Seakan masa itu berlalu terlalu pantas sehingga segala yang terjadi ku rasa seperti air yang mengalir ataupun bak angin yang menderu. Hari ini kami bertemu dengan dekan fakulti dan berbicara tentang situasi pembelajaran yang semakin rumit. Dia berpesan jangan skip belajar walaupun sehari belajar sedikit pun tidak mengapa asalkan kamu ada pengisian. Makanya di sini menyatakan bahawa aku semakin malas nak mentelaah !!! Aku tanguh-tangguh. Penat kut kelas dari pagi sampai petang lepas tu bermacam agenda yang kena buat lagi. Mood nak menulis semakin menebal mungkin kerana aku semakin berminat dengan dunia blog ataupun ceritaan ini. Sungguh kehidupan semakin rumit. Semakin menggasak minda, menggasak jiwa yang kian celaru dengan duniawi yang melekakan. Ah kau farehah hipokrasi semata, kau pelik, kau pelik !!! Jadi kalau aku pelik ada masalah kah kerana itu. Tidak aku sangka aku sudah jauh berubah, berubah kerana masa dan keadaan yang menjunamkan aku ke gaung penyesalan dan semangat. Aku tidak mahu kerugian lagi aku teruskan perjalanan yang semakin rumit ini dengan harapan untuk diri ini, agama, keluarga, dan keluarga !!! Hehe dua kali aku mention bermaksud adalah terbuka pintu hati nak berangan. Memang aku berangan dari blog inilah aku luahkan rasa gembira walaupun sedikit bukan bererti blog ini adalah salah satu medium penuh aku mengekspresi diri tetapi boleh lah untuk berkongsi sedikit sebanyak.
Hari ini, kereta pergi servis, memang macam aku katakan tadi sudah cepat masa berlalu, kereta servis pun dah sampai waktunya, diri aku ni pun perlu di servis...makin berkarat rasa. Nak pergi spa dan segala macam habuk seperti membuang masa tetapi nantilah akan ku fikirkan. Dr Soo kot namanya berpesan juga sebentar tadi yang kamu boleh !!! Teruskan usaha anda dengan gigih terharu dengan semangat lecturer di sini. Mereka baik dan memahami begitu juga lecturer di Uni dahulu. Betapa rinduku menebal dan aku langsung tidak boleh berfikir perihal masa lampau aku sekarang kerana aku sangat mental. Mana segalanya lain....ker aku takutkan perubahan .
XOXO ...nanti update lagi
No comments:
Post a Comment