Sudah sampai waktunya segala akan berubah. Kali ini aku mengorak langkah tanpa memandang ke belakang, perlu kerana waktu kian suntuk. Pesan ibu, harus diingat jangan melakukan kesilapan buat kali ketiganya. Sudah cukup sudah, satu lagu yang sangat mencuit dan menggigit di bibir hati ni. Hanya diri sendiri yang mengerti. Hari ini tugas mengemas sudah diselesaikan, dan segalanya perlu bermula pada esok hari. Daftar dan pergi. Alhamdulillah tidak jauh dari keluarga, dan aku sangat gembira. teringat segala peluang yang datang sebelum ini memberi seribu satu kenangan manis kepada diriku ini. Kelakar. Aduhai, Farehah sungguh lah kamu.!!!!
Melihat-lihat blog sepupuku, sungguh dia juga mengalami runtunan jiwa yang sangat sadis pabila mempersoalkan kredibiliti dirinya dan segala kelemahan yang tidak terungkap. Sungguh manusia tidak pernah menyangka kebolehupayaan diri melainkan diri mereka di lihat oleh masyarakat sekeliling. Pengorbanan masa yang kulakukan akan menjadi satu taruhan bernilai terhadap diri ini. Tiada sesiapa memaksa tetapi, itu lah pilihan yang perlu ku lakukan.
XOXO
No comments:
Post a Comment