Hari ini aku seakan mahu berhenti berlari, tiba-tiba terasa satu keasingan yang menerjah masuk ke benak fikiran. Seakan aku mengulangi kesilapan yang sama tetapi aku usirkan segalanya. Kaki ku penat, hati kata mahu tetapi otak berkata cukup. Terkadang segalanya seakan terjawab dan termengerti tetapi mengapa mesti aku teruskan pelarian sedangkan aku sudah penat. Perlu bukan untukku berehat, regangkan kaki, mental yang penat memikirkan laluan pelarian yang semakin berduri dan berliku sungguh aku makin berpuitis di sini. Keadaan kian memaksa aku berhenti tetapi aku pelik seakan ada suatu semangat yang tinggi membuatkan aku terus kuat untuk berlari walaupun semangat itu kian tenggelam, kian lelah. Aku cuba mencari laluan, mencari arah yang benar memberi laluan tepat dalam hidupku. Laluan tersebut senantiasa ku cari, ku jerkah saban waktu untuk membawaku ke destinasi impian. Tetapi kadang kala seakan aku bermimipi bahawa aku telah bertemu laluan yang ku dambakan. Hampa itulah dia kehidupan, tidak semua jalan yang dipilih benar-benar member seribu tujuan yang dimahukan.
Apakah pengertiannya hari ini, adakah aku di laluan yang benar ? Adakah aku berada di garisan penamat yang terakhir atau ada lagi laluan baru yang menanti untukku cari? Ku rasa laluan yang ada mungkin jauh untuk ku harungi, mungkin sudah ada di depan mata, barangkali mungkin sudah ku lepasi dan ku lupakan. Apakan daya sudah terlajak perahu masakan boleh ditarik kembali...teruskan usaha anda wahai gadis, usaha,doa , tawakkal, allah maha melihat dia akan memberi jalan terbaik buat kamu dan semuanya. Niat di hati itu penting, biarpun kita dilihat jahat tetapi hati allah tahu betapa benarnya niat kamu untuk terus di laluan sejahtera selalu dan ikhlas...Moga allah memberikan jalan buatku yang kian penat, lelah, dan mungkin berhenti berlari kembali....Diwaktu itu akan ku rehat di pon yang rendang, menunggu waktu untuk kembali berlari, dengan penuh semangat yang mungkin semangat itu semangat TERAKHIRKU.
No comments:
Post a Comment