CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Tuesday, August 6, 2013

Azam

Raya bakal menjelma dan tahun 2013 semakin di penghujung waktu. Seakan aku telah makin mengenali kehendak diri ini. Apa yang aku mahukan dan apa yang aku mahu jadi. Aku nampak hikmah besar yang Allah berikan kepadaku sewaktu aku sendirian keranan dia memberikan aku waktu berfikir dengan lebih baik. Inshaallah memang aku akan teruskan perancangan tersebut dan perlahan-lahan akan kesampaian...Terima kasih Allah kau mudahkanlah. Hikmah sungguh besar bila kita Allah berikan yang lebih baik :))

cinta agung

Ya Allah Engkau Tuhanku

Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkau cinta-agungku

Nabi Muhammad pesuruh-mu


Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkau sumber keselamatan

Ya Allah Engkau sumber keamanan

Engkau adalah segalanya


Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezekiku

Di waktu sakit Kau sembuhkan

Di waktu lapar Kau beri makan


Ya Allah Engkau cinta agungku

Cintaku harap dibalas

Ya Allah Engkau cinta agungku

Jangan cintaku tidak dibalas


Jangan biarkanku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan benar

Kepada Engkaulah harapanku

Jangan hampakan perasaanku


Aku titipkan rasa kesunyian dan kosong di hati kepadamu. Aku tahu engkau sedang mencaturkan yang terbaik dan terindah dalam hidupku dan yang terlayak. Terima kasih Allah kerana memberiku kejayaan, kesenangan, dan hati yang setia...sungguh aku bersyukur inshaallah. Aku tunggu...

Monday, August 5, 2013

Rakan dan Mungkin kenalan

Setiap kali aku memandang rakanku itu, hati aku pasti akan bersemangat. Aku melihat dia sebagai salah seorang inspirasi dalam kehidupanku. Malah dia mengambil bidang yang sama seperti aku. Dia baru sahaja selesai graduasi di Rusia dan aku lihat dia seorang yang serba boleh dalam banyak hal. Memasak, berbusiness, belajar-malah pandai, dan dia seorang yang sangat comel di mata aku. Aku sering kali suka untuk mencontohi adab dan perilakunya. Alhamdulillah ku rasa ada perbezaan hidupku dahulu dan sekarang. Perit mengubah diri itu sering terasa sakitnya pabila sendirian. Benar hanya diri sendiri yang mampu berubah dan tiada sesiapa yang akan bersama kita di kala susah malah di kala senang ramai pula ....


Friday, August 2, 2013

membisu

Air yang tenang usah disangka tiada buaya

Hari yang indah usah disangka kekal selamanya 

Hati yang luka tidak terhingga 

Bakal merana sejuta kata... 

Dia tidak bodoh berketawa melihat pilu selingkur kata 



Dia mendiam menahan rasa dalam hati engkau kan terpedaya

Dia melihat dan memikir 

Adakah pilu sedang mungkir 

Dia membisu mencari hadir

Hadirnya kasih tidak terpinggir 


Kadang kadang hati wanita itu boleh merasai six sense...
Berlaku jujur itu lebih manis dan penuh berkat terhadap hidup.
Ingat, ALLAH maha melihat dan dia maha pemberi segala-galanya...ingat...

Sunday, July 21, 2013

pulang

Aku dilema dalam semua hal sekarang ni. Aku buntu dan aku sudah mula penat. Benar tiada sesiapa yang faham hati ini . TIADA SESIAPA. 

Ya aku sudah pun mula mendiamkan diri dan membawa diri. Aku penat memikir dan berfikir. Hati aku sudah berserah kali ini aku berdiam dan tidak akan lagi seperti dahulu. Biarlah aku perlahan-lahan membawa diri aku akan pergi di tempat yang orang ketahui tetapi tidak dapat dijumpai. Mungkin itu lebih baik kerana walaupun adanya aku tidak membawa erti dan jikalau tiada belum tentu DICARI. 

Thursday, July 18, 2013

hakikat dan terima

I wonder why just when I learned to wait, it was when you just never came. I wonder why when I just learned to laugh, it was when you made me cry. And I wonder why just when I have learned to love you, it was when you said good bye

sedih bila kita mmenanti, disaat itu dia tidak datang memberi dan pabila kita sudah tabah
untuk meneruskan kehidupan tanpanya, dia datang kembali dan mahu mengulang perasaan
dan memilukan hati. Tatkala kita sudah mula mencintainya  sepenuh hati, dia pergi
meninggalkan diri dan memutuskan perhubungan yang telah kita berikan harapan padanya
(dunia ini kejam)

blog walking

Hari ini aku banyak juga buat blog walking. Aku membaca, mencari ilmu, dan seolah olah aku merantau ke dunia luar hanya menggunakan wadah laman sesawang. Sesungguhnya hidayah dan nikmat daripada Allah swt itu tidak terbatas malah aku dapat merasakan yang nikmat aku menulis kian terasa ketenangannya. Aku bersyukur minat aku dalam mengarang kembali berbuah malah kali ini lebih agresif dan yang pasti aku mula bertatih. Aku perlukan kematangan, kegirangan, kebijaksanaan, dan kerohanian di dalam sehari-harian hidupku. Aku perlu meluaskan pandangan sekeliling ku dengan niat mencari keredhaan tuhan. Sungguh aku dapat merasakan itu adalah satu nikmat dan hidayah setempat yang tuhan telah berikan. Aku terus terang merasa sangat tenang dalam menulis . Aku mahu berbicara dalam semua soal dan bicara, malah mahu muntahkan segala dilema dan semua yang aku terdetik di benak minda.

Menjadi cantik itu subjektif bagi aku biarlah cantik luar dan dalam (dalam pula ada terbahagi 2 cantik rohani dan cantik biologi). Seseorang individu itu dilihat atas nilai hidupnya yang sering di perkatakan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan (psst apahal aku berpidato semacam!) . Kenapa tiba-tiba aku soalkan perihal menjadi cantik? Aku akui beribu duit telah aku habiskan hanya untuk menjadi S I H A T dan cantik (highlight sihat kena lah besar). Aset seseorang manusia secara batinnya menjadi sihat itu satu keuntungan besar dan satu bonus kalau dia sihat akan membuatkan harinya sungguh kuat inshaallah dengan izinnya. Aku nak kata aku bersyukur hari ni sebenarnya sebab aku rasa seronok menulis sekadar suka-suka dalam masa lapangku dan aku selit selitkan kisah-kisah aku yang tak seberapa ni. Mostly entri blog walking ni aku ceritakan pasal nak menjadi cantik (walhal aku bukan cantik pun tapi bersyukur terhadap apa adanya aku) tapi kena yakin dengan diri supaya menjadi wanita kuat (psst aku suka baca blog sekarang ni dan info item yang berguna) macam dah jadi hobi baru pula.

Menjadi seseorang memang tak susah tapi nak menjadi ORANG itu memang susah sebab kita selalu dipandang dan dinilai. Sikit-sikit aduihai kenapa tudung minah ni selalu terkeluar rambut (opps mak terasa hehe kena cuba ubah yer cik jah), sikit-sikit aduhai baju dia warna macam pelangi atas bawah warna lelain, sikit-sikit aduhai minah ni apa pasal selekeh sangat. Ha betol tak bab cantik itu subjektif terlalu banyak nak di senaraikan dan hanya orang yang faham dan memahami akan menilai cantik itu dalam konteks yang matang ! Bagi aku cantik kepada seorang lelaki itu terserlah mengikut gentlemannya dia (lelaki lembut ker ? Owh tidak). Maksud aku di sini dari segi dia menguruskan kehidupan dia, cantik dalam urusan diri, cantik perangai atau buruk ker, cantik dalam agamanya (solat on time atau last-last minit), dan sebagainya. Banyak tetapi seronok kalau nak hujah banyak pasal cantik ni .

Sepanjang zaman remaja aku, aku sudah sering digalakkan mengamalkan good supplement kerana aku tahu badan aku cepat letih kerana penat dengan berfikir untuk belajar dan hobi aku suka sangat menari (ini extra yang aku bagitahu ) jadi aku cepat letih. Aku sangat sukakan aktiviti lasak macam berbasikal, ataupun jungle trekking tapi keadaan sekarang buat aku semput sikit sebab selalu menghadap buku jadi aku hanya meluangkan masa untuk berbasikal secara bersantai, menulis macam yang aku buat sekarang ini, belajar masak lah, kira more to indoor (takut panas ker cik jah) hehe. Justeru, aku tahu badan aku dah banyak radikal yang terperuk dan perlu dibuang atau nyah kau toksin durjana, di sebabkan itulah aku tahu produk apa yang perlu aku cari untuk dapat gebus macam dulu (kononnya). Rahsianya aku terbayang vitamin C acerola cherry amway yang boom boom pow hebatnya (mahal tetapi berbaloi beli) aku nak beli lagi nanti. Secara jujurnya vitamin C sememangnya kita tidak boleh hasilkan dalam badan, jadi kita perlu ambil dari pemakanan luar, taman good vitamin C kolagen dalam badan tidak cukup itu yang buat kulit kusam macam sekarang ni. Aku sedaya upaya nak tampil sihat dan gebus macam zaman remaja dahulu. Sekarang selalu skip makan, stress hal-hal peribadi, kerja, dan belajar buatkan aku macam tidak terurus. Vitamin-vitamin dan juga HERBALIFE jugaklah yang banyak bagi moral support untuk badan aku ni (dengan izin Allah swt). Aku sangat bersyukur dengan kak AYUNI, SARAH FADZIL, dan Farhana kerana kenalkan aku dengan pelbagai produk penting dalam hidup aku sekarang ni. Dan aku akan terus bergerak cuba berbusiness dengan produk sekalian. Terima kasih yer kalian.


Nak tahu patent vitamin C yang baru amway ! Best sebab aku pun jadi ahli dia, tapi expired bulan 5 haritu aku kena renew balik tapi still boleh beli jugak YEY...suka vitamin vitamin NUTRILITE. Kak Ayuni terima kasih sangat-sangat.


HERBALIFE nanti restok aku akan update yer.

Aku boleh konklusikan di sini yang cantik bagi perempuan memang susah sebab kena maintain banyak. Susah hati sikit kurus, ada yang makan banyak sampai gemok, muka nik jerawat lah sebab stress, dan sebagainya. Tetapi ada duit balik boleh jer maintain (berdasarkan pengalaman) hehe. Okay nanti aku sambung lagi entri aku ni memang sasau di buatnya saper yang baca, aku selalu campur aduk topic aku sebab terlalu eksaited nak kongsi. Tata.