CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Wednesday, January 2, 2013

matang

Aku rasa penulisan aku sudah mulai matang kerana aku sudah merajinkan diri untuk menulis . Dahulu bagi aku menulis blog itu membosankan , terlalu asing , syok sendiri , dan nampak nerd ! Oh tidak rupanya kerana penulisan itu melatih minda untuk lebih berinspirasi, penuh idea dan logik, dan pemahaman dalam mengarang menjadi lebih tajam. Walaupun sungguh blog aku ini sekadar picisan sahaja, tetapi aku akan berusaha untuk menambah ilmu dan topik yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama-sama. 

Setiap entri yang aku tulis barangkali nampak remeh, kebudak-budakan. Secara ilmiahnya mungkin berkurangan atau tiada langsung, tetapi aku cuba mengasah bakat untuk berbicara dari kaca laman sesawang. Pabila mula membaca penulisan aku yang terdahulu bermula seawal 2009, dapat kulihat penulisanku penuh dengan celoteh remeh, bahasa yang tidak begitu matang barangkali aku menulis untuk sekadar mengikut gaya moden kini bahawasanya semua orang perlu mempunyai blog. Perlu diingat penulisan ini boleh menjadi satu ikutan jika sekiranya kita mahu belajar untuk lebih banyak membaca blog dan buku. Penulisan yang ilmiah,kelakar,sadis,cintaan, dan minat perlu hadir sejajar dengan peredaran itu lebih baik tetapi aku cuba untuk menzahirkan buah fikiran walaupun blog ini lebih menjurus kearah cintaan . Hahaha typical wanita dan perempuan semestinya banyak berbicara soal hati dan perasaan . Begitulah hendaknya kerana kepuasan wanita selain daripada berbelanja berbicara soal hati sudah menjadi sebahagian daripada minat mereka. Mungkin aku, kau dan mungkin dalam kalangan segelintir manusia yang lain. Barangkali ada yang tidak mahu berbicara soal cintaan secara terbuka kerana malu. 


No comments:

Post a Comment