Ya Allah berikan dia yang sebenar-benarnya adalah milik dan hak aku...Aku tidak mahu percintaan yang sia-sia...aku tetap berharap dan menantinya ..Inshaallah jikalau berjodoh tidak ke mana. Semoga Allah sisipkan perasaan kasih dan sayang itu sesama kami dan berterusan walupun terpisah kerana tugas dan perintah. Sesungguhnya segalanya adalah milik Allah dan hanya kita mampu berdoa. Aku rindu...
Tuesday, March 5, 2013
Thursday, February 28, 2013
inshaallah
Ibarat air yang tenang jangan disangka tiada buayanya. Begitulah satu perumpamaan yang sebenarnya membawa erti. Dalam melalui hari-hari yang sentiasa tenang, perlu diingat wahai kawan, ada sedih dan pilu akan melanda dalam hidup ini. Hari yang dijangka tidak akan sentiasa bahagia, dan penuh kegembiraan malah hari itu akan dipenuhi pelbagai cerita yang masih dalam ghaib. Moga ALLAH mudahkan perjalanan ini kerana bagiku berdiam diri itu lebih baik dari banyak berkata-kata. Inshaallah kehendaknya ada-adalah..!
Monday, February 18, 2013
kampung
Tadi petang sebelum nak balik petaling jaya, aku berjalan jalan memandu di setiap kampung yang berdekatan dengan rumah. Rasa sangat indah dunia ciptaan Allah. Rasa hilang segala penat merantau di negeri orang saban tahun dan kini aku melanjutkan pengajian lagi. Aku tahu tidak lah jauh mana tempat pengajianku, tetapi apa yang ibu dan ayah doakan semoga aku merantau lagi jauh suatu hari mungkin ke seberang sana... Kata ibu, buat apalah kau nak terperuk dekat rumah, pergi jer merantau sabah atau sarawak ker mana-mana ker . Kalau ibu lah, ibu akan pergi jauh ke tempat orang ambil pengalaman. Sukanya rasa di hati kerana kedua ibu bapaku sememangnya suka aku merantau kerana aku pun suka travelling yang teramat. Melihat hijau pokok,kebun-kebun,dan bau angin sememangnya lama aku nantikan kerana di bandar suasana sungguh haru-biru dan aku mulai bosan dan muak. Tetapi aku tahu aku akan berada lama di bandar dan mungkin juga aku akan tinggal di bandar suatu hari nanti.
Aku suka suasana di kampung,suasana di Shah Alam , di Perak (Ipoh,Manjung, Sitiaawan, dan Lumut) kerana keadaan tempatnya yang seakan damai (bagi aku). Aku walaupun menuntut ilmu di PJ, tetapi aku masih pergi ker shah alam untuk meluangkan waktu sunyi, dan waktu belajar ku di sana. Ambil mood waktu genting nak exam sememangnya berkesan untuk aku.
Dalam hati teringatkan orang yang jauh....moga ketemu suatu hari nanti...
Ignore kereta kecil tu, semak pulak, ni di kampung kesang tua.
perlahannya aku bawa kereta...nak menikmati keindahan ..cehhh
Antara kampung yang aku lalui...(bukan kampung sendiri)...damainya
Lepas ni nak ambil gambar di perak pulak...sukanya....
XOXO
Sunday, February 17, 2013
SHUT UP
Diam tidak bererti tidak tahu. Malah lebih mengerti dan lebih memahami keadaan yang terjadi. Diam-diam ubi berisi . Banyak bertolenrasi tapi biar kene tahapnya...mungkin sampai esok lusa ..tulat atau hari ini sahaja. HA..
I loike gambar atas tu...sexy bebeh hehe...hahah
I loike gambar atas tu...sexy bebeh hehe...hahah
inshaallah
Semoga Allah memberikan kejayaan bagiku, kekuatan untuk mengharungi liku-liku hidup yang berduri, memberikan seribu satu ketabahan dalam badai kehidupan mendatang, dan memberikan kebahagiaan kepada semua orang yang ku sayangi.
untuk keluargaku yang tercinta,
a)terima kasih
b)anakmu sedang berjuang untuk menjadi seorang doktor
- moga semua paper anakmu lulus dan moga berjaya
c)doakan anakmu mendapat jodoh yang baik dari-Nya....
d)moga anakmu membina keluarga yang diredhai oleh-Nya
e)semoga kalian di rahmati oleh-Nya walaupun dengan segala cabaran melanda
buat orang yang bersangka buruk pada diri ini ingatlah, daku tidak rugikan apa-apa malah rezeki dari-Nya sentiasa ada dan bersangka baiklah kalian tidak rugi walau sezarah sekalipun....
buat rakan taulan ku sekalian, daku menyayangi dan menghormati..moga kalian diberkati oleh-Nya...
alhamdulillah .....
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN PERJALANAN KAMI
Saturday, February 16, 2013
Pasti
Janji Allah itu pasti pabila kita bersedih akan diberinya sebuah kebahagiaan di hujung hari atau di suatu ketika nanti. Bersabarlah kerana dalam sabar itu tersirat suatu kemanisan untuk hati menjadi lebih tenang dan melatih diri mengawal amarah.
Sesal memanjang tidak membawa sebarang kebaikan malah memberi kita negative thinking about many things. We need to move and and be positive due to life nowadays were very tough and thus we need to be realistic. Sakit itu ada penawarnya kerana tuhan sentiasa ada bersama dengan individu yang percaya dan redha. Pabila kita redha, Allah akan memberikan sesuatu yang tidak disangka......LA TAHZAN
Ya Allah aku bersyukur di atas segala nikmat dunia mu dan kurniaan mu walau sedikit dan apatah lagi yang banyak mencurah. Moga ada sinar kebahagiaan yang akan dirimu berikan kepadaku di suatu hari nanti...aku REDHA dengan ketentuanmu...
BERSABAR dan ingatlah nikmat Allah itu nyata dan PASTI...
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)




