CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Thursday, December 6, 2012

Peranan kami

Sebagai seorang anak, impian untuk membahagiakan kedua ibu bapa semestinya menjadi satu hajat terbesar dalam kehidupan. Tambahan pula, menjadi seorang anak perempuan sewaktu kami masih bersama kedua ibu bapa kami masih berada di bawah jagaan mereka dimana syurga kami pada mereka. Sesudah berumah tangga sudah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik dan membimbing, makanya penyelesaian untuk fokus kepada kedua orang tua kami sudah sedik kurang, bukan bermakna tidak mahu tetapi sudah berkeluarga, dan kita mengikut lelaki. Kini, baru kusedar, perpisahan anak perempuan ari kedua ibu bapanya merupakan perpisahan yang sangat memilukan. 

Si ibu akan berkata jauh di sudut hati, anakku, dirimu sudah menjadi milik seorang lelaki yang akan menjagamu, yang akan berhak sepenuhnya terhadap dirimu, kami sudah selesai tanggungjawab mendidik dan membesarkan, tiada lagi yang kami inginkan melainkan untuk melihat dirimu bahagia dan terbela. Sungguh aku pilu memikirkan, sewaktu aku bujang, ketika inilah aku ingin bekorban kepada kedua ibu bapaku, sebelum segala komitmen akan penuh dan sebelum aku mengikuti suami suatu hari nanti. Masa itu akan sampai, aku akan pergi meninggalkan kedua ibu bapaku yang sangat ku sayangi, barangkali esok, lusa, tahun depan, dan bila-bila. 

Terkenang impian ibu dan ayah, mahu aku gembira, berjaya, dan terbela suatu hari nanti bersama suami yang tersayang. Begitulah yang mereka katakan suatu waktu dahulu. Mereka mendoakan yang terbaik terhadap segala pilihan hati dan jauh di sudut hati mereka tetap merindui anaknya. Walaupun mereka tidak meminta wang dan sebagainya tetapi itu adalah tanggungjawab anak malah diriku untuk membantu walaupun diriku akan berkahwin. Tanpa ibu aku tidak dilahirkan, tanpa ayah siapalah kami hasil dari benih yang dikurniakan oleh-Nya. Sungguh, di malam ini aku berfikir dan menuntut ilmu, aku menanti yang terbaik untuk diriku. Aku sentiasa menanti, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dihari ini dan hari esoknya. 

bulan puasa di UPM


Melihat alam yang penuh indah dan penuh rahsia, rezeki yang Allah berikan sentiasa menjadi rebutan dan carian oleh manusia. Coretan konflik di hati tidak akan berubah, kasih kepada yang membersamai sewaktu susah dan senang sentiasa di dalam hati baik keluarga dan rakan-rakan. Insyaallah rezeki dan ketentuannya ada hikmah dan keajaiban yang tersirat. Harapan moga daku menjadi anak perempuan yang terbaik, kakak yang terbaik, isteri, menantu, doktor, dan muslimah yang terbaik. Moga aku cuba menjadi yang terbaik untuk diriku dan di mata Allah suatu hari .



No comments:

Post a Comment