Tuesday, August 14, 2012
kesihatan
assalamualikum kepada semua hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian...cewahh!!! sudah zaman perdebatan dikau sudah berlalu...zaman sekolah dah lama. STOP IT sometimes effa you can be a bit annoying when speaking because you hardly or slightly or whatever susah sangat nak berhenti bercakap. Maaf diri ini tidak mahu me-rojakkan bahasa ibunda tetapi sekadar untuk meng-eskspresikan diri dengan lebih..?? WHAT? okay merepek sudah.
UPGRADE
Salam satu Malaysia...hehehe
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menaip semula. Kali ini dengan tiada idea, ku teruskan jua untuk mengasah minda untuk meluahkan butir-butir kata . Aku mengaku agak susah untuk terus istiqamah dalam menaip ni Yelah perlu tahu apakah topik perbualan sehari-harian. Impian aku nanti aku nak beli gadget khas untuk membolehkan au online 24 jam dan aku boleh update blog di mana sahaja aku berada.
Seusai aku berada di makmal bersama pelajar lepasan ijazah yang lain dan juga para professor yang telah menjemputku untuk datang melihat 'product advertisment', secara tiba-tiba aku menilai kemampuan ku untuk sales ni. Memang nampak susah sebab kebelakangan ni aku semakin berat mulut..aku pun tidak tahu mengapa. Dahulu pantang ada acara, aku mesti involved dan ingin menyumbangkan buah bicara dan juga idea-idea. Adakah aku mula merasa rendah diri kerana kisah silamku yang telah membuatku terasa not that interesting anymore???? Hahah PESIMISTIK itulah aku. Salah satu perkara yang susah aku hendak tujahkan daripada minda kusut aku sekarang ini. Mana tidaknya pelbagai masalah melanda sepanjang 3 tahun pengajian dalam ijazah bioperubatan kemuadian ijazah perubatan ( Ya Allah hanya di-KAU yang mampu memberikan daku sumber inspirasi selain daripada mereka-meraka yang ku sayangi) . Sejujurnya aku sangat bersyukur ke-hadrat illahi kerana dapat membuat praktikal di University Putra Malaysia (UPM), dengan profesornya yang baik, pelajarnya yang sangat membantu dan sporting, itulah sebab aku dapat kuatkan semangat untuk terus berjuang di kala aku kesedihan yang teramat dahulu. Yang pastinya aku tidak mahu mengambil hak orang tetapi kerana orang itu TAMAK, aku menjadi mangsa selama bertahun-tahun. Please guys out there do not get interested to another girl if you already have steady girlfriend, please take care of her, be LOYAL to her, love her the way she is even she's not that perfect like what you want. Kasihan pada perempuan itu jikalau anda meninggalkan dia kerana perempuan lain (ni lah kes aku, dia nak aku dia tinggalkan mak we lama) tak patutkan begitu. Sungguh Ya Allah jikalau aku tahu cerita sebenar dari dahulu aku tinggalkan dia dan aku memang tidak mahu ada kaitan langsung dengan jejaka seperti itu dan alhamdulillah Allah telah pun memutuskan perhubungan kami dengan sebaik-baik keadaan. SEMOGA BERBAHAGIA kerana kamu lebih layak untuk bersama dengan dia, AKU, biarlah daku meneruskan kehidupan ini dan jodoh pertemuan di tangan tuhan suatu hari ada CINTA untuk diri ini. Jangan khuatir masa itu akan tiba dan pabila ia tiba aku akan bersedia tetapi lebih waspada.
Eh apa lah pulak aku merapu yer...inilah akhibat kalau minda tak fokus untuk berbicara tentang satu topik sahaja. Baiklah sebenarnya, post hari ini lebih kepada coretan dari hati tentang kehidupan aku di UPM. SERONOK dan aku rasa gembira sangat. Di awalan, sudah tentu sedih tetapi lama-kelamaan aku berasa gembira yang aku selalu ingati FAREHAH FIRST STEPS IS THE HARDEST semua permulaan memang susah kerana kita mahu membina keserasian dahulu. Serasi akan membuatkan kita lebih fokus dan mengahargai keadaan kita di waktu itu, tidak mengapa anda lambat sedikit, tetapi akan tiba masa anda akan terbiasa dengan segalanya.
XOXO
Thursday, August 2, 2012
Hati dan Penantian
Penantian itu suatu yang menyesakkan dada. Acapkali aku menanti dan penantian itu seakan tidak berpenghujung. Mengapa aku menerima kegagalan ke-dua kalinya saat segalanya seakan pasti. Setelah itu ? Masih adakah dia yang ikhlas menanti dan mencintaiku . Penat dan aku kian penat teramat pedih dan sakit rasa hati ini. Kau lukakan sehingga kosong darah memori yang mengalir, sehingga ruang itu terlalu ringan sehingga sia-sia bayu baru yang menerpa. Aku gagahkan rasa ini untuk belajar menjadi sepi tetapi tidak mampu, aku memerlukan pembimbing,pencinta, kepada rasa hatiku yang sunyi dan tidak gentar meluahkan rasa cinta kembali. Tetapi persoalannya siapakah yang layak ? dan siapakah DIA ? . Sayang di mana kamu ? Daku menanti, aku merindui dirimu, datang lah penantianku seakan berakhir kerana aku semakin lelah dan penat. Aku menanti lagi buat sedikit waktu, dan aku memberikan harapan untuk kali terakhirnya buat hati ini. Sudah cukup sudah ! Aku penat membasuh luka di hati, membalut sepi ditubuhku, menitis air mata di bantal pilu. Kau bernama lelaki sungguh kejam ! Tetapi masih adakah di luar sana yang sungguh mencintai dan akan terus menanti cinta sejati tanpa henti....aku merinduimu....
Incompatible, it don't matter though'Cause someone's bound to hear my crySpeak out if you do, you're not easy to find
Hati mahu tetapi akal menyatakan tidak !!! Sudah cukup Farehah seksa di hati. Belum tentu lelaki yang lain mampu memberikan keikhlasan. Mereka barangkali sama dan tetap berubah. pastinya kau lihat kau tangisi dan ko meratapi cinta dulu yang sukar pudar. Berkan harapan baru tetapi adakah harapan itu akan merawat luka ? Benarkah dia yang tidak mensia-siakan mu atau manusia bertopengkan ketidakjujuran ? Insaflah sayang kasihani hatimu...sudah cukup sudah. Sabar sayang, tidak perlu mencari, biarkan cinta itu datang dari-NYA hanya dirimu sabar menanti...
i am waiting and still waiting in line. XOXO
Thursday, July 12, 2012
bersyukur
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH swt...
Segala yang telah dihimpunkan oleh-nya sangat sangat tidak ternilai. Aku bersyukur setelah sekian lama berhempas pulas berdamping dengan hipokrasi manusia yang durjana akhirnya aku merelakan kerana aku tahu bukan DIA yang kumahu. Aku gembira sangat gembira kerana telah mengetahui segala kebenaran. Dia bukan yang terbaik dan selayaknya dia dengan orang yang sekufu dengan dirinya itu. Sungguh aku telah menarik nafas yang lega dan seusai itu segala beban telah hilang lesap seperti angin yang lalu. ALHAMDULILLAH...
Perjalanan hidupku sangat panjang, luas dan jauh. Setiap langkah ku memberi seribu satu pengertian dan langkah itu selalu diperhatikan. perjalanan untuk menjadi seorang individu yang dapat berdikari sepenuhnya, yang dapat menjadi seorang muslimah sejati, seorang yang mampu untuk menjadi 'leader' atau pemimpin yang berkaliber bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada ahli keluarga tercinta suatu hari nanti. Penat menahan segala konspirasi dan konflik diri yang asyik menghalang untuk terus berjihad (malas untuk membuat pengorbanan), kadang-kadang menjadi seorang pelajar ini 'procrastination' selalu membelengu. Lihat sahajalah orang-orang yang berjaya, Prof. Dr. Muhaya salah seorang wanita yang aku sanjungi dalam menggapai cita-cita beliau berusaha untuk menjadi individu yang celik agama juga. DOKTOR satu cita-cita yang besar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dahulu, aku tidak menyangka aku akan menjadi seorang pelajar perubatan. Aku kini bakal mempunyai dua ijazah dalam bioperubatan dan perubatan...bayangkanlah betapa jauh perjalananku dan kerana 'passionate' terhadap medikal aku teruskan jua. Aku tinggalkan cinta, aku tinggalkan rasa sedih itu selamanya keran DIA tidak berbaloi untuk ditangisi lagi. Bukan dia yang kumahu, bukan dia ayah untuk anakku, bukan dia yang akan membimbingku.
Kini aku tidak lagi menghiraukan apa yang dikira oleh orang lain (mendengki). Siapa mereka untuk menilai diri ini? Kita tahu siapa diri kita. Kita tahu di mana kebolehan diri kita. Setiap perbuatan kita untuk siapa? untuk orang lain...lillahita'la untuk Allah. Tidak perlu gusar, tidak perlu takut dengan manusia yang mencerca menasihati sesama kita itu lebih baik. Menilai itu penting tetapi melebih-lebih itu sudah lebih...haha. Biarkan segalanya berlalu aku bersyukur kerana bukan DIA untukku . Sekali lagi ALHAMDULLAH...
Monday, April 9, 2012
kehidupan baru bermula
bayangkanlah sudah bertahun lamanya aku ditakuk yang sama tetapi rutin harian yang berbeza dan kadang-kadang sama. Oh begitulah lumrah kehidupan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan berpindah dari tempat kesayangan iaitu Shah Alam. Sungguh menyedihkan tetapi ' Life must goes on ' !!! Acapkali mentarbiyah diri untuk lebih fokus dan menjauhi perkara yang me-laghokan nauzubillah !!!
Sebut sahaja pasal berpindah, diri ini sudah banyak membayangkan perkara yang bakal terjadi. Sungguh sadis jiwa ini terkadang berfikir itu-ini seolah-olah memang akan terjadi. Ya Farehah jangan kamu bersangka buruk dengan ALLAH swt. Ingat itu wahai muslimah. Bukan apa rasa sayang sangat nak meninggalkan kenangan yang sudah bertaut bertahun lamanya di sana. Di situlah segalanya bermula daripada perkenalan,perpisahan, jatuh, dan bangunnya seorang insan yang bergelar pelajar. HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL !!! Ingatilah Allah adalah sebaik-baik pelindung. Di mana sahaja kamu berada walaupun terpaksa berpindah randah seperti kalangan nomad itu, ingatilah kembali hanya Allah sebaik-baik pelindung dan janganlah kita khuatir kerana setiap perubahan itu adalah yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa diri ini melampiaskan coretan tak 'seumpama ilmu' penuh ni. Sebenarnya hati terkadang merasa tidak puas berada di tempat yang sudah kita biasa duduki, kita lewati saban hari melihat tempat yang sudah kita BIASA. Ialah keluar daripada zon keselesaan sendiri. Itulah yang mendatangkan kelecehan kepada diri ini sendiri. Mengira hari dan tahun itu sebenarnya tidak elok kerana buat apa kita sibuk memikirkan perkara yang masih nyata di alam ghaib sedangakan lebih baik kita hidup dan hargai hari ini dan berdoa semoga hari ini lebih baik dari semalam dan moga-moga esok lebih baik dari hari ini kan.
Saban hari daku makin berusia (tidak lah tua sangat semakin kewanitaan ). Mahu menjadi muslimah yang berkerjaya, berilmu agama yang banyak, dan menjadi isteri yang SOLEHAH. Ya Allah mudahkan lah perjalanan hidupku ini. Abang pun akan pergi latihan di lumut dan daku akan sibuk praktikan di UPM dan akan melanjutkan pelajaran lagi. Hati ini mahu nikah kerana sering kali tak terbendung kerinduan terhadap pasangan hati itu. Sungguh rindu dan menyayangi yang teramat sangat (apa ni kamu farehah teramat sudah melambangkan lebih tambah lagi sangat lebih lagi ke mana Bahasa Melayu kamu? ) . Fuh sungguh tidak keruan rasa rindu tambahan mahu pindah dari zon keselesaan sendiri. Sedih tidak berketepian lah jawabnyer kan. Mudahnya kita meluahkan tetapi sesukar mana sekalipun hidup mesti diteruskan bukan sekadar HIDUP PERLU ENJOY !!! Baca banyak-banyak asma' wa sifat lepas ni bagi menambahkan keberkatan dalam kehidupan ini moga-moga Allah tetapkan hati dan iman yang semakin lemah ini AMIN. Bagi yang belum mengetahui apakah itu? Di sini daku sertakan tauhid asma' wa sifat link.
Selain itu disertakan juga hafalan ayatul Qursi dalam 10 cara bacaan yang berbeza. Moga-moga membuka ruh keimanan di dalam hati yang liat dan lemah ini.
Sekian dari saya hamba Allah yang sering mendaki untuk mendapat keredhaan dari-NYA inshaallah mudah mudahan kita-kita yang lain juga.

Thursday, January 19, 2012
belajar memahami apa yang sudah tersirat dan ketentuan
Kusedar jalan yang kulalui benar-benar jauh dan berliku. Sungguh bukan kepalang sakit yang ditanggung kerana kesilapan yang sebelum ini yang pernah kulakukan. kulihat ramai rakan-rakanku yang jauh lebih berjaya daripadaku dan mereka semua mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat daripadaku. Akan tetapi aku tetap cuba dan bangun kembali dari segala kepayahan ayang aku tanggung. waktu ini aku menghabiskan degree dalam bidang Biomedic. Terasa sangat sedikit ilmu yang aku pelajari jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang rakan dan taulan lain ada. Waktu melakukan research sahaja aku merasakan aku banyak ketinggalan dan aku banyak melakukan kesilapan Buat benda itu tak jadi buat benda ini tak jadi. Tetapi Allah sajhaja yang mengetahui beban yag aku tanggung. Istiqamah atau tidak aku terhadap solat dan doaku. DIA ingin mengujiku. sungguh penat untuk aku menaakul segala ilmu yang kian sukar pabila kita berada di tahap yang makin tinggi dan mencabar.
Semalam hanya tinggal kenangan. Aku tidak mahu hidup dalam angan-angan sahaja. Aku ingin membuktikan yang bahawa aku berani dan boleh berjaya dengan segala kebahagiaan yang Allah akan berikan suatu hari nanti bersama keluargaku.

Sunday, January 15, 2012
alhamdulillah segalanya
wah coretan hari ini semakin mendatangkan perasaan yang penuh dengan semangat. Seperti ada suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila aku sudah mula matang dalam membuat keputusan. Aku mula merasai siapakan aku tetapi aku sering kali mudah menunjukkan rasa hampa depan semua orang! Macam mana nak menjadi seorang pensyarah !!! sebenarnya sebelum ini aku memasang niat untuk menjadi seorang doktor kerana dengan kelayakan ayang aku ada aku mampu meneruskan pengajian degree yang kedua dalam bidang perubatan . Yelah degree pertamaku adalah dalam bidang biomedikal sains memang sudah menjurus kearah kajian dan perubatan. Akan tetapi kuimbas kembali cita-cita awal daku dahulu sewaktu kecil, aku ingin menjadi seorang pendidik. Aku lihat semua coretan sewaktu kecil, nak menjadi pensyarah dan doktor falsafah (phD) . Sudah terang lagi bersuluh aku sudah hampir melupakan niat tersebut. Kemudian, aku memikirkan pula kehidupan aku sesudah berkahwin, aku ingin meluangkan masa dengan anak-anak, suami yang tercinta dan bertemu keluarga dengan muda. pabila menjadi doktor, semestinya jadual harianku sangat ketat. Lihat sahajalah ibuku yang bertugas sebagai seorang jururawat sungguh penat dengan kerja yang tinggi risiko. Salah cucuk mati orang!!!!. Lumrah orang berfikir menantu aku bakal doktor. Doktor ada dua jenis mak cik phD atau MBBS . Dalam hatiku berkata, saya tak jadilah nak ambil doktor perubatan saya nak jadi pendidik yang berjaya melahirkan anak bangsa supaya berinspirasi.
Macam mana nak bagi tahu ibu dan ayah ni yang saya tak nak jadi doktor perubatan tapi mahu jadi doktor falsafah dalam bidang kajian perubatan??? Dilemma betul tapi tabahkan hati saya tahu saya boleh.
Macam mana nak bagi tahu ibu dan ayah ni yang saya tak nak jadi doktor perubatan tapi mahu jadi doktor falsafah dalam bidang kajian perubatan??? Dilemma betul tapi tabahkan hati saya tahu saya boleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)