Hari-hari dalam hidup aku ada sahaja benda baru yang aku belajar. Dalam down aku cuba gagahkan diri dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..sebenarnya tiada siapa yang benar memahami hati ini. Aku belajar untuk hidup berdikari seawal aku belajar di shah alam dulu. Aku tahu banyak kesilapan yang telah aku lakukan aku pasrah dan aku teruskan perjuangan lagi sehingga aku mampu dan suatu hari mungkin aku akan berhenti. Aku buntu, terkadang aku selalu berfikir, betul atau tidak laluan yang ku jalani , adakah benar pilihan ini ataupun sekadar buang masa.
Susah untuk mengadu dalam hal hal seperti ini, kata hati aku selalu mengikuti dan aku menidakkan kenyataan. Medik medik, cabaran yang kuat tetapi kerana itulah aku teruskan. Penat sehingga aku kehilangan motivasi dan aku berasa sangat sedih. Saban hari aku bersedih tidak sesiapa yang benar memahami hati ini, hanya Allah yang mengerti. Biarlah Allah sedang menguruskan sesuatu untuk aku dan aku harap itu adalah yang terbaik. Sekian.
No comments:
Post a Comment