Haih dia ni tak sudah sudah, apa kejadahnya nak menupdate status jiwang pasal hati ni. Hey hey saya suka so what !!!! Memang bosan sangat bila bicara bab hati ni. Kalau lah hati kita ni macam hati kambing, lembu dan seangkatan dengannya kalau dah rosak boleh beli baru yang fresh punya, kira macam di body kita ni ada plug in yang boleh masuk dan resetkan keadaan hati macam ada alarm katanya. Hok aloh ! Bila ada alarming sahaja kita dah boleh insert hati baru...untuk mengelakkan gangguan sistem saraf dan sistem darah yang semakin teruk. Heh hidup allah tak bagi semudah itu. Macam poket doraemon boleh mintak kejadah semua kalau macam tu semua orang akan O K....
Entri hari ni aku tambahkan lagi. Aku nak kata bila hati dah sakit, kita tak boleh expect orang tu hati dia akan sama macam zaman dahulu kala. Innocent and sweet dengan kita. Dia akan lebih berwaspada, memang trust still ada tetapi dia akan selalu risau. Eh macam nilah kan kalau dah awek engkau ada lelaki lain dalam masa yang sama beren-dek dengan si lelaki (kekasih stabilnya) dan si lelaki yang kekasih stabilnya ni dapat tahu...apakah perasaan sekalian. Mestilah terobek terjelepok sudah jatuh ditimpa tangga lah pula. Amacam itu baru si gadis yang buat kalau si lelaki yang buat sama sahaja ending dia merosakkan hati orang lain. Ada seorang rakan aku mengadu hal ini 3 bulan terdahulu dia sedih menangis memikirkan hal dia, getus hatiku,...aku tidak bolehlah nak nasihat ko bagai mel, nak dikira aku ni pon entahlah risau sokmo (klate pulop). Awwww siannyer tu sahaja yang aku boleh bicarakan kepada si gadis yang memang comel dan lelaki tak appreciate dia...Apa lah mereka tak bersyukur sangat nanti dah ada yang lain nak baru mencari, time tu bye bye lah sayang (good bye romeo or julitte)
Maaflah kalau ada yang terasa...aku tak nak cakap sesiapa tetapi aku meluahkan buah fikiran aku ni, lepaskan keboringan dan segala atok ke- aku .
Atas tu, kalau besi yang sudah sedia bengkok dan di bengkokkan lagi, apa rupa..jahanam kan jadinya. Begitulah hati...kita tidak boleh nampak tetapi kalau hati ni boleh menjerit dah seladang dengar mungkin. Jangan rosakkan hati sangat sakit lebih baik berterus terang sebelum terlambat segalanya.
Cuba tengok gambar dia atas? Apa yang korang faham? Aku salah seorangnya. Dah kena baru tahu kan penat lelah hilang macam air. Dia diam dia diam lam kelamaan dia meletop dan menghilangkan diri kerana dah tidak tahan seksa batin . Carilah balik sekalipun biasanya kalau lama pendam ni memang susahlah nak ketemu balik sebab si-dia dah GIVE UP. Tak perlulah nak pukul canang cakap owh sayang daku berdosa kaulah permata yang kugenggam yang ku tidak nampak. BULLSHIT !!! Memang 1 dalam 30 ada nak terima the rest end of story see you later bye bye...Mereka move on lah mencari yang lain atau pun mencari diri dan menghilangkan diri buat sementara waktu untuk mengubati jiwa yang terlara kerana telah di-larakan oleh si pendurjana..hampeh hidup kan. Bodoh getus hati yang terkena..apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur terima lah hakikat yang bahawasanya ....telah DIKHIANATI....teringat entri sepupu aku, dia memang ayat kaw kaw bagi kat orang atau blog dia...ramai gila lah yang suka baca...FUCK ASS shit kau buat aku macam ni...dalam lagi kau kena nanti padam muka kau sialllllllllllllllllll......aper daa ko mardhiah..jahat gler lazer mulut.
Aku tak nak mengharap kena balik dengan orang tetapi allah maha mengetahui aku doakan yang terbaik tetapi pengajaran yang allah akan bagi setimpal dengan apa yang kita sudah buat. Tunggu dan lihat. Tetapi aku mendoakan kebahagiaan mereka mereka amin..Doakan saya juga yer...Hidup dengan teman teman dan keluarga sangat indah dan manis tetapi jikalau di tambah hidup dengan pasangan yang dicintai dan mencintai kita itu lebih bermakna kerana susah payah masih bersama ....till jannah amin.
No comments:
Post a Comment