Aduhai, hari ini adalah hari yang paling penat bagi diriku. Tidak boleh duduk diam ada sahaja kerja yang perlu dihabiskan. Stok produk ada agak banyak lagi perlu dihabiskan dan saya perlu menyiapkan thesis praktikal sebanyak 70 muka surat (maksimum) wah !!!. Tidak mengapa kerana itulah dia pengorbanan yang perlu dibayar untuk terus maju dan berjaya. Dan juga kerana mereka-mereka yang kusyangi kuteruskan jua . Merancang mahu pulang ke Melaka semalam tetapi tidak kesampaian kerana banyak sangat kerja perlu dilakukan pasa esok harinya jadi saya tangguhkan. Haha tengok ibu ayah saya kata nak balik semalam hari tu tak sampai-sampai sebab banyak kerjanya....
Syoknya perasaan sibuk buat macam-macam sebelum balik raya. Mood berbelanja sentiasa ada tidak perlu menunggu waktu raya sahaja (pokai cik kak) tetapi alhamdulillah saya tidaklah terlalu boros. Akak-akak sekalian ada yang sudah balik dengan cuti SEBULAN !!! Seronoknya dia sebab mahu bina masjid itu sebab Dr bagi dia cuti lama dan yang lain mahu balik malam nanti sebab ada banyak tugas yang perlu diselesaikan. Saya pula perlu kemaskan bilik, kemaskan baju dan seangkatan dengannya sebab nak balik beraya lah pulok !!! Perasaan balik kampung terngiang-ngiang lagu SUDIRMAN-BALIK KAMPUNG...ehem ehem. Sekejap sahaja masa berlalu aduhai masa kamu terlalu pantas kini sehingga daku tidak menyangka segalanya semakin berbeza dari hari ke hari.
Okay-okay (ter-english lah sekejap) ....
Balik hari ini kalau sempat nak pergi berbelanja bersama ibu dan ayah dan adik kesayangan hamba. Asyik sahaja tangguh nak balik beraya di kampung sebab tugas yang tidak mengizinkan saya pulang. Aish Farehah, rumah kamu di Melaka sahaja mana lah jauh sangat dari Serdang tu !!! Memanglah tidak jauh, tetapi kalau nak balik saya perlu drive selalu malas nak membazir dan ayah pun kata kalau tak ada apa-apa tak payah balik buat ngader aja..ha kan itu sebab mereka okay sahaja saya balik jarang-jarang. Agak-agaknya bila dah balik tu apa yang perlu di buat yer? Eleh buat-buat tak tahu mestilah cantikkan rumah bagai hari tu tetapi rasanya mak dan mak cik sekalian dah bergotong royong buat semua...AKU? Goyang kaki? Oh tidak semestinya aku akan memasak di dapur, itu tugas yang paling basic nak jadi bini yer eh melalut, nak jadi anak yang mithali I REPEAT MITHALI !!! hahaha. Sudah kewajipan kita sebagai anak perempuan membantu ibu di dapur walau seremeh apa sahaja sekalipun kerja tersebut. Kalau pandai buat lah kuih muih, jual mejual, MAKAN-MEMAKAN hahaha, dan apa sahaja lah. Kalau pulang mesti ibu dan ayah buat macam-macam, dengan mee bandung JOHOR ayah tu, ibu masak asam pedas melaka (ikan parang dengan nenasnya ) wah terliur sudah. Adik macam biasa on off dekat rumah.Sekejap ada sekejap tiada macam chipsmore. Kaki merayau dia tu suka sangat pergi mana-mana dengan kereta kesayangan dia itu. Adik pun alhamdilillah dah nak habis belajar inshaallah gembira dengan dia okaylah tak apa kalau merayau pun yer adik tetapi jangan lupa study yer sayang !
Tiba-tiba teringat sesuatu....oh alamak !!...bersambung sekejap lagi kot...
No comments:
Post a Comment