CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Thursday, December 6, 2012

Pengislahan diri

Hello, seronoknya rasa hari ini sebab dapat merehatkan diri dengan lebih baik. Tetapi suddenly rasa pening pening lalat (pening yang tidak seberapa tu). Blog aku ni tak lah sekreatif mana, sekadar luahan mudah lagi simple daripada aku. Kadang-kadang posts yang aku buat macam menarik, kadang-kadang hampeh. Ikot mood , kalau rasa nak taip lebih, lebihlah aku menulis. Cerita hari ini, perihal kehidupan yang sesak di tengah bandar berdekatan degan tempat pengajianku. Berpusu-pusu kereta yang datang dan pergi dari sini. Ada yang kurang ajar sewaktu memandu dan ada yang baik hati. Hidup aku tidaklah se-indah mana. Tiap-tiap hari aku menanti suatu keajaiban terjadi-bajet nak ada ALADIN tapi hakikatnya memang aku mahukan suatu kelainan di setiap hari. Rutin harian, telefon keluarga bertanyakan khabar berita meraka di sana. Walaupun kampung halamanku tidak sejauh mana tetapi terasa mereka seperti lama tidak ku temui. Perasaan bercampur baur sewaktu menuntut ilmu di sini sudah semestinya seringkali terjadi. Kadang kala bersemangat kadang kala kesepian, dan kadang kala terasa sungguh bodoh. Maklumlah persaingan yang sangat sengit dalam kalangan mereka-mereka yang rajin lagi nerd di sini. Kebanyakan rakan sekelasku adalah yang berbangsa cina dan juga punjabi. Meraka sentiasa membuatkan ku ingin berdaya saing dan rasa geram mahu perform dalam peperiksaan. 

Selalunya kalau seusai kelas aku akan ke kereta. Kena pindahkan kerana takut di saman. Tempat di sini sungguh terhad parking lotnya dan aku sudah pun kena saman tempoh hari. Kusut betul fikiran, tetapi apakan daya kerenah duniawi memang tidak akan pernah berhenti (celaka betul pak DBKL) getus hati. Ya Allah aku mencarut, apa nak jadi daa. Rutin harian seakan menyesakkan di sini, bagun pagi kelas habis kelas, tidur sebentar kemudian bangun study. Aduhai tetai inilah jalan pilihan hatiku kugagahkan juga. Ya Allah mudahkan urusan diriku. Di sini susah nak dapat belajar usrah, terasa kosong jiwa dengan ilmu agama. Dahulu di Shah Alam seringkali kami berempat (bersama rakan lain) ke usrah di masjid untuk menambah lagi ilmu pengetahuan. Terasa sangat tenang dan gembira dapat mendengar naqibah memberikan buah bicara dan ilmu tentang ukhrawi. Rindu yang teramat Ya Allah di sana sehingga terasa diri ini ingin kembali sekali lagi ke sana. Pabila menyebut tentang usrah teringat perkongsian seorang sahabatku Afiqah. Dia memberikan lagu ini kepadaku sebagai satu pengubat sedih dan pilu tatkala berpisah daripada rakan-rakan sewaktu di MSU. Sungguh farehah rindukan kalian !!!!




Tenangnya hatiku mendengar nasyid ini. Aku bukannya individu yang sering mendengar alunan lagu seperti ini, tetapi kali ini terdetik untuk mendengar. Mungkin kerana kerinduan terhadap para sahabat ku yang jauh sudah berhijrah ke tempat lain. Memandangkan selepas ini tiada lagi bertemu lagi melainkan izin Allah. Graduasi kami makin hampir. Sedih yang teramat mengenang rakan yang selama ini banyak membantu ketika susah dan senang, tidak mudah akan ku lupakan kalian. Terima kasih sahabat !!! Doakan kebahagiaan bersama hulurkan kad jikalau berkesempatan di antara kita semua. Setiap yang berjumpa akan berpisah, yang berpisah suatu hari dengan izin Allah akan bertemu kembali dengan izinnya. Ketentuannya satu keajaiban yang masih terletak di alam ghaib. Kita kini berada di perantara antara masa hadapan dan masa lampau. Sungguh aku masih berfikir bahawa kami tidak berubah dan masih di sini bergelak tawa bersama dan mencari ilmu dan rezeki di bumi Allah yang nyata dan besar ini.


 Bersama kami berusaha untuk menjadi lebih baik walaupun ada yang berpaling sebentar dan kembali. Ya allah aku takut bagaimana aku suatu hari nanti. Menanti ketua hidupku yang akan membimbing hidup ke alam yang lebih berkat kerana syurgaku padanya, tinggal ayah ibu yang membesarkan ku dari kecil hingga dewasa. Tiba akhirnya anak gadisnya dididik oleh insan yang bernama 'lelaki' yang menjadi kesatria dan pelindung hidupnya dunia dan akhirat. Teringat satu usrah, menyatakan bahawa suami dan isteri di dunia belum tentu lagi mereka suami dan isteri di akhirat / syurga. Betapa aku ingin pasangan ku bersama di dunia dan di akhirat, seperti aku inginkan jodoh kedua ibu bapaku bersama di sana juga. Kadang kala aku termenung memikirkan penantian ini. Banyak sungguh penghijrahan yang perlu ku lakukan. Sungguh dosaku terlampau dan sungguh aku ingin berubah. Ku nantikan suamiku, pembimbingku,jiwa dan ragaku, sayangku, rayuanku untuk datang dan bersamaku . Ya Allah ku nantikannya, inginku luahkan bahawa ku merinduinya di setiap hari, ku rindui cinta seperti Rasulluah dan khadijah. Setiap manusia ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik, persis dia juga ingin menjadi seorang lelaki yang terbaik untuk tulang rusuknya juga, kerana dia yang menjadi syurga hidupku di dunia dan di akhirat, ketua bagi anak-anakku juga. Ku merinduimu selalu dan aku nantikan dirimu moga Allah mempertemukan kita untuk kebaikan dan keberkatan. Mudahkan lah. Dekatkannya denganku degan penuh keberkatan dan kebaikan, curahkanlah rasa cinta dan kasih dengan penuh keikhlasan. Satukanlah rasa kasih itu untukmu Ya Allah. Aku redha dan aku tunggu siapa dia ?


Ilmu,amal,dan tawakal. insyaallah. XOXO

No comments:

Post a Comment