CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Monday, December 31, 2012

mmg aku kadang kadang sakai haha

semalaman aku duduk memikirkan masa depan . hari ni seorang rakan memberitahu keputusan peperiksaan. sungguh aku risau. mood hari ni seperti mahu lari jauh jauh sebab aku rasa kurang sihat. title hari ni sakai sebab aku rasa macam aku mengganggu orang huhu. kadang kadang malu tak pernah ku buat macam hari ni. segannya tapi kerana .......... ku abaikan hehe. rasa segan tu mungkin perasaan tersebut seperti sakai bagi aku. mungkin tidak kepada orang lain tapi bagi aku aku segan ! hari semalam dan hari ini aku selesema. aduh tension betul sebab susah nak bernafas malam time tidur. argh hilang sikt selera makan aku ni ha. seorang rakan menelefon dan berkata macam mana hari ni, aku berkata saya gembira tetapi sayakena flu, omg flu disastrous heheh kata nya. jadi teasa lagi diri sedikit sakai hari ni. kepala pening, macam mana nak drive ni...... risau takut benda lain yang jadi pula. k

Monday, December 10, 2012

pengalaman

Seakan masa itu berlalu terlalu pantas sehingga segala yang terjadi ku rasa seperti air yang mengalir ataupun bak angin yang menderu. Hari ini kami bertemu dengan dekan fakulti dan berbicara tentang situasi pembelajaran yang semakin rumit. Dia berpesan jangan skip belajar walaupun sehari belajar sedikit pun tidak mengapa asalkan kamu ada pengisian. Makanya di sini menyatakan bahawa aku semakin malas nak mentelaah !!! Aku tanguh-tangguh. Penat kut kelas dari pagi sampai petang lepas tu bermacam agenda yang kena buat lagi. Mood nak menulis semakin menebal mungkin kerana aku semakin berminat dengan dunia blog ataupun ceritaan ini. Sungguh kehidupan semakin rumit. Semakin menggasak minda, menggasak jiwa yang kian celaru dengan duniawi yang melekakan. Ah kau farehah hipokrasi semata, kau pelik, kau pelik !!! Jadi kalau aku pelik ada masalah kah kerana itu. Tidak aku sangka aku sudah jauh berubah, berubah kerana masa dan keadaan yang menjunamkan aku ke gaung penyesalan dan semangat. Aku tidak mahu kerugian lagi aku teruskan perjalanan yang semakin rumit ini dengan harapan untuk diri ini, agama, keluarga, dan keluarga !!! Hehe dua kali aku mention bermaksud adalah terbuka pintu hati nak berangan. Memang aku berangan dari blog inilah aku luahkan rasa gembira walaupun sedikit bukan bererti blog ini adalah salah satu medium penuh aku mengekspresi diri tetapi boleh lah untuk berkongsi sedikit sebanyak.

Hari ini, kereta pergi servis, memang macam aku katakan tadi sudah cepat masa berlalu, kereta servis pun dah sampai waktunya, diri aku ni pun perlu di servis...makin berkarat rasa. Nak pergi spa dan segala macam habuk seperti membuang masa tetapi nantilah akan ku fikirkan. Dr Soo kot namanya berpesan juga sebentar tadi yang kamu boleh !!! Teruskan usaha anda dengan gigih terharu dengan semangat lecturer di sini. Mereka baik dan memahami begitu juga lecturer di Uni dahulu. Betapa rinduku menebal dan aku langsung tidak boleh berfikir perihal masa lampau aku sekarang kerana aku sangat mental. Mana segalanya lain....ker aku takutkan perubahan . 



XOXO ...nanti update lagi

Friday, December 7, 2012

Idola Besar

Wah, akhirnya ter-hajatkan nak menulis berkenaaan mereka yang menjadi idola di dalam buku impian hatiku. Meraka-mereka ini adalah individu yang bersusah payah sewaktu di zaman perubatan mereka dahulu dan yang pastinya mereka bermula awal dengan kehidupan berkeluarga. Huhu tabah betul. Nak tahu siapakah mereka yang menjadi contoh di hati,



Beliau adalah Prof.Muhaya Muhamad sudah semestinya idola aku kerana dia bergelar doktor, penyelidik, dan pengguna produk Herbalife yang tegar selain daripada produk lain macam B-young. Beliau seorang pakar mata ataupun ophtalmologists di Prince Court Hospital (Hospital Petronas). Sungguh aku telah berada di jalan yang sama seperti beliau ambil terdahulu, sungguh aku mahu menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Sangat berbangga mempunya doktor sepertinya di Malaysia. Dan persamaan mereka berdua, adalah mereka bermula AWAL dalam berkeluarga !!! Adakah aku mampu??


dan....Datuk Dr Norashikin Mokhtar !!! Sangat suka dia dan pernah berjumpa face-to-face memang seorang yang redup dipandang, mulus kulitnya,putih dan cantik. Anaknya kesemua mengambil perubatan dan mereka semua memang awesome juga. Mereka berdua sangat berinspirasi dan senantiasa menjadi doktor contoh kepadaku. Tidak lupa untuk diberitahu Dr.Nora (panggilan manjanya) seorang pakar sakit puan atau obstetrics & gynecologists....seronoknya dalam bidang ni...bersedialah Farehah kamu di tahun 3 4 5 dan housemanship.....amin !!!!

Terkadang berasa sangat bertuah mempunyai ibu yang sangat faham dalam bidang medikal. Ibu selalu tunjuk ajar pada aku berkenaan segalanya walaupun dia bukan doktor tetapi sister. Sungguh gembira dan berbangga mempunyai ibu yang memahami begitu juga ayah dan adik yang memahami. Tapi tak skor kena marah bukan kepalang...aduhai begitulah kerana mereka mahukan yang terbaik. Blog ni dah macam diari aku, tetapi bukan diari penuh aku sekadar luahan pendapat dan SEDIKIT luahan rasa hati banyak-banyak kena blackmaria pulak nanti haha. Baiklah cukup sekadar di sini update yer.



Usaha Tangga Kejayaan. XOXO

Thursday, December 6, 2012

Sederhana

Salam satu Malaysia !!!

Assalamuaikum ,

Kesederhanaan paling payah dan sukar untuk dilakukan kerana sifat kesederhanaan itu perlu dipupuk dan dididik di dalam diri. Terkadang terfikir juga sejauh mana konsep kesederhanaan itu difahami dan diguna pakai oleh setiap individu. Tak bererti orang yang bersikap sederhana itu miskin atau tidak kaya barangkali mereka berasa rendah diri dan tidak mahu menonjolkan diri. Kehidupan yang aku mahu biarpun berwang, tetapi kesederhanaan hati perlu ada kerana melalui sikap seperti menjadikan kita lebih dihormati dan kita akan berasa lebih selamat. Apa maksud selamat, bererti tidak lah orang selalu mendengki bila kita terlalu meninggi diri dan sebagainya seperti ciri-ciri individu yang bongkak lagi taksub !!! 

Hari ini, semestinya hati aku sedikit gembira, terasa seronok kerana terdapat sedikit perubahan dalam tiap hatri yang berlalu. Semalam, ku lihat dan baca blog terfaktab. Perihal ciri-ciri perkahwinan yang sederhana lagi berkat. Hurm sungguh aku tidak mahu menyatakan apa-apa kerana aku pun tidak tahu konsep sebenar sederhana dalam perkahwinan itu sejujurnya tetapi secara generalisasi aku memahami yang mereka mahu satu perkahwinan yang simple, tidak membazir itu penting. Bagi aku, kesederhanaan itu penting, kalau majlis terlalu sarat, banyak sangat sesi bergambar akan merimaskan dan kasihan rakan-rakan dan sanak saudara dari jauh tidak boleh beramah tamah dengan pasangan raja sehari. Itu benar, terkadang aku suka membincangkan perihal mulakahat ni sebab perkara ini adalah mehnah biasa yang selalu wanita impikan. 



she's one of my idol. Simple sahaja suka sangat pelamin dia . 




XOXO..nanti sambung lagi nak pergi kelas

Peranan kami

Sebagai seorang anak, impian untuk membahagiakan kedua ibu bapa semestinya menjadi satu hajat terbesar dalam kehidupan. Tambahan pula, menjadi seorang anak perempuan sewaktu kami masih bersama kedua ibu bapa kami masih berada di bawah jagaan mereka dimana syurga kami pada mereka. Sesudah berumah tangga sudah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik dan membimbing, makanya penyelesaian untuk fokus kepada kedua orang tua kami sudah sedik kurang, bukan bermakna tidak mahu tetapi sudah berkeluarga, dan kita mengikut lelaki. Kini, baru kusedar, perpisahan anak perempuan ari kedua ibu bapanya merupakan perpisahan yang sangat memilukan. 

Si ibu akan berkata jauh di sudut hati, anakku, dirimu sudah menjadi milik seorang lelaki yang akan menjagamu, yang akan berhak sepenuhnya terhadap dirimu, kami sudah selesai tanggungjawab mendidik dan membesarkan, tiada lagi yang kami inginkan melainkan untuk melihat dirimu bahagia dan terbela. Sungguh aku pilu memikirkan, sewaktu aku bujang, ketika inilah aku ingin bekorban kepada kedua ibu bapaku, sebelum segala komitmen akan penuh dan sebelum aku mengikuti suami suatu hari nanti. Masa itu akan sampai, aku akan pergi meninggalkan kedua ibu bapaku yang sangat ku sayangi, barangkali esok, lusa, tahun depan, dan bila-bila. 

Terkenang impian ibu dan ayah, mahu aku gembira, berjaya, dan terbela suatu hari nanti bersama suami yang tersayang. Begitulah yang mereka katakan suatu waktu dahulu. Mereka mendoakan yang terbaik terhadap segala pilihan hati dan jauh di sudut hati mereka tetap merindui anaknya. Walaupun mereka tidak meminta wang dan sebagainya tetapi itu adalah tanggungjawab anak malah diriku untuk membantu walaupun diriku akan berkahwin. Tanpa ibu aku tidak dilahirkan, tanpa ayah siapalah kami hasil dari benih yang dikurniakan oleh-Nya. Sungguh, di malam ini aku berfikir dan menuntut ilmu, aku menanti yang terbaik untuk diriku. Aku sentiasa menanti, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dihari ini dan hari esoknya. 

bulan puasa di UPM


Melihat alam yang penuh indah dan penuh rahsia, rezeki yang Allah berikan sentiasa menjadi rebutan dan carian oleh manusia. Coretan konflik di hati tidak akan berubah, kasih kepada yang membersamai sewaktu susah dan senang sentiasa di dalam hati baik keluarga dan rakan-rakan. Insyaallah rezeki dan ketentuannya ada hikmah dan keajaiban yang tersirat. Harapan moga daku menjadi anak perempuan yang terbaik, kakak yang terbaik, isteri, menantu, doktor, dan muslimah yang terbaik. Moga aku cuba menjadi yang terbaik untuk diriku dan di mata Allah suatu hari .



Kongsi

Terasa nak update lagi.

Hari ini nak berkongsi selawat murah rezeki


Law Kanna Bainana
Satu perkongsian dari seorang rakan yang sangat baik. Terima kasih sahabat !




Pengislahan diri

Hello, seronoknya rasa hari ini sebab dapat merehatkan diri dengan lebih baik. Tetapi suddenly rasa pening pening lalat (pening yang tidak seberapa tu). Blog aku ni tak lah sekreatif mana, sekadar luahan mudah lagi simple daripada aku. Kadang-kadang posts yang aku buat macam menarik, kadang-kadang hampeh. Ikot mood , kalau rasa nak taip lebih, lebihlah aku menulis. Cerita hari ini, perihal kehidupan yang sesak di tengah bandar berdekatan degan tempat pengajianku. Berpusu-pusu kereta yang datang dan pergi dari sini. Ada yang kurang ajar sewaktu memandu dan ada yang baik hati. Hidup aku tidaklah se-indah mana. Tiap-tiap hari aku menanti suatu keajaiban terjadi-bajet nak ada ALADIN tapi hakikatnya memang aku mahukan suatu kelainan di setiap hari. Rutin harian, telefon keluarga bertanyakan khabar berita meraka di sana. Walaupun kampung halamanku tidak sejauh mana tetapi terasa mereka seperti lama tidak ku temui. Perasaan bercampur baur sewaktu menuntut ilmu di sini sudah semestinya seringkali terjadi. Kadang kala bersemangat kadang kala kesepian, dan kadang kala terasa sungguh bodoh. Maklumlah persaingan yang sangat sengit dalam kalangan mereka-mereka yang rajin lagi nerd di sini. Kebanyakan rakan sekelasku adalah yang berbangsa cina dan juga punjabi. Meraka sentiasa membuatkan ku ingin berdaya saing dan rasa geram mahu perform dalam peperiksaan. 

Selalunya kalau seusai kelas aku akan ke kereta. Kena pindahkan kerana takut di saman. Tempat di sini sungguh terhad parking lotnya dan aku sudah pun kena saman tempoh hari. Kusut betul fikiran, tetapi apakan daya kerenah duniawi memang tidak akan pernah berhenti (celaka betul pak DBKL) getus hati. Ya Allah aku mencarut, apa nak jadi daa. Rutin harian seakan menyesakkan di sini, bagun pagi kelas habis kelas, tidur sebentar kemudian bangun study. Aduhai tetai inilah jalan pilihan hatiku kugagahkan juga. Ya Allah mudahkan urusan diriku. Di sini susah nak dapat belajar usrah, terasa kosong jiwa dengan ilmu agama. Dahulu di Shah Alam seringkali kami berempat (bersama rakan lain) ke usrah di masjid untuk menambah lagi ilmu pengetahuan. Terasa sangat tenang dan gembira dapat mendengar naqibah memberikan buah bicara dan ilmu tentang ukhrawi. Rindu yang teramat Ya Allah di sana sehingga terasa diri ini ingin kembali sekali lagi ke sana. Pabila menyebut tentang usrah teringat perkongsian seorang sahabatku Afiqah. Dia memberikan lagu ini kepadaku sebagai satu pengubat sedih dan pilu tatkala berpisah daripada rakan-rakan sewaktu di MSU. Sungguh farehah rindukan kalian !!!!




Tenangnya hatiku mendengar nasyid ini. Aku bukannya individu yang sering mendengar alunan lagu seperti ini, tetapi kali ini terdetik untuk mendengar. Mungkin kerana kerinduan terhadap para sahabat ku yang jauh sudah berhijrah ke tempat lain. Memandangkan selepas ini tiada lagi bertemu lagi melainkan izin Allah. Graduasi kami makin hampir. Sedih yang teramat mengenang rakan yang selama ini banyak membantu ketika susah dan senang, tidak mudah akan ku lupakan kalian. Terima kasih sahabat !!! Doakan kebahagiaan bersama hulurkan kad jikalau berkesempatan di antara kita semua. Setiap yang berjumpa akan berpisah, yang berpisah suatu hari dengan izin Allah akan bertemu kembali dengan izinnya. Ketentuannya satu keajaiban yang masih terletak di alam ghaib. Kita kini berada di perantara antara masa hadapan dan masa lampau. Sungguh aku masih berfikir bahawa kami tidak berubah dan masih di sini bergelak tawa bersama dan mencari ilmu dan rezeki di bumi Allah yang nyata dan besar ini.


 Bersama kami berusaha untuk menjadi lebih baik walaupun ada yang berpaling sebentar dan kembali. Ya allah aku takut bagaimana aku suatu hari nanti. Menanti ketua hidupku yang akan membimbing hidup ke alam yang lebih berkat kerana syurgaku padanya, tinggal ayah ibu yang membesarkan ku dari kecil hingga dewasa. Tiba akhirnya anak gadisnya dididik oleh insan yang bernama 'lelaki' yang menjadi kesatria dan pelindung hidupnya dunia dan akhirat. Teringat satu usrah, menyatakan bahawa suami dan isteri di dunia belum tentu lagi mereka suami dan isteri di akhirat / syurga. Betapa aku ingin pasangan ku bersama di dunia dan di akhirat, seperti aku inginkan jodoh kedua ibu bapaku bersama di sana juga. Kadang kala aku termenung memikirkan penantian ini. Banyak sungguh penghijrahan yang perlu ku lakukan. Sungguh dosaku terlampau dan sungguh aku ingin berubah. Ku nantikan suamiku, pembimbingku,jiwa dan ragaku, sayangku, rayuanku untuk datang dan bersamaku . Ya Allah ku nantikannya, inginku luahkan bahawa ku merinduinya di setiap hari, ku rindui cinta seperti Rasulluah dan khadijah. Setiap manusia ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik, persis dia juga ingin menjadi seorang lelaki yang terbaik untuk tulang rusuknya juga, kerana dia yang menjadi syurga hidupku di dunia dan di akhirat, ketua bagi anak-anakku juga. Ku merinduimu selalu dan aku nantikan dirimu moga Allah mempertemukan kita untuk kebaikan dan keberkatan. Mudahkan lah. Dekatkannya denganku degan penuh keberkatan dan kebaikan, curahkanlah rasa cinta dan kasih dengan penuh keikhlasan. Satukanlah rasa kasih itu untukmu Ya Allah. Aku redha dan aku tunggu siapa dia ?


Ilmu,amal,dan tawakal. insyaallah. XOXO

Wednesday, December 5, 2012

Cerita Aku


Nak dijadikan kisah, hari ini rasa tertekan. Asbab nya banyak . Adoi, cakap pun dah macam orang penglipur lara yang masih lara...hahaha (poyo semua ni-JOHAN). Pergi jalan-jalan ambil angin di luar sangat mental bila terasa memerlukan suasana yang seimbang sewaktu di tempat belajar. Di kerana itu, aku pulang ke Shah Alam , chewah...jalan jalan cari makan sekali. Tengok itik di perpustakaan Raja Tun Uda...comelnya macam eii...pendek,gedik,kedek-kedek bergerak...sebab tengok tu pun aku ketawa. Indahnya suasana di sini. Teringin nak bawa barangkali si dia ke sini. Indah tempat ni...Termenung, mengingatkan kekasih hati yang jauh di sana. Saya rindu awak !!!



Aku merapu lagi. Okay sekian . XOXO

Saturday, December 1, 2012

rumah lama

Teringat segala cerita , duka dan lara sewaktu di situ. selama hampir 2 tahun, kian seolah-olah baru sahaja bermula. Bait-bait runtunan jiwa melakar sengsara di rumah itu, dengan debu debuan memori usang...kian usang. FAREHAH, segalanya telah berubah. Berubah sekelip mata, yang patah tumbuh hilang berganti sayang. Tidak usah diingat kisah lalu (getus hatiku)...tetapi aku nak ingat juga....aku suka rumah ini rumah itu...3 tahun aku simpan memori AKU TAK AKAN LUPA....teringat rakan-rakan yang datang dan pergi..gembiranya !!!

Hari ini, bermulanya kenangan baru, kehidupan baru, aku mula bertapak. Sentimen yang kurasa kian mencuit hati. Penantian adakah selamanya atau mungkinkah ? ...

Jumpa kak Premi pagi itu, kemas-kemas kan barang-barang di rumah lama kami. Tidak mengapa tahun 3 datang balik yer. Sekejap sahaja masa itu berlalu. Terasa masa semakin pintar, hakikatnya masa itu pintar persis seakan manusia yang terus bergerak, hanya memberi erti kepada mereka yang menghargai. Kali ini aku termenung, aku seperti tidak percaya segalanya berubah. Ya Allah betapa besar hikmah mu, engkau tunjuk dan lorongkan kepadaku yang terbaik. Aku menunggu dan aku di sini kian sepi, tetapi semakin terisi...mungkin kah ???? Amin.