wah coretan hari ini semakin mendatangkan perasaan yang penuh dengan semangat. Seperti ada suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila aku sudah mula matang dalam membuat keputusan. Aku mula merasai siapakan aku tetapi aku sering kali mudah menunjukkan rasa hampa depan semua orang! Macam mana nak menjadi seorang pensyarah !!! sebenarnya sebelum ini aku memasang niat untuk menjadi seorang doktor kerana dengan kelayakan ayang aku ada aku mampu meneruskan pengajian degree yang kedua dalam bidang perubatan . Yelah degree pertamaku adalah dalam bidang biomedikal sains memang sudah menjurus kearah kajian dan perubatan. Akan tetapi kuimbas kembali cita-cita awal daku dahulu sewaktu kecil, aku ingin menjadi seorang pendidik. Aku lihat semua coretan sewaktu kecil, nak menjadi pensyarah dan doktor falsafah (phD) . Sudah terang lagi bersuluh aku sudah hampir melupakan niat tersebut. Kemudian, aku memikirkan pula kehidupan aku sesudah berkahwin, aku ingin meluangkan masa dengan anak-anak, suami yang tercinta dan bertemu keluarga dengan muda. pabila menjadi doktor, semestinya jadual harianku sangat ketat. Lihat sahajalah ibuku yang bertugas sebagai seorang jururawat sungguh penat dengan kerja yang tinggi risiko. Salah cucuk mati orang!!!!. Lumrah orang berfikir menantu aku bakal doktor. Doktor ada dua jenis mak cik phD atau MBBS . Dalam hatiku berkata, saya tak jadilah nak ambil doktor perubatan saya nak jadi pendidik yang berjaya melahirkan anak bangsa supaya berinspirasi.
Macam mana nak bagi tahu ibu dan ayah ni yang saya tak nak jadi doktor perubatan tapi mahu jadi doktor falsafah dalam bidang kajian perubatan??? Dilemma betul tapi tabahkan hati saya tahu saya boleh.
Sunday, January 15, 2012
alhamdulillah segalanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment