CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Tuesday, August 14, 2012

kamu serius mahu update lagi???

Wah sungguh berharap ini tidak keterlaluan. Diri ini rasa mahu update lagi bermacam-macam cerita hari ini. Sebenarnya banyak kenangan yang boleh dikongsi sewaktu berada di UPM ni. Walaupun berada di UPM, tetapi Shah Alam, KL, Melaka memang lah saya selalu berulang. Macam 'kera kena belacan' ! Itulah istilah orang yang tidak tahu duduk diam. Selalu jer nak meronggeng ke sana ke mari dengan perniagaan dengan pembelajaran. Sungguh seronok tetapi masa yang dilaburkan sungguh tidak disangka cepat sangat berlalu. Hooray !! Itulah yang saya mahukan mengisi masa saya dengan pelbagai aktiviti justeru saya tidak lah merasa bosan terperuk semata . 

Hari ini atau tadi saya dan rakan sekalian pergi ke The Mines Serdang untuk berbelanja. Seronok memang seronok tetapi cik akak, kamu tu student ingat segalanya terhad yer. Kamu baru sahaja nak bertatih mencari duit jangan kamu melakukan pembaziran. Ya Allah muhasabah diri sebentar saya ni kalau berbelanja mashaallah sungguh lah lama dan nafsu tu macam nak makan stik 3 kali. Faham-faham sahajalah kawan kalau dah nak membazir amalan syaitan jadi nak selalu amalkan pembaziran ker? TIDAKKKKKK....nak kahwin kena ada duit tau, nak belajar lagi kamu tu budak medik jangan main-main boros sangar. Kata nak ada aset sendiri sebelum kahwin, oleh itu wahai cik akak silalah berjimat. Baiklah otak dalam hati kata TAK NAK AKU NAK IKUT NAFSU NI (getus perasaan yang geram dengan macam-macam benda dekat pasaraya). Kemuadian, saya dan yang lain menghantar rakan kami ker KTM Serdang kerana dia mahu pulang ke rumah kakaknya, ambil kuih raya , selepas itu...baliklah kami ker UPM...

Rancang-rancang nak pergi berbuka puasa di mana yer? Kak ayuni berkata pergi Pelita lah dekat PJ, SEEEDAAPPP katanya, memang sedap pun sebab aku pernah makan di restoran nasi kandar tersebut. Dah bermacam-macam tempat kami pergi menjamu selera sebut jer kat mana dalam kawasan Serdang ada, Petaling Jaya ada, Bangi, Shah Alam,...seronok sangat praktikal saya gembira alhamdulillah segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam telah memberikan segala nikmat yang ada di muka bumi ALLAH yang luas sangat ni . Bayangkanlah dalam mencari rezeki sungguh banyak bertebaranlah kamu dalam mencari sesuap nasi...Sehingga bersambung di kemudian waktu mungkin esok. 


XOXO

No comments:

Post a Comment