Yang pasti hidup banyak diuji. Jangan terlalu mengharap dan usahalah menjadi yang terbaik dalam setiap harimu. Inshaallah akan ada keberkatan di setiap langkah suatu hari nanti
Wednesday, July 17, 2013
ringkas
kadang kadang aku tertanya pada diri sendiri apa yang aku suka sehari harian. Apa benda atau rutin yang paling aku minati. Sejujurnya apabila meningkat dewasa aku seperti lain. Aku lebih mudah menjadi seorang yang sangat berkomitment dengan kehendak dan juga tanggungjawabku. Mental acapkali teruji dengan pelbagai mehnah hidup yang kian mencabar kesabaran di hati. Aku baru bertapak dalam dunia realiti kedewasaan. Dan aku masih lagi menuntut ilmu. Terkadang aku seperti hilang dalam identiti aku yang tidak pasti mungkin kerana aku keliru dengan pelbagai masalah tetapi biasalah hidup bujang jauh daripada keluarga selalu dalam dilema hidup.
Yang pasti hidup banyak diuji. Jangan terlalu mengharap dan usahalah menjadi yang terbaik dalam setiap harimu. Inshaallah akan ada keberkatan di setiap langkah suatu hari nanti
Yang pasti hidup banyak diuji. Jangan terlalu mengharap dan usahalah menjadi yang terbaik dalam setiap harimu. Inshaallah akan ada keberkatan di setiap langkah suatu hari nanti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment