CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Sunday, October 7, 2012

pengorbanan

Sudah sampai waktunya segala akan berubah. Kali ini aku mengorak langkah tanpa memandang ke belakang, perlu kerana waktu kian suntuk. Pesan ibu, harus diingat jangan melakukan kesilapan buat kali ketiganya. Sudah cukup sudah, satu lagu yang sangat mencuit dan menggigit di bibir hati ni. Hanya diri sendiri yang mengerti. Hari ini tugas mengemas sudah diselesaikan, dan segalanya perlu bermula pada esok hari. Daftar dan pergi. Alhamdulillah tidak jauh dari keluarga, dan aku sangat gembira. teringat segala peluang yang datang sebelum ini memberi seribu satu kenangan manis kepada diriku ini. Kelakar. Aduhai, Farehah sungguh lah kamu.!!!!

Melihat-lihat blog sepupuku, sungguh dia juga mengalami runtunan jiwa yang sangat sadis pabila mempersoalkan kredibiliti dirinya dan segala kelemahan yang tidak terungkap. Sungguh manusia tidak pernah menyangka kebolehupayaan diri melainkan diri mereka di lihat oleh masyarakat sekeliling. Pengorbanan masa yang kulakukan akan menjadi satu taruhan bernilai terhadap diri ini. Tiada sesiapa memaksa tetapi, itu lah pilihan yang perlu ku lakukan. 



XOXO

Wednesday, October 3, 2012

terfikir

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan  DAN  “Never be bullied into silence. Never allow yourself to be made a victim. Accept no one's definition of your life, but define yourself.” .....satu kata kata yang menjergah masuk dalam minda.

teringat satu buku yang selalu ku baca daripada Paolo Coelho-Like a Flowing River...memang aku perlu mengubah diri dan berjihad dan kali ini perubahan itu untuk selama-lamanya. Kini ku sedar, masa semakin suntuk, dan aku perlu pantas mengorak langkah terus ke puncak. Maafkan segala silap dan salah diri ini dan daku maafkan semua orang (0-0) yer macam lagu kosong...kosong tu. aha

tadi penat ibu pulang dan menguruskan pelbagai perihal pesakit, ayah balik mengadu penat, kasihan mereka. esok kerja banyak nak kena pergi shah alam, kepong, dan serdang. memang memenatkan tapi itu adalah tugas ku. terkenang handphone sakit hati....huhu banyak nombor hilang dek kerana sim card penuh store sume dalam hp...aiyakkk...memang rasa nak membebel jer sebab ada banyak urusan walaupun ramai berpendapat aku tidak...tak kan ada barang, ada kerja itu ini nak report kot kat sesiapa..ewahhh sebagai bukti...tak perlu melainkan terpaksa bagitau. 

tadi pagi study memang karat sikit otak ni sebab skill menghafal semakin kurang kerana tidak mengamalkan penghafalan yang berterusan. terpaksa berdikit-dikit dahulu untuk asah minda. banyak tentang diri dah berubah semenjak buang masa 3 tahun ....tahun yang so disgusting !!!! sampai ke hari ini aku tidak boleh lupa, sesal, kasihan pada yang teraniaya, dan segalanya. sampai ke hari ini aku hilang siapa diri aku, apa KU MAHU?? dan kerana itulah aku semakin jahat (maksudnya berubah bukan jahat tapi pelik-ayat nak sadis), semakin dan semakin membuatkan aku PELIK SIKIT...(mungkin banyak) huhu...

tetapi sekarang aku tidak kira, aku nak menjadi THE BEST for my self and family, and again keep studying, working for the sake of my entire life....PAST IS PAST or BYGONE IS BYGONE KEEP MOVING DON'T DO THE SAME MISTAKE AGAIN to whoever that involve and be sincere. dan kepada sesiapa yang telah melukakan hati ini juga, renung kan diri anda bukan diri ini sahaja...KERANA bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi...

Tuesday, October 2, 2012

bangun awal

hari ni aku bangun awal nak study....ayah kata refresh nak refresh...aku rasa dah berkarat otak ko tu..(aduh terasa)...seusai solat subuh aku sembab kan diri kene set balik otak ni sebab dah banyak tidur boleh rasa macam tak boleh nak study straight 3 jam macam dahulu. dek mengenangkan macam-macam dugaan so kene lah perbaharui sikap ni. ahoiiii phewwitt




buka buku terus terdiam, adoi FACT FACT FACT you cannot even escape effa !!! masak gak lah tapi nasib baik minat tu ada kene lah tempuh juga. during the time study teringat satu rakan yang sering menjadi inspirasi, dia licik-bijak-baik hati-agama pun ok-serba serbi okay i wish i can be like her (not to be exactly) tapi adalah contoh yang baik kita ambil. semalam teruk kene basuh dengan ayah suruh fokus...fokuss...tgk ayah bela burung pun kene fokus nak jaga nak !! katanya (herk, ader ker patut) hahahaha lawaklah ayah ni.

kali ni mood aku nak taip banyak, walaupun such a crap story tapi aku punya sukalah kan !!! zazzz...nanti lah yer ader satu bab yang bermanfaat akan ku kongsi. kali ni inilah bebelan hati. susah nak mencari BIG WHY dalam hidup ni sebab terlalu banyak impian sampai aku tak tahu mana lebih aku suka dan mahu kejar...cita-cita satu kemestian, ibu bapa dan keluarga adalah satu KEWAJIPAN begitu juga agama. to be very specific semenjak dua menjak ni aku a bit  blurr,slow,irritated,lost identity sebab stress lama . banyak nak kene ubah suai dan OVER HAUL...gamaknya kak ngah !!!

saya kena kuatkan semangat, kuatkan hati dan perlu cekal untuk tempuh dugaan, jangan terlalu impresskan orang biar mereka terima kita seadanya terharu dengan nasihat akak terima kasih banyak-banyak sayang dia). okay nak sambung study tata. nanti kita update lagi ye...

XOXO

impian

dalam perancangan nak merealisasikan trip. sekarang tak boleh lagi sebab masalah pelbagai. tunggulah masuk study dulu then dapat cuti dalam sebulan tu chaw lah. adik dok sebuk berbicara pasal nak tukar kos nyer sebab dia minta bidang tu (tak bersyukur) ei aku rasa nak pulas telinga dia !!! penat dengar parents bebel memanjang.

then, family rancang nak renovate rumah, habis nak dipecahkan ntah mana-mana...(time aku praktikal g lah renovate, bila dah habis sibuk dok fikir) nak kene tolong buat kerja-kerja buruh ker..alamak!!!..hehe . minggu depan ayah ajak g  kesang laut tengok tanah kelapa sawit ni pun satu nak bagi kene hentam dengan nyamuk ker n setahu aku buat apa nak tgk sebab pak cik n ada orang indon dah tgk...(malas nak pergi sebab semak paler nak g tgk2 ni)...

malam ni aku bebel sebab esok lusa banyak kerja aku nak kene buat g balik shah alam jap. bebel apa yang patut lantak lah merapu mana janji hati aku puas nak taip...lama betul tinggalkan blog ni kalau leh nampak habuk bersepah-sepah..hahaha...

cantiknya,comel nyer, nak pergi !!!

biaq pi

teringat satu kawan orang kedah. biaq pi sama dia, biaq pi....janji depa bahagia ....tu jer kekalutan dia memang dah jadi trademark. dah bulan 10 result tak lama lagi dapat dan aku menunggu ni...dapat offer tolak tu nak yang ni jugak bermati-matian sebab kan (aderlah) hehe.

aunty sibuk dok tanya u nak masuk mana effa sebab kali ni rezeki murah , tapiiiiiiiiiiii (panjang tapi dia) padan muka tu lah apply banyak kene salah satu dah serba salah, alih-alih kesitu jugak ko nak pergi kan...hamboii kalau aku jadi lecturer tempat tu aku "lock" kau kasi tak boleh keluar..hehehe...macam-macam hal

pergi penang hari sabtu sampai ahad, isnin rehat macam orang gila duduk rumah penat, fikir punya fikir ohhh banyaknyer nak kene refresh otak ni..(kejadahnyer ) arghhhh !!! stress bai. hand a pon jatuh lubang tandas hehe, nasib2 seb bek adik banyak gadget extranyer memang aku pinjam ler...ok sebelum pergi BBC (rancangnyer). Dream book? waduh kali ni semua nak letak, lantaklah kan tapi apa2 dok sibuk nak wat tu ni, ada lah jugak benda tertinggal, alahai tinggal barang kat penang rumah auntie!!! Bencii!!!!


lepas ni mak pesan, jangan slow sangat, jangan blur sangat, berani sikit nak bersuara, pelik aku. katanya. tetapi bila fikirkan balik ada betulnya, orang dok lancang mengata aku senang jer diamkan diri, padahal getus hati aku yang depa buat tak pulak !!! haha. so pas ni kene kuat sket yer...ubah mana yang patut ubah, tetapi ingat !!! be strong sket...moral of the story orang-orang K memang sepesen jer...salah aku aku akui, salah depa bukan nampak pon...gtu lah kan....tak campur dah..hehe

pening sangat

situasi yang memenatkan . tetapi akhirnya selesai semua paradigma minda. keputusan??? masih dalam tanda tanya. aha.

pergi ke Pulau Pinang memang memenatkan. Kita drive sendiri pergi dan balik aduh....tidak mengapa nak selesaikan segalanya jadi terpaksa berkorban.

semalamnya penat kemas barang sumbat punya sumbat dalam mpv penuh. teruk kena marah !!! MAAF ayah saya tahu kamu pun penat baru balik kerja...

makan hati berulamkan jantung...nasib baik jantung tak berlubang !!! masih boleh pam lagi hati aku ni...hehe.

XOXO