CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feel free to answer if interested with Herbalife Products

Name:
Email Address:
Cellphone Number
Occupation
Where Do you lIve? Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Are you a Herbalife Registered Member? Yes
No
What are your interest towards Herbalife product Improve skin
Improve overall health condition
Earn extra income
Lose weight
Gain weight
Please include any extra information

Put a website form like this on your site.

Saturday, February 16, 2013

Pasti


Janji Allah itu pasti pabila kita bersedih akan diberinya sebuah kebahagiaan di hujung hari atau di suatu ketika nanti. Bersabarlah kerana dalam sabar itu tersirat suatu kemanisan untuk hati menjadi lebih tenang dan melatih diri mengawal amarah. 

Sesal memanjang tidak membawa sebarang kebaikan malah memberi kita negative thinking about many things. We need to move and and be positive due to life nowadays were very tough and thus we need to be realistic. Sakit itu ada penawarnya kerana tuhan sentiasa ada bersama dengan individu yang percaya dan redha. Pabila kita redha, Allah akan memberikan sesuatu yang tidak disangka......LA TAHZAN 



Ya Allah aku bersyukur di atas segala nikmat dunia mu dan kurniaan mu walau sedikit dan apatah lagi yang banyak mencurah. Moga ada sinar kebahagiaan yang akan dirimu berikan kepadaku di suatu hari nanti...aku REDHA dengan ketentuanmu...




BERSABAR dan ingatlah nikmat Allah itu nyata dan PASTI...

Friday, February 15, 2013

mana ? mana ?

Perlukan satu inspirasi yang tersangat atau maha hebat untuk terus bergerak ke arah kejayaan....

adakah 

a)keluarga
b)diri sendiri
c)impian yang ingin dikecapi
d)tidak berkenaan dengan apa-apa cuma go with the flow?











katak berbunyi gendut

Ok kelas dah nak start lagi dua hari peh masuk semester 2 sudah ...wahhh memang gasak aku nak terkinja-kinja mengejar kelas lepas ni. Moga aku kuat semangat rajin ke kelas lepas ni...Fokus fokus dan latih diri tepat pada waktu . 


hujan lah haih tadi aku kene cepat angkat kain yang telah di basuh. Basah lencun badan dengan air hujan tapi seronok pulak lama tak mandi hujan ni...dan tiba-tiba teringin nak pergi hiking dekat hutan atau gunung...hurm nak join jer kawan-kawan yang lain tapi tengoklah pabila ada kesempatan nanti. Mood hari ini macam roller coaster nak buat tu, sekejap macam ni sekejap macam itu..tetapi biasalah perempuan datang bulannya mungkin itulah penyebab utama ye tak ek...Mak jemah nyer perangai pon ader asek ler nak bergosip bagai cik kiah...okay okay displin sharp on time pukul 3 nak study ...tak study apa gunya bawa buku ke rumah baik humban jer.....Sedapnya bau hujan turun dan bunyi air...ya allah kau berikan aku peluang hidup sehingga kini alhamdulillah. Saya bersyukur dan menyayangi semua yang berada di sekeliling diriku..amin


bumi pun basah dek kerana hujan.....setelah kering ada lembapnya. 

aku NAK NAK NAK

Ya allah moga perjalananku menjadi seorang pelajar jurusan perubatan ini terus berjaya mengorak langkah ke arah yang lebih tinggi dan mendapat keredhaan dan kebahagiaan darimu di dunia dan di akhirat. Impianku mahu berjaya dalam menjadi seorang doktor pakar suatu hari dan juga menjadi hartawan yang baik hati suka menderma. Buat business dan ada keluarga yang berjaya,memahami dan beragama walau berada di perantauan sekalipun. Moga pasanganku yang kutunggu suatu hari mampu bersama dengan diri ini di ketika susah dan senang, berjaya bersama-sama, dan sentiasa menjaga agama walaupun berda jauh dari bumi tanah tumpah darah.... amin ...






Bila lah nak continue buat herbalife serius ni sambil ada pekerjaan yang tetap sebab modal. haih....moga ada jalannya nanti. Teringin nak kongsi beberapa impian dalam blog ni...

saya mahu yang ini...Ya allah moga ketemu dan mendapat !! heheh...saya kena berusaha moga ini adalah impian jangka masa panjang yang ingin di bina.




My dream house....suka yang ada halaman yang luas beserta taman yang cantik...biasanya taman macam ni memang sesuai dengan 4  musim punya negara, sini susah nak dapat melainkan duduk dekat tempat yang sejuk ..huhu







Cantiknyerlah taman dia...effa memang sukakan pokok dan tanam bunga. Rumah yang ada air ataupun fountain sangat indah sebab saya memang sukakan nature. Ala-ala mengada gitu nak macam english style tapi itulah aku sukakn banyak pokok dan rumah agam.







Lagi satu, sukakan yang teramat buku. Mengimpikan satu tempat khas untuk tempat membaca,berurusan, dan tempat seisi keluarga berehat sambil menajamkan minda. (Aku tak nak lah anak aku nerd sangat tapi at least dia bijak dan rajin membaca). Memupuk semangat membaca sangat baik sebab generasi bijak adalh generasi yang rajin membaca. Bukan rajin mencari duit sahaja.

daun

Banyak nyerlah dekat laman rumah ni. Penat nak menyapu petang ni alahai. Okay hari ini adalah ahri kerahan tenaga mari kita membanting tulang mengemas rumah dan mengotorkannya kembali..ehhh hehehe . Rindu rumah sekarang musim daun gugur jadi rumah kene ovohaul lah pulak...hoho.




aku cilok

Hari ini disebabkan kurang motivasi, aku membingitkan rumah. Memang kena marah lepas ni disebabkan aku bising tetapi aku nak hilangkan rasa sedih di hati, aku main benda ni. Alah typical jer aper jer ada dengan gitar cabuk adik aku. Bukan tahu nak main mana pun sekadar nak interprem!!! hah tahu sikit sikit sahaja tapi bolehlah nak ajar-ajar ayam kat orang. Dari hari tu aku usha baik punya nak curi main masa ayah pergi kerja sebab dia tak bagi aku sentuh takut rosak....hahaha kalau rosak aper der hal padan muka tak payah main lagi (jahat betul kan aku ni)



NGENNGGGGG........

merenung

Satu hobi aku ialah merenung. Satu tempat jikalau indah aku akan pergi biarpun sendiri. Kerana aku tahu value tempat itu diibarat sebuah taman indah bagi aku. Pergi pantai semalam, puas aku merenung pantai yang sudah bertahun aku tidak ketemu...seakan aku semakin sendirian dalam hidup ini. Bukan bererti sendirian sibuk itu tidak menjadi hal dan masalah, tetapi hati yang terasa semakin asing , semakin hiba, ... Bukan suatu perkara mudah untuk melupakan segala kenangan pahit yang pernah dilalui terdahulu tetapi aku merelakan pemergiannya bersama rakan baikku yang kukasihi. Terkemudian aku berusaha...berusaha tetapi hampir sama ceritanya. Aku terjelepok jatuh tersungkur ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga". Aku merintih,aku menangis, mengapa mengapa mesti aku YA ALLAH...apa yang engkau mahu tunjukkan. Adakah perlu aku pergi membiarkan masa berlalu, membiarkan hati kian usang,usang dan hanya cita-cita aku dahulukan...demi tuhanku, diketika itu aku tidak mahu apa-apa hanya keluarga sahaja. 

Aku bukan mudah mencari pengganti, tetapi aku mahu terus bergerak dan move on...mahu memberi peluang di hati buat kali terakhirnya. Maaf kepada rakanku aku memilih dia hati ini sukar untuk menipu.Tetapi mengapa ??? mengapa???