Salam satu Malaysia...hehehe
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menaip semula. Kali ini dengan tiada idea, ku teruskan jua untuk mengasah minda untuk meluahkan butir-butir kata . Aku mengaku agak susah untuk terus istiqamah dalam menaip ni Yelah perlu tahu apakah topik perbualan sehari-harian. Impian aku nanti aku nak beli gadget khas untuk membolehkan au online 24 jam dan aku boleh update blog di mana sahaja aku berada.
Seusai aku berada di makmal bersama pelajar lepasan ijazah yang lain dan juga para professor yang telah menjemputku untuk datang melihat 'product advertisment', secara tiba-tiba aku menilai kemampuan ku untuk sales ni. Memang nampak susah sebab kebelakangan ni aku semakin berat mulut..aku pun tidak tahu mengapa. Dahulu pantang ada acara, aku mesti involved dan ingin menyumbangkan buah bicara dan juga idea-idea. Adakah aku mula merasa rendah diri kerana kisah silamku yang telah membuatku terasa not that interesting anymore???? Hahah PESIMISTIK itulah aku. Salah satu perkara yang susah aku hendak tujahkan daripada minda kusut aku sekarang ini. Mana tidaknya pelbagai masalah melanda sepanjang 3 tahun pengajian dalam ijazah bioperubatan kemuadian ijazah perubatan ( Ya Allah hanya di-KAU yang mampu memberikan daku sumber inspirasi selain daripada mereka-meraka yang ku sayangi) . Sejujurnya aku sangat bersyukur ke-hadrat illahi kerana dapat membuat praktikal di University Putra Malaysia (UPM), dengan profesornya yang baik, pelajarnya yang sangat membantu dan sporting, itulah sebab aku dapat kuatkan semangat untuk terus berjuang di kala aku kesedihan yang teramat dahulu. Yang pastinya aku tidak mahu mengambil hak orang tetapi kerana orang itu TAMAK, aku menjadi mangsa selama bertahun-tahun. Please guys out there do not get interested to another girl if you already have steady girlfriend, please take care of her, be LOYAL to her, love her the way she is even she's not that perfect like what you want. Kasihan pada perempuan itu jikalau anda meninggalkan dia kerana perempuan lain (ni lah kes aku, dia nak aku dia tinggalkan mak we lama) tak patutkan begitu. Sungguh Ya Allah jikalau aku tahu cerita sebenar dari dahulu aku tinggalkan dia dan aku memang tidak mahu ada kaitan langsung dengan jejaka seperti itu dan alhamdulillah Allah telah pun memutuskan perhubungan kami dengan sebaik-baik keadaan. SEMOGA BERBAHAGIA kerana kamu lebih layak untuk bersama dengan dia, AKU, biarlah daku meneruskan kehidupan ini dan jodoh pertemuan di tangan tuhan suatu hari ada CINTA untuk diri ini. Jangan khuatir masa itu akan tiba dan pabila ia tiba aku akan bersedia tetapi lebih waspada.
Eh apa lah pulak aku merapu yer...inilah akhibat kalau minda tak fokus untuk berbicara tentang satu topik sahaja. Baiklah sebenarnya, post hari ini lebih kepada coretan dari hati tentang kehidupan aku di UPM. SERONOK dan aku rasa gembira sangat. Di awalan, sudah tentu sedih tetapi lama-kelamaan aku berasa gembira yang aku selalu ingati FAREHAH FIRST STEPS IS THE HARDEST semua permulaan memang susah kerana kita mahu membina keserasian dahulu. Serasi akan membuatkan kita lebih fokus dan mengahargai keadaan kita di waktu itu, tidak mengapa anda lambat sedikit, tetapi akan tiba masa anda akan terbiasa dengan segalanya.
XOXO
No comments:
Post a Comment