dah lama aku tak update blog. ilmu mengarang aku semakin tumpul agaknya. aku nekad untuk deactivate facebook lagi lama. bagi aku sia-sia kehadiran facebook kerana dari situ punca segala pertelagahan. impian musnah daripada facebook . sungguh laman so-SIAL itu membuat aku makin muak. justeru aku mendiamkan diri kerana mahu membuang jauh sikap insecure dan pesimis aku itu. biarkan tidak penting mana facebook itu hanya bersandarkan pembaziran semata. mungkin bagi sesetengah individu facebook begitu penting...bagi aku biarlah tinggal berhabuk facebook,sebab I DON'T CARE to ber-facebooking ni lagi buat masa ini. aku mahu fokus pada impian dan matlamat aku, bagi aku, aku sudah membuang masa terlalu lama dan banyak serta aku telah melengahkan waktu. aku perlu terus bergerak jauh kehadapan untuk menunaikan impian aku yang telah lama tertunggak
secara tidak disedari masa semakin mencemburui. aku kian dewasa tetapi matlamat aku ke mana? benci mempersoalkan bab perhubungan aku penat. aku perlu mara jauh kehadapan. teruskan bergerak, jangan berputus asa jangan sesekali menoleh kebelakang, dan inshaallah kepada semua yang mengenali diriku, aku akan kembali nanti bertemu kalian sebagai seorang wanita yang berbeza daripada dahulunya....teman-teman selamat sejahtera semua dan semoga berbahgia...wassalam
No comments:
Post a Comment