Apa ada dengan duit?
Duit bukan seegalanya tetapi segalanya memerlukan duit/wang...
Tengok di atas, kerana itulah kita berusaha untuk mendapatkan kesenangan, hakikatnya segalanya tidak datang bergolek-golek macam nangka busuk jatuh. Kita perlu usaha, macam aku ni dah lah masih belajar, tidak mengapa usaha tangga kejayaan suatu hari nanti ada kemanisan disebalik kesusahan yang terlampau. Jangan kita materialistik semata kerana wang, tetapi kita perlu menjadi orang islam yang kaya raya untuk membuktikan yang bahawa kami islam boleh berjaya ( fuh aku belum sampai di tahap itu untuk mendabik dada berduit bagai) tetapi aku pohonkan angan-angan dan usaha untuk berjaya. Rezeki di tangan Allah mana lah tahu dalam kesusahan itu dia bagi berganda-ganda rezeki yang tidak kita sedari. Berdoa agar dipermudahkan urusan dunia dan di akhirat. Tetapi selalu ibu dan ayah berpesan, ingat nak, jangan jadi yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran...itu pasal aku berdikit-dikit buat bisnes tidak mahu terlalu hardcore kerana ada bahagian lain yang perlu aku jaga juga (medic payah kak pah, kena hati-hati dan rajin study).
lagi satu....dah kahwin esok perlukan wang, nak kahwin pun perlukan wang...
XOXO
No comments:
Post a Comment