Tadi petang sebelum nak balik petaling jaya, aku berjalan jalan memandu di setiap kampung yang berdekatan dengan rumah. Rasa sangat indah dunia ciptaan Allah. Rasa hilang segala penat merantau di negeri orang saban tahun dan kini aku melanjutkan pengajian lagi. Aku tahu tidak lah jauh mana tempat pengajianku, tetapi apa yang ibu dan ayah doakan semoga aku merantau lagi jauh suatu hari mungkin ke seberang sana... Kata ibu, buat apalah kau nak terperuk dekat rumah, pergi jer merantau sabah atau sarawak ker mana-mana ker . Kalau ibu lah, ibu akan pergi jauh ke tempat orang ambil pengalaman. Sukanya rasa di hati kerana kedua ibu bapaku sememangnya suka aku merantau kerana aku pun suka travelling yang teramat. Melihat hijau pokok,kebun-kebun,dan bau angin sememangnya lama aku nantikan kerana di bandar suasana sungguh haru-biru dan aku mulai bosan dan muak. Tetapi aku tahu aku akan berada lama di bandar dan mungkin juga aku akan tinggal di bandar suatu hari nanti.
Aku suka suasana di kampung,suasana di Shah Alam , di Perak (Ipoh,Manjung, Sitiaawan, dan Lumut) kerana keadaan tempatnya yang seakan damai (bagi aku). Aku walaupun menuntut ilmu di PJ, tetapi aku masih pergi ker shah alam untuk meluangkan waktu sunyi, dan waktu belajar ku di sana. Ambil mood waktu genting nak exam sememangnya berkesan untuk aku.
Dalam hati teringatkan orang yang jauh....moga ketemu suatu hari nanti...
Ignore kereta kecil tu, semak pulak, ni di kampung kesang tua.
perlahannya aku bawa kereta...nak menikmati keindahan ..cehhh
Antara kampung yang aku lalui...(bukan kampung sendiri)...damainya
Lepas ni nak ambil gambar di perak pulak...sukanya....
XOXO
No comments:
Post a Comment