Satu hobi aku ialah merenung. Satu tempat jikalau indah aku akan pergi biarpun sendiri. Kerana aku tahu value tempat itu diibarat sebuah taman indah bagi aku. Pergi pantai semalam, puas aku merenung pantai yang sudah bertahun aku tidak ketemu...seakan aku semakin sendirian dalam hidup ini. Bukan bererti sendirian sibuk itu tidak menjadi hal dan masalah, tetapi hati yang terasa semakin asing , semakin hiba, ... Bukan suatu perkara mudah untuk melupakan segala kenangan pahit yang pernah dilalui terdahulu tetapi aku merelakan pemergiannya bersama rakan baikku yang kukasihi. Terkemudian aku berusaha...berusaha tetapi hampir sama ceritanya. Aku terjelepok jatuh tersungkur ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga". Aku merintih,aku menangis, mengapa mengapa mesti aku YA ALLAH...apa yang engkau mahu tunjukkan. Adakah perlu aku pergi membiarkan masa berlalu, membiarkan hati kian usang,usang dan hanya cita-cita aku dahulukan...demi tuhanku, diketika itu aku tidak mahu apa-apa hanya keluarga sahaja.
Aku bukan mudah mencari pengganti, tetapi aku mahu terus bergerak dan move on...mahu memberi peluang di hati buat kali terakhirnya. Maaf kepada rakanku aku memilih dia hati ini sukar untuk menipu.Tetapi mengapa ??? mengapa???
No comments:
Post a Comment