Kebelakangan ni aku selalu sahaja sakit kepala. Dan six sense aku macam makin teruji..cehh. Aku boleh merasa getar di hati. Apakah semua ini? Pening di kepala tidak hilang semenjak aku mahu pengsan tempoh hari. Seperti sedia maklum, aku perlulah kuatkan semangat kerana hidup bersendirian walau dalam keadaan yang huru hara di sini..haha. Aku perlu kuatkan semangat dan kali ini aku akan terus berani bergerak, tidak perlu menjadi terlalu lemah dan terlalu "minah bunga" Sakit sakit pun teruskan juga perjuangan diri yang asal. Kisah saman di sini tidak pernah berhenti dan lekang, management sangat tidak prihatin terhadap orang di sini kerana kami masih belajar..sungguh makin kusut fikiran. Orang lain hanya tahu menunding jari menyatakan siapa suruh parking di situ, malas nak jalan jauh lah apa lah tetapi adaka mereka tahu bahawa tiada tempat lain dah, semuanya di saman...bermakna management perlu membuat rayuan !!! Itu tindakan sewajarnya.
Semangat aku macam roller coaster sekarang, waktu yang getir hanya sendirian, begitulah aku , kerana aku memilih untuk sendiri dan selalu sendiri. Tidak perlulah nak mengharapkan orang lain untuk membantu, walau sesusah mana hidup yang ditanggung ingatlah, hanya diri sendiri yang mengerti dan mungkin jikalau bersuami, pada dia lah tempat mengadu segala-galanya, baik buruk dan baik kerana hidup semati dengan dia.
Tidak perlu panjangkan angan-angan kerana akan mematikan akal. Jangan memaksa hati untuk bersedia jikalau belum bersedia dan jangan mempersenda hati sendiri. Bagi aku, hati susah nak menipu, jikalau sebenarnya tidak bersedia, berhenti daripada bercinta. Waktu itu cuba mencari diri, bukan sewaktu ini memasang asmara dengan banyak wanita atau lelaki untuk memuaskan hati yang sunyi. Waktu single, itulah kita cuba "upgrade" diri, fikir mahu pasangan yang bagaimana, berdoa, bukan cari spare part-berfikir oh minah ni dah minat aku jadi confirm tak lari lah...mana kau tahu atau mungkin mamat ni memang nak kahwin dengan aku...scandal jer dengan orang lain...mana KAU TAHU? Nak yang terbaik, kita perlu ikhlas sayangkan dia. Susah sama-sama, walaupun baru berkenalan dan bercinta, cuba untuk melakukan aktiviti yang gembira bersama, ambil hati, berilah hadiah yang ringkas tetapi bermakna.
Tidak bererti 'alah baru couple perlu ker nak bagi hadiah bagai, engkau tidak tahu, mungkin dia cinta sejati engkau tetapi engkau ignore kehadiran dia, datang bila susah dan bila perlukan pertolongan, engkau curang tetapi katanya tidak, mungkin engkau mahu dia berbuat begitu juga barangkali....terkadang lumrah manusia, pabila tiada mahu tangisi pabila ada engkau tepis,engkau biarkan dia menangisi kekosongan hati ...dia tahu dia merasa sejauh mana keihklasan hati...dia TIDAK BODOH. Mengerti sebelum terlambat mungkin juga itu kali terakhir engkau berjumpa dengan dia, memeluk hatinya,mendengan suara manja,merasa hulur senyuman dan pertolongan, dan juga itu adalah kali terakhir engkau merasa hadirnya dia dalam hidup ini. Mungkin juga ....atau TIDAK. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment