalau cakap diri bodoh komferm ramai suka kan aku bilang begitu bah ! 

Seusai berfikir yang tak pernah nak habis ni, aku duduk diam diam bermeditasi di dalam satu tempat yang gelap lagi sejuk ni. Aku berfikir, 10 tahun lagi aku jadi apa? Lepas tak hajat aku semua tu, bosan gak fikir selalu orang kata just go with the flow....ah tengkorak dia nak flow sangat kalau tak fikir ikot flow jer memang masak lah. Kalau flow hari ini kata aku nak membazir tak lah kan aku nak ikot flow tu kena juga fikir untuk jimat. Bagi aku perkataan go with the flow tu pakai dalam beberapa situasi sahaja. Terutamanya sewaktu aku bersedih, just go with the flow allah nak tunjuk apa tapi perlu juga berfikir untuk mencari jodoh . Kadang kadang bagi orang yang bernasib baik, tak tahu lah aku ni kan, mereka mereka tak perlu mencari, putera katak mereka (maaf putera idaman) mereka datang dengan mudah, tiada masalah bagai ni. Ada sesetengah orang macam aku dan seangkatan dengannya susah lah hai nak dapat. Kena guling guling 10 atau 100 kali di jalan jalan baru nak dapat. Maksud aku guling guling tu, bersusah macam orang gila baru dapat berjumpa, dah sakit 1000 macam torehan hati baru nak ada orang nampak agaknya.....mak jemah bercerita ni berdasarkan pengalaman yang so-apa-kata-sakit tu. Macam macam benda dah lalui sampai nak give up dah ni. Kita tengok hari esoknya apa yang jadi .....moga allah mudahkan amin.

Masih

Sebak bila mengingatkan rencana tahun lepas ada yang tidak menjadi. Kenang-kenangkan rasa macam aku ni badut di perkotak katikkan macam ayan serama. Payah nak tebus memori usang yang semak dalam otak ni. Nak buang satu masalah nak buat yang baru memori memang nampak indah tapi takut ikut jalan yang salah. Hurm ya allah tunjukkan lah kepadaku .

Jangan berhenti berlari

Hari ini aku seakan mahu berhenti berlari, tiba-tiba terasa satu keasingan yang menerjah masuk ke benak fikiran. Seakan aku mengulangi kesilapan yang sama tetapi aku usirkan segalanya. Kaki ku penat, hati kata mahu tetapi otak berkata cukup. Terkadang segalanya seakan terjawab dan termengerti tetapi mengapa mesti aku teruskan pelarian sedangkan aku sudah penat. Perlu bukan untukku berehat, regangkan kaki, mental yang penat memikirkan laluan pelarian yang semakin berduri dan berliku sungguh aku makin berpuitis di sini. Keadaan kian memaksa aku berhenti tetapi aku pelik seakan ada suatu semangat yang tinggi membuatkan aku terus kuat untuk berlari walaupun semangat itu kian tenggelam, kian lelah. Aku cuba mencari laluan, mencari arah yang benar memberi laluan tepat dalam hidupku. Laluan tersebut senantiasa ku cari, ku jerkah saban waktu untuk membawaku ke destinasi impian. Tetapi kadang kala seakan aku bermimipi bahawa aku telah bertemu laluan yang ku dambakan. Hampa itulah dia kehidupan, tidak semua jalan yang dipilih benar-benar member seribu tujuan yang dimahukan. 

Apakah pengertiannya hari ini, adakah aku di laluan yang benar ? Adakah aku berada di garisan penamat yang terakhir atau ada lagi laluan baru yang menanti untukku cari? Ku rasa laluan yang ada mungkin jauh untuk ku harungi, mungkin sudah ada di depan mata, barangkali mungkin sudah ku lepasi dan ku lupakan. Apakan daya sudah terlajak perahu masakan boleh ditarik kembali...teruskan usaha anda wahai gadis, usaha,doa , tawakkal, allah maha melihat dia akan memberi jalan terbaik buat kamu dan semuanya. Niat di hati itu penting, biarpun kita dilihat jahat tetapi hati allah tahu betapa benarnya niat kamu untuk terus di laluan sejahtera selalu dan ikhlas...Moga allah memberikan jalan buatku yang kian penat, lelah, dan mungkin berhenti berlari kembali....Diwaktu itu akan ku rehat di pon yang rendang, menunggu waktu untuk kembali berlari, dengan penuh semangat yang mungkin semangat itu semangat TERAKHIRKU.