benar,impian aku terlalu tinggi, sungguh tinggi sehingga mahu menggapai bintang . ibarat kata orang, lontarkan impianmu tinggi ke bintang jikalau jatuh sekalipun akan tersangkut ke bulan. aku mahu mencapai matlamat...kali ini aku akan lebih cekal dan keraskan hati ini untuk buang jauh segala 'comfort zone' diri ini. impian aku kebelakangan ini makin menghantui, satu persatu aku makin kuat dalam mencari mimpi. impian yang terdahulunya menghilang, kini muncul semula. aku makin bersemangat untuk kembali ke diriku yang asal. aku tidak lemah lagi dan aku tidak lagi takut untuk menjadi diri sendiri dan kali ini aku lebih KUAT...
benar, satu persatu yang ku gambarkan sudah menuju ke kejayaan. alhamdulillah cuma perlu terus istiqamah dan tidak jauh lagi. kita mampu merancang, tetapi allah akan menentukan. aku mahu travel jauh ke luar negara, inshaallah impian tersebut hampir kukecapi....inshaallah allah memberi seribu satu kebaikan dan peluang yang terbaik untuk diri ini. tetapi masih dalam benak hati dan fikiran aku,
SIAPA DIA DI HATI INI?
SIAPA SUAMI KU?
No comments:
Post a Comment