Teringat segala cerita , duka dan lara sewaktu di situ. selama hampir 2 tahun, kian seolah-olah baru sahaja bermula. Bait-bait runtunan jiwa melakar sengsara di rumah itu, dengan debu debuan memori usang...kian usang. FAREHAH, segalanya telah berubah. Berubah sekelip mata, yang patah tumbuh hilang berganti sayang. Tidak usah diingat kisah lalu (getus hatiku)...tetapi aku nak ingat juga....aku suka rumah ini rumah itu...3 tahun aku simpan memori AKU TAK AKAN LUPA....teringat rakan-rakan yang datang dan pergi..gembiranya !!!
Hari ini, bermulanya kenangan baru, kehidupan baru, aku mula bertapak. Sentimen yang kurasa kian mencuit hati. Penantian adakah selamanya atau mungkinkah ? ...
Jumpa kak Premi pagi itu, kemas-kemas kan barang-barang di rumah lama kami. Tidak mengapa tahun 3 datang balik yer. Sekejap sahaja masa itu berlalu. Terasa masa semakin pintar, hakikatnya masa itu pintar persis seakan manusia yang terus bergerak, hanya memberi erti kepada mereka yang menghargai. Kali ini aku termenung, aku seperti tidak percaya segalanya berubah. Ya Allah betapa besar hikmah mu, engkau tunjuk dan lorongkan kepadaku yang terbaik. Aku menunggu dan aku di sini kian sepi, tetapi semakin terisi...mungkin kah ???? Amin.
No comments:
Post a Comment